CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Jadi Girlfrend Produser, Adrea Abdullah Disingkir Jadi Heroin

22-6-2021 11:16 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10792| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza

 




"Adrea tahu, berapa ramai orang nak karektor ni? Awak baru lagi dalam industri ini. Ini peluang besar untuk awak, perlukan pengorbanan."

Biarpun kurang dikenali, pelakon drama Adrea Abdullah tidak mahu menjadikan peluang di depan mata sebagai jalan pintas dalam kerjayanya.

Menerusi platform Tik Tok, Adrea, 44 bercerita mengenai pengalamannya ketika baru memasuki industri lakonan ini. Dia ditawarkan watak utama di dalam sebuah drama dan akan menandatangani kontrak tersebut di set penggambaran.

Namun, ini semua dengan syarat Adrea bersetuju menjadi teman wanita produser tersebut.


Foto : IG

Baginya, itu bukan lah ajakan menjadi teman wanita tetapi lebih kepada gadis pengiring (gro).

Walaupun terkejut dengan pelawaan itu, Adrea tetap menyakinkan produser tersebut bahawa dia bukanlah wanita seperti itu. Tetapi dia berjanji akan memberikan komitmen 200 peratus untuk menjayakan watak tersebut.

"Produser tu cuma pandang Adrea dan minta balik ja. Pap! Dua hari lepas tu, dorang shoot tanpa Adrea, dengan heroin lain. Adakah perempuan itu sanggup? Wallahualam."

Kredit foto: IG

Rasa bengang dan marah tetapi ia membuatkan Adrea bersyukur kerana tidak menerimanya walaupun sudah mendapat skrip untuk dua musim.

"Sebab Adrea tak mengangkang, jadi GRO depan dia, dia boleh buang Adrea macam tu ja. Dua minggu Adrea nganga takda job lain sebab dah tolak job lain."

Foto : IG
Bagaimanapun Adrea turut menjelaskan yang industri ini bukan kejam, tetapi setiap anak seni perlu kental dan bijak. Malahan produser yang berperangai begitu pun hanya seorang sahaja pernah ditemuinya.

Jadi, ini lah sisi gelap industri hiburan yang jarang diceritakan oleh anak seni. Jadi, usah rasa artis yang tidak popular itu kerana mereka tidak berbakat, tetapi mungkin kerana tidak diberi peluang menonjolkan bakat disebabkan isu sebegini. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 22-6-2021 11:24 AM
siapakah... tak kenal
Quote slyfynx 22-6-2021 11:28 AM
Walaupun ade jgk sekelumit hati ni nk cakap die ni nk bg tau die acah2 hot....
Tp mende ni mmg sgt byk terjadi.
For both actor and actresses.
Model pun sama.
So kene la pandai bawak diri.
Quote smeetasmitten 22-6-2021 11:53 AM
Banyak  betul teh tumpah dia kat tiktok. Tapi i still tak kenal dia.
Quote wirazam 22-6-2021 12:08 PM
slyfynx replied at 22-6-2021 11:28 AM
Walaupun ade jgk sekelumit hati ni nk cakap die ni nk bg tau die acah2 hot....
Tp mende ni mmg sgt  ...

Benda mcm ni Lofa pun pernah bgtau dulu dulu masa dia awal2 masuk jadi artis..tapi lofa bijak menolak scr baik...
Quote Ferr_Remy 22-6-2021 12:10 PM
Aku pnh kena camni zaman dedulu hahaha. Cewah mcm la hot beno. Time umur 20 21 22 cmtu. Kih3.
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 12:27 PM
harap sheols tumpahkan terus kuah coz iols berminat nak tahu siapakah gerangan mereka2 yang dimaksudkan sheols
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 12:32 PM
Teringat citer dia kat Ceria jadi isteri Johan raja lawak
Quote slyfynx 22-6-2021 12:46 PM
wirazam replied at 22-6-2021 12:08 PM
Benda mcm ni Lofa pun pernah bgtau dulu dulu masa dia awal2 masuk jadi artis..tapi lofa bijak meno ...

Nope. Nope. Nope. Nope.
Xperlu mention that name.
Quote msamyrazi 22-6-2021 12:48 PM
adrea nie macam lana nordin .. i suka tengok dia bercerita pasal dunia hiburan dalam tiktok dia..
Quote winky1 22-6-2021 12:50 PM
Mcm Hollywood juga #metoo
Quote alien88 22-6-2021 12:54 PM
iolls x kenal sheols masa sheols tumpahkan teh dkt tik tok
tp cara sheols cerita best, buat iolls nk tau siapa produser tu
Quote Tallcat 22-6-2021 12:54 PM
Tetap tak kenal wpun membawang byk kt tik tok
Google nama dia asik kuar cite bikini je
Mcm 2x5 je
Quote fleurdelis 22-6-2021 01:00 PM
Iols suka dengar dia bercerita. Buat iols lagi nak tahu gossip dia. Sheols ni cantik je for me. Pandai bercerita.
Quote labusayong 22-6-2021 01:18 PM
i baca dorang speku tokey pasaraya. hint : producer & hero
Quote Nurul8001 22-6-2021 01:55 PM
labusayong replied at 22-6-2021 01:18 PM
i baca dorang speku tokey pasaraya. hint : producer & hero

Uncle Danish ker?
Quote Gianna111 22-6-2021 02:02 PM
usahkan artik dan model.kita orang yang biasa ni pun merasa dan melalui perkara begini.
di office lama i dulu ada satu senior manager ni minat kat i.dia ni jenis tabur duit kat mana2 perempuan dara dlm company tu. ajak i keluar banyak kali.mula2 i ingt perkara gurau.lama2 i dpt tahu dia tu mmg jenis suka angkut anak dara dlm office tu.sejak i reject nak jadi scandal dia. setiap kali ada meeting dia akan target i.sampai kawan2 i pun sedar dia ni jenis personal attack.malu kena reject i kot.sebab semua nya terpaku layu dengan dia...............tahik...................
Quote Ciktiekus 22-6-2021 02:27 PM
missycutie: siapakah... tak kenal


Yang jadi mak elly dan epit kalo x silap..
Quote irvene 22-6-2021 02:33 PM
labusayong replied at 22-6-2021 01:18 PM
i baca dorang speku tokey pasaraya. hint : producer & hero

tak terkejut. biasa muka acah2 baik lagi tawadok ni yg ramai jah*t  

dah tahu producernya nk tahu pelakon nya pula
Quote husna_amal 22-6-2021 02:44 PM
Mention je lah siapa producer tu. Takde lah orang lain jadi mangsa lelaki hidung belang ni.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.121948 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top