CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32

19-6-2021 12:29 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3800| Komen: 18

Description: Sungai Buloh: Tertekan diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam.



Sungai Buloh: Tertekan diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.

"Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.

"Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

"Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.




Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 19-6-2021 12:35 AM
Kesiannya….
Quote supernaturalee 19-6-2021 12:51 AM
Another sad story

Try lh apply ni

www.myvac.com.my

Sukarelawan bergaji di PPVC

Quote Kitty_catz 19-6-2021 12:57 AM
tered dah ada la

reputz tak buat kerja ke dulu? apa daaa
Quote Babai 19-6-2021 01:03 AM
Dah ada dah cerita ni.
Quote CMFreporter 19-6-2021 01:31 AM
Kitty_catz replied at 19-6-2021 12:57 AM
tered dah ada la

reputz tak buat kerja ke dulu? apa daaa



maaf dah search tak jumpa. boleh bagi link?
Quote Kurex 19-6-2021 03:54 AM
CMFreporter replied at 19-6-2021 01:31 AM
maaf dah search tak jumpa. boleh bagi link?

Repot2 ni cari tak jumpa ke atau MALAS NAK SEARCH??? Semedang la korang bukak benang sama dgn forumer yg jauh lebih laju dari korang. Lembab macam jizklongklong
Quote Buritan 19-6-2021 06:52 AM
Siann aku tengok.. bkn dia malasss.. mgkin rasa segala ape yg diusahakan habiss  mcm tuu jee.. bertabahlaaa.
Quote Tinot7 19-6-2021 07:47 AM
Harap2 ada yg voley bantu dia
Quote AbukRokok 19-6-2021 08:13 AM
polis kne dakwa tuan rumah

dihalau utk tdo bawah jambatan
Quote FanTasyCreaTioN 19-6-2021 08:52 AM
CMFreporter replied at 19-6-2021 01:31 AM
maaf dah search tak jumpa. boleh bagi link?
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1256073
Quote wak_pijah 19-6-2021 09:27 AM
Majikan pun kalau nak buang keja tggulah smp pkp abis, org tu dah lost keja nak balik kg (kot ada kg) pun tak boleh.

Jgn ambik kesempatan buang org la smp bwk org hilang pertimbangan bunuh diri bagai.
Quote anisanim 19-6-2021 01:15 PM
Mesti sibuk kan front lines, mana nak handle kes covid, mana nak handle depresi rakyat... Moga cepat berakhir pkp... #kitabelummenang
#vaksinsegera
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 09:52 PM
Ya Allah.. sedihnya dengar.
Quote Adrif 19-6-2021 09:54 PM
dah 2 kes dalam masa yang singkat..

pihak berkuasa dah boleh get ready, this is just the beginning,

mungkin akan lebih ramai buat tindakan yang sama.
Quote CiliPadiSedap 20-6-2021 05:51 PM
Adrif replied at 19-6-2021 09:54 PM
dah 2 kes dalam masa yang singkat..

pihak berkuasa dah boleh get ready, this is just the beginnin ...

Domino effect tinggi kali ni sbb saving isinar semua dah guna.
Quote Adrif 20-6-2021 06:22 PM
CiliPadiSedap replied at 20-6-2021 05:51 PM
Domino effect tinggi kali ni sbb saving isinar semua dah guna.

betul.. jenayah pun akan mungkin meningkat jugak le, orang dah terdesak untuk kelangsungan hidup.
mencuri, merompak, pecah rumah.
kawan aku sampai nak pegi keje pun jadi takut nak tinggalkan anak bini kat rumah.
Quote Rara77 21-6-2021 07:17 AM
semua salah midin
Quote bulalof 21-6-2021 09:36 AM
kerajjan sila ambil maklumlah dgn kejadian2 sebegini. jgn buat2 tidur. ni bukan perkara main2.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.249458 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top