CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Cristiano Ronaldo nampak bodoh' ketika Portugal tewas kepada Jerman

22-6-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2676| Komen: 7

RONALDO dilihat memperdaya Rudiger. FOTO Agensi



Munich: Dietmar Hamann menegaskan 'pertunjukan kemahiran' yang dilakukan Cristiano Ronaldo ketika Portugal tewas kepada Jerman menjadikannya seperti seorang yang bodoh.

Ronaldo yang menjaringkan gol pertama namun kemudian menyaksikannya pasukannya tewas 2-4, dilihat mempamerkan kemahiran tinggi ketika memperdaya Antonio Rudiger.

Bagaimanapun Hamann yang juga bekas bintang Jerman percaya kemahiran menarik itu yang kemudiannya tular di media sosial, akhirnya tidak memberi sebarang makna selepas Jerman memenangi perlawanan berkenaan.

"Saya rasa ia mengarut. Dia menendang bola ke atas dan kemudian dengan gaya untuk menangkapnya sebelum melakukan tolakan ke belakang.

"Benar ia menakjubkan dan kita tahu dia mampu melakukannya. Tapi bagi saya, dia seolah-olah memperkecilkan kemampuan lawan.

"Ia dilakukan ketika Portugal mendahului 1-0. Tetapi sekarang dia nampak bodoh kerana Portugal akhirnya tewas.

"Apa yang cuba ingin dicapainya? Mungkin tindakannya itu menyebabkan Jerman bangkit semula dan kemudian memenangi perlawanan itu," katanya.


Sumber : harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerclubbing 22-6-2021 02:43 PM
On the contrary...fooling the opponent with your body language n movement...thats real talent only player of his class is able to  execute with conviction and perfection...
Quote stingerclubbing 22-6-2021 02:46 PM
Jgn lupa temujanji kita malam ini di stadium nasional thailand AFC CHAMPIONS LEAGUE ...antara JDT(MAL) and NAGOYA GRAMPUS(JPN) game 1.....

My prediction.JDT 1 Nagoya 3.....

Quote VioletsAre_Blue 22-6-2021 03:37 PM
Lejen liberpul tak puas hati dengan lejen menyu.. Jauh beza darjat 2 lejen ini
Quote NekNgah 23-6-2021 10:25 AM
Tetap Jerman menjadi pilihan kerana seluruh jentera saling memahami  & faham tugas.

Bukan mengharapkan seorang superstar acah-acah macho menunggu bola.
Quote stingeralexis 23-6-2021 10:27 AM
NekNgah replied at 23-6-2021 10:25 AM
Tetap Jerman menjadi pilihan kerana seluruh jentera saling memahami  & faham tugas.

Bukan menghar ...

PORTUGAL VS FRANCE tonite...

Ronaldo 1 MBAPPE 3......Revenge on the card.....
Quote bulalof 23-6-2021 10:29 AM
u win some and u lose some....
Quote stingeralexis 23-6-2021 10:30 AM
bulalof replied at 23-6-2021 10:29 AM
u win some and u lose some....

AURA of a male diva...

[youtube]iHz82I8Vv88[/youtube]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030732 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top