Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa pada 26 Nov lalu, menteri alam sekitar dan air itu menerima pujian dan juga kritikan. Walau bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman mendakwa tiada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dikenali sebagai COP26 di Glassgow, Scotland itu. Meenakshi yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Menurut pembantu media dan maklumat awam UNFCC, Carrie Aβheuer, hanya terdapat enam bahasa rasmi PBB iaitu Bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Russia dan Sepanyol. Oleh itu, sekiranya ingin berucap dalam bahasa Malaysia, harus ada penterjemahan yang disediakan sendiri. Tambahnya lagi, Presiden Jokowi turut berucap dalam bahasa Indonesia, tetapi ada penterjemahan langsung ketika dia berucap. Kebiasaannya, pemimpin dari negara bukan bahasa rasmi PBB akan membawa penterjemah sendiri atau mengupah perkhidmatan jurubahasa. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pasukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) menyediakan penterjemahan langsung. Menurutnya lagi, adalah tidak salah Tuan Ibrahim untuk berucap dalam bahasa Malaysia, tetapi harus ada terjemahan langsung ketika berucap. Khabarnya, terjemahan ucapan Tuan Ibrahim dalam salinan hard copy telah diedarkan kepada delegasi, namun beliau kurang pasti sama ada terjemahan teks ucapan itu diedarkan sebelum atau selepas menteri Kasa itu berucap. Jelas Menakshi, penterjemahan langsung ketika bercakap menunjukkan keseriusan suara yang hendak dibawa. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Menakshi. Namun, setakat ini Tuan Ibrahim dan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air masih belum memberi maklum balas menngenai perkara ini. - CARI |
umbut replied at 16-12-2021 08:45 PM
Lobai syok sendiri. Bahasa inggeris x pandai hentam bahasa melayu alasan martabatkan. Pastu takda pe ...
dodolgemok replied at 16-12-2021 05:50 PM
Biasa la lobai, dha bodoh English, lepastu acah2 nak martabat bahasa Melayu. Ujong2 satu habuk pon p ...
dodolgemok replied at 16-12-2021 05:50 PM
Biasa la lobai, dha bodoh English, lepastu acah2 nak martabat bahasa Melayu. Ujong2 satu habuk pon p ...
ADVERTISEMENT