CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sangap Curi 58 Pakaian Dalam Jiran

18-6-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1941| Komen: 1

Description: Seorang lelaki kemaruk seks selepas tergoda dengan kecantikan jirannya sanggup mencuri 58 helai pakaian dalam wanita berkenaan semata-mata memuaskan nafsu syahwatnya.
Seorang lelaki kemaruk seks selepas tergoda dengan kecantikan jirannya sanggup mencuri 58 helai pakaian dalam wanita berkenaan semata-mata memuaskan nafsu syahwatnya.

Suspek menyembunyikan kesemua baju dan pakaian dalam jirannya itu di dalam bilik tidurnya  di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu akhirnya terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 35 tahun pada pukul 1.50 tengah hari  Selasa lalu.


Seluar dalam wanita jiran yang disyaki dicuri pemuda bernafsu seks sebelum dicekup polis Selasa lalu.

“Semasa kejadian mangsa memaklumkan ternampak suspek berlegar-legar dalam ruangan lif tingkat rumahnya di kondominium yang sama sekitar pukul 10.30 pagi, hari yang sama.


“Mangsa mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat dengan kehilangan pakaian dalam miliknya sebelum ini dan mangsa juga telah mengadu perkara yang sama kepada suami dan pihak pengurusan kondominium,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek akhirnya mengaku kepada suami mangsa dan pihak pengurusan kondominium yang dia telah mencuri pakaian dalam milik mangsa.

Malah katanya, suspek turut menunjukkan tempat dia menyimpan pakaian dalam mangsa yang dicuri itu di dalam kediamannya.

“Bertindak atas aduan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Way telah memberkas suspek yang berumur 23 tahun itu pada pukul 12.15 tengah hari di lokasi sama.

“Polis turut merampas sejumlah 58 pakaian dalam wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengait pakaian dalam itu,” katanya.

Suspek ditahan reman selama empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Timbalan Pendakwaraya telah meneliti kertas siasatan polis dan membenarkan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok,” ujarnya.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-6-2021 01:22 AM
Bahaya setan mcm ni. Mula2 yelah, pakaian dalam. Tak mustahil boleh escalate ke merogol pulak. Harap2 husband perempuan tu, pijak mamat ni smp lumat.
#doneLepasGeram

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.047783 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top