"Adrea tahu, berapa ramai orang nak karektor ni? Awak baru lagi dalam industri ini. Ini peluang besar untuk awak, perlukan pengorbanan."
Biarpun kurang dikenali, pelakon drama Adrea Abdullah tidak mahu menjadikan peluang di depan mata sebagai jalan pintas dalam kerjayanya.
Menerusi platform Tik Tok, Adrea, 44 bercerita mengenai pengalamannya ketika baru memasuki industri lakonan ini. Dia ditawarkan watak utama di dalam sebuah drama dan akan menandatangani kontrak tersebut di set penggambaran.
Namun, ini semua dengan syarat Adrea bersetuju menjadi teman wanita produser tersebut.
Foto : IG
Baginya, itu bukan lah ajakan menjadi teman wanita tetapi lebih kepada gadis pengiring (gro).
Walaupun terkejut dengan pelawaan itu, Adrea tetap menyakinkan produser tersebut bahawa dia bukanlah wanita seperti itu. Tetapi dia berjanji akan memberikan komitmen 200 peratus untuk menjayakan watak tersebut.
"roduser tu cuma pandang Adrea dan minta balik ja. Pap! Dua hari lepas tu, dorang shoot tanpa Adrea, dengan heroin lain. Adakah perempuan itu sanggup? Wallahualam."
Kredit foto: IG
Rasa bengang dan marah tetapi ia membuatkan Adrea bersyukur kerana tidak menerimanya walaupun sudah mendapat skrip untuk dua musim.
"Sebab Adrea tak mengangkang, jadi GRO depan dia, dia boleh buang Adrea macam tu ja. Dua minggu Adrea nganga takda job lain sebab dah tolak job lain."
Foto : IG
Bagaimanapun Adrea turut menjelaskan yang industri ini bukan kejam, tetapi setiap anak seni perlu kental dan bijak. Malahan produser yang berperangai begitu pun hanya seorang sahaja pernah ditemuinya.
Jadi, ini lah sisi gelap industri hiburan yang jarang diceritakan oleh anak seni. Jadi, usah rasa artis yang tidak popular itu kerana mereka tidak berbakat, tetapi mungkin kerana tidak diberi peluang menonjolkan bakat disebabkan isu sebegini. - CARI
|