CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 lelaki dikompaun kerana berkumpul untuk Solat Jumaat di syarikat milik mentua selebriti

19-6-2021 01:40 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 14663| Komen: 131



Ampang: Dua belas lelaki yang dikompaun kerana berkumpul di sebuah premis perniagaan di Taman Nirwana, di sini untuk solat Jumaat berjemaah, dipercayai berada di premis itu kerana bekerja.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, daripada itu, lima lelaki adalah pekerja tempatan dan enam lagi warga asing yang semuanya berkhidmat dengan syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo milik seorang usahawan tempatan berusia 60 tahun.



Beliau juga mengesahkan usahawan itu yang turut berada di premis ketika serbuan pada 1.30 tengah hari Jumaat, bergelar Datuk Seri dan merupakan bapa mentua kepada selebriti tempatan.

"Ketika serbuan didapati mereka berkumpul dengan tiada penjarakan fizikal dan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan (ketika Perintah Kawalan Pergerakan).


"Untuk itu, kompaun dikenakan dan ia baru sahaja dikeluarkan (pada Jumaat), jadi mereka belum membayarnya lagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Mohammed Farouk berkata, usahawan berkenaan dikompaun RM11,500 dan pekerja masing-masing dikompaun RM1,500 setiap orang.

Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.



Sumber : Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 19-6-2021 01:54 AM
adakah bisnes agency pekerja2 asing? besannya rambut rebonding rock kapak? kalau salah, ampun daku.
Quote dani-rox 19-6-2021 01:56 AM
Ok ai baru check, Taman Nirwana, Ampang ekk? Betol la tekaan ai
Quote Orix 19-6-2021 02:08 AM
dani-rox: adakah bisnes agency pekerja2 asing? besannya rambut rebonding rock kapak? kalau salah, ampun daku.



Apak mentua si lembaga itu kah ?
Quote Minami2013 19-6-2021 02:10 AM
Apa masalah degil sgt? Sekufu sgt lah keluarga ni
Quote dani-rox 19-6-2021 02:14 AM
Orix replied at 19-6-2021 02:08 AM
Apak mentua si lembaga itu kah ?

winner winner chicken dinner!






Quote anony-mous 19-6-2021 02:38 AM
dani-rox replied at 19-6-2021 02:14 AM
winner winner chicken dinner!

Klau betul bapak tiri lembaga tu, kuat betul badi yg melekat dkt sheol. Balasan tonggang agama kah?
Quote dudaberhias 19-6-2021 02:57 AM
nak tahu syarikat apa dan bisnes apa je... bisnes jual orang tu kah?
Quote Rogue98 19-6-2021 02:58 AM
Habis tu dah di suruh datang kerja apa salah nye solat sekali. Tu kira essential service kan. Tgk pic diaorang pakai mask. Kadang2 penguatkuasa pun gigih sangat mengkompaun org....dapat komisen ke tu...
Quote dudaberhias 19-6-2021 03:01 AM
iols dah check gambar office nya tadi... dah la lokasi office pun di ampang dekat fb...
omg sama betul interior office dengan syarikat mertua orang tu...

tapi takpe iols tunggu acik2 forum confirmkan dulu...
Quote dudaberhias 19-6-2021 03:03 AM
dani-rox replied at 19-6-2021 01:54 AM
adakah bisnes agency pekerja2 asing? besannya rambut rebonding rock kapak?  kalau salah, ampun dak ...

office dia dekat ampang... interior pun sama...
Quote kon2 19-6-2021 03:04 AM
dudaberhias replied at 19-6-2021 03:01 AM
iols dah check gambar office nya tadi... dah la lokasi office pun di ampang dekat fb...
omg sama be ...

da confirm kah?
Quote dudaberhias 19-6-2021 03:07 AM

70/100 dah pun kaka tunggu acik2 forumer confirmkan pulak... individu dalam gambar atas tu pun lebih kurang je tuannya haji dot dot dot...
Quote me12345 19-6-2021 04:26 AM
Mertua sapa ni... mmg sekufu kebebalan nya...
Quote me12345 19-6-2021 05:39 AM
Solat jumaat 12 orang je eh?
Quote little_sis 19-6-2021 05:45 AM
Saman byk2 sikit.. degilll sgt
Quote ReginaGeorge 19-6-2021 06:00 AM
Wah, belah lelaki pon tak ketinggalan jugak nak viral langgar sop.
Quote Suchi 19-6-2021 06:21 AM
Rasa mcm tau bapa mertua sapa hurmm bergegar lagi malaysia dgn berita pasal dia nampaknya.
Tp kan kat fb nada org komen lebih kecam gomen siap doakan ditimpa musibat yaaa la nk solat pun kena serbu katanya.
Tp kalau solat ditempat sempit dan takde penjarakkan bahaya juga.
Jgn igt satu opis keja sama2 boleh solat rerapat sah2 korang tak hidup sebumbung.
Quote sukacactus 19-6-2021 07:09 AM
Oh pak mentua si lembaga tu ka
Mmg sekufu
Quote ultra78 19-6-2021 07:22 AM
Kan skrg ni tak boleh solat jumaat. Akhirat kelak biar Mahiaddin dan Ismail Sabri yg jawab.

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066018 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top