CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Hans Isaac Dah Tak Nak Berlakon, Kecuali Kalau Ada Projek Khas

21-6-2021 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7454| Komen: 43

Muncul di layar perak kali pertama dalam filem Ringgit Kasorga pada usia 22 tahun, Datuk Hans Isaac mengumumkan tidak mahu lagi berlakon kecuali dalam projek khas atau penampilan istimewa yang difikirkan sesuai.


Pada sesi Instagram (IG) Live, kelmarin, Hans, 50, mengaku bidang lakonan kini menjadi hobi, bukan lagi lapangan untuk mencari rezeki.

Hans yang juga penerbit filem mengaku masa depan industri perfileman tempatan kelam pada era penularan pandemik COVID-19.

Foto: IG


"Pada pandangan saya, mungkin lima syarikat produksi sahaja yang akan 'naik' dan mereka adalah pihak yang memiliki studio dan mempunyai hubungan baik dengan penyiar.

"Penerbit yang menghasilkan filem sendiri tidak akan mampu bertahan melainkan mereka menjalin usaha sama dengan studio atau pawagam.

"Pawagam akan membantu mereka daripada sudut promosi filem yang bakal ditayangkan," katanya pada sesi live IG itu.



Hans berkata, majoriti penerbit yang bergerak sendiri tidak akan berjaya kerana itu adalah realiti perniagaan.

"Bergelar penerbit filem bukanlah tugas yang mudah. Daripada 100 produser hanya satu yang akan berjaya.

"Saya hanya mampu mengucapkan semoga berjaya kepada mereka yang berani menjadi penerbit," katanya.

Tambah Hans, penerbit tidak akan bersara dengan senang-lenang kerana tidak mempunyai wang cukup untuk hidup selesa akibat perlu menggunakan simpanan sebagai modal pusingan.


Selain itu, Hans yang mempelawa pengikut bertanya apa sahaja pada sesi IG Live itu turut berkongsi ciri-ciri wanita idamannya.

"Semua lelaki suka melihat wanita cantik tetapi setiap orang ada ciri-ciri wanita idaman berbeza.

"Saya pernah menjalin beberapa hubungan sebelum ini dan kecantikan bukan lagi menjadi keutamaan.


"Andai sudah bersedia untuk berumah tangga kelak, saya ingin wanita ringkas, menyenangkan dan mampu memahami saya... Itu sudah memadai," katanya.

Hans turut meluahkan kebimbangan mengenai angka jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia.



"Saya bimbang usaha kita membendung wabak COVID-19 akan menemui kegagalan," katanya yang berhasrat membantu 80 pemandu teksi yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak itu.

Pada sesi itu, Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut ditanya desas-desus mahu terjun dalam dunia politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Hans tidak menjawab soalan itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 19-6-2021 07:40 PM
Yeah..akhirnya kecantikan bkn menjadi pilihan..now punya statement..tp ye ker
Quote 311gurl 19-6-2021 07:40 PM
production house heols dah lingkup dah kan? tapi heols ni jenis bnyk invest, xde la duit from film industry je.. Jhann restaurant tu pun heols punya..
Quote dudaberhias 19-6-2021 07:42 PM
so tok hans nak cerita apa sebenarnya ni?
nak ambil pelakon2 hazab je ke untuk membintangi filem atau drama beliau?

ok dah boleh standby kambus tv masing2 siap2..
Quote makneng 19-6-2021 07:43 PM
Apa je lakonan dia yg memorable? Biasa2 je pun.
Quote slyfynx 19-6-2021 08:03 PM
Buat video beburung
Hhahaha.
Mesti ramai netizen terhibur
Quote Skuau 19-6-2021 08:09 PM
udah filem/drama [email protected] kul 7 jer...omputeh hingga ke ank cucu depa berlakon.
Quote 311gurl 19-6-2021 08:09 PM
ImpianSeroja replied at 19-6-2021 07:40 PM
Yeah..akhirnya kecantikan bkn menjadi pilihan..now punya statement..tp ye ker

iols tak caya..dulu ada forumer ckp heols dh tunang, tunang baru pun masuk competition ratu2 ni jugak
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 08:17 PM
311gurl replied at 19-6-2021 08:09 PM
iols tak caya..dulu ada forumer ckp heols dh tunang, tunang baru pun masuk competition ratu2 ni ju ...

Hoho..dah ku agak..tengok cara beliau ni mana mau nya yang biasa biasa..yg sedap mata memandang..opkos la taste ratu ratu gitu
Quote cicicumel 19-6-2021 08:21 PM
slyfynx replied at 19-6-2021 08:03 PM
Buat video beburung
Hhahaha.
Mesti ramai netizen terhibur

Burung pon suci lagi. Jarang servis.
Quote dua_chzy 19-6-2021 08:47 PM
makneng replied at 19-6-2021 07:43 PM
Apa je lakonan dia yg memorable? Biasa2 je pun.

Cerita Buli la kot. Actually not really memorable sebab perah otak juga aiol nak mengingat. Tak cukup memorable la tu kan.
Quote RumiMenari 19-6-2021 08:55 PM
Tok ishak tak nak buat cerita mcm ocean eleven, twelve, thirteen ke.. ala2 george uban tu.. masukkan sekali bront
Quote KIM.K 19-6-2021 09:11 PM
Deanna Yusoff dulu suka naskah yg berat2. Belakon dgn  Eman Manan, Sidi Odaza. Kat mana dah sheol?
Sidi Oraza tu dulu supplier baja MOA time MAHA2008
Quote lavendernovella 19-6-2021 10:10 PM
RumiMenari replied at 19-6-2021 08:55 PM
Tok ishak tak nak buat cerita mcm ocean eleven, twelve, thirteen ke.. ala2 george uban tu.. masukkan ...

Ya kan , buat ala2 ocean eleven versi malaysia , ingat tak kes geng mamak curi jongkong emas 12 juta kat kargo lapangan terbang 1994. Tapi semua kena muka ala mamak gak lah.
Barisan pelakon, Hans Isaac , Bront Palarae, lagi 3 takder idea lah uol..  
Quote Meiizu 19-6-2021 10:50 PM
Hans carilah yg seagama.
Stop laaa cintun dgn malay.
Payah nak convert
Quote makadek 19-6-2021 11:00 PM
Dia ni bkn beria naa nk msuk islam pn ..
Syg ah tk de zuriat kan

Btw aku crush dgn dia gila2 dulu
Sbb mamat sekampung yg aku crush tu sebijik muka dia
Quote None68 19-6-2021 11:06 PM
Meiizu replied at 19-6-2021 10:50 PM
Hans carilah yg seagama.
Stop laaa cintun dgn malay.
Payah nak convert

Mmg payah pun dah mak pinoy..kira yg alim gitew
Quote 311gurl 19-6-2021 11:16 PM
Meiizu replied at 19-6-2021 10:50 PM
Hans carilah yg seagama.
Stop laaa cintun dgn malay.
Payah nak convert

heols still dating pmpn melayu ke? i thought after lopa, tu je pmpn malay heols date.. foolish of him la dah tau xmo convert, tapi nak kawin n ada anak..bazir masa dia dating without commitment..

heols pun mcm ade commitment issue je
Quote RumiMenari 19-6-2021 11:24 PM
Edited by RumiMenari at 20-6-2021 12:14 AM
lavendernovella replied at 19-6-2021 10:10 PM
Ya kan , buat ala2 ocean eleven versi malaysia , ingat tak kes geng mamak curi jongkong emas 12 ju ...


Wahhh nak gali la pasal kecurian ni.. iols baru umur 9tahun.. tgh main lompat getah lagi time ni..

kalau nak cari mamak2 boleh masukkan sekali bam wemy, edika yusof, tony eusof, ammar alfian, pak azad, fikri ibrahim, fendy bakri, zizan pun ok gak hahaha
Quote asimilasi 20-6-2021 12:06 AM
Xpasti sbb apa heols mmg susah nk dapat jodoh... Yg 2 more.. remy & zul ariffin.. iols sungguh x faham.. nk kata gay.. totally bukan.. tp mmg cam ada sekatan jodoh thyeols...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039045 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top