CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2402|Reply: 20

'Tuan Ibrahim gagal sampaikan mesej M'sia kepada dunia'

[Copy link]
Post time 16-12-2021 11:58 AM | Show all posts |Read mode
'Tuan Ibrahim gagal sampaikan mesej M'sia kepada dunia'
Shakira Buang
Diterbitkan:  Dec 15, 2021 9:00 PM



Kehadiran Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, ke Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-26 (UNFCCC COP-26) baru-baru ini disifatkan sebagai sia-sia.

Jurucakap Alam Sekitar dan Air PKR, Fuziah Salleh, berkata meskipun Tuan Ibrahim menerima pujian ramai atas 'keberaniannya' berucap menggunakan bahasa Melayu, namun ia didakwa gagal menyampaikan mesej dan pendirian Malaysia kepada dunia berhubung isu perubahan iklim.

Kata Ketua Wanita PKR itu, ucapan Tuan Ibrahim dalam bahasa Melayu itu dilakukan pada seminar antarabangsa yang sangat penting.

"Jadi, matlamat nombor satu ialah untuk menyampaikan kepada dunia apa pendirian Malaysia berkenaan dengan perubahan iklim, memberitahu dunia bertapa seriusnya Malaysia menangani agenda perubahan iklim serta bagaimana komitmen Malaysia.

"Bahasa hanyalah medium penyampaian, dan sekiranya dia nak memartabatkan bahasa Melayu sudah tentu ia dialu-alukan tapi kenalah pastikan mesej yang hendak disampaikan itu diterima dengan berkesan," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Fuziah Malaysia sebenarnya gagal menyampai mesej alam sekitar kepada dunia malah pemergian Tuan Ibrahim ke persidangan antarabangsa itu dianggap sia-sia.

Pastikan medium dipilih efektif

Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi kini menjadi tugas Tuan Ibrahim untuk memastikan mesej yang hendak disampaikan Malaysia itu diterima dunia.

"Itu isunya dan dia kena pastikan mesejnya sampai. Penyampainya ialah bahasa. Kalau memartabatkan bahasa itu lebih besar kepada menteri, maka kita gagallah untuk memahami peranan sebenar menteri diberikan ruang berucap di persidangan tersebut," jelasnya.

Fuziah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tuan Ibrahim berucap menggunakan bahasa Melayu di UNFCCC COP-26 yang berlangsung di Glassgow, Scotland, pada Nov lalu.

Mengulas lanjut, Fuziah turut mempersoalkan sama ada Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS itu sebenarnya mahu memartabakan bahasa Melayu atau tidak menguasi bahasa Inggeris.

"Apa keputusannya? Kalau dia letak matlamat yang pertama tadi untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia komited, Malaysia nak buat begitu dan begini dia perlu menggunakan medium dan memastikan medium itu efektif.

"Kalau nak guna bahasa Melayu kena pastikanlah ada penterjemah," katanya.



Tuan Ibrahim juga, kata Fuziah, perlu membezakan matlamat dengan wasilah, platform mahupun medium, atau pun cara.

Katanya dengan apa yang dilakukan menteri terbabit bolehlah dianggap dia tidak tahu apa matlamat sebenar diberu kesempatan berdiri di pentas dunia itu.

Jika mahu menyampaikan kepada dunia tentang komitmen Malaysia, kata Fuziah, ahli parlimen Kubang Krian terbabit perlu memastikan dia menggunakan kaedah yang berkesan.

"Boleh saja dia nak martabatkan bahasa Melayu tapi pastikan ia mesti efektif," katanya.

Patut ada penterjemah

Selain itu tambah Fuziah Tuan Ibrahim boleh saja berucap menggunakan bahasa Inggeris jika tidak dapat menyediakan penterjemah kerana tujuan utama pemimpin negara berucap di situ ialah memberitahu komitmen kepada dunia.

Nov lalu Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pujian dan juga kritikan ketika menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa.

Pun begitu, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman memberitahu Malaysiakini isunya melangkaui soal perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Dia mendakwa tidak ada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov lalu itu.

Tambahnya, keadaan sedikit sulit kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahasa Malaysia tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

"Jadi bila anda pergi ke sidang UNFCCC-COP 26 hendak berucap, boleh berucap dalam bahasa Malaysia tetapi harus ada penterjemahan sendiri.

"Kamu perlu bayar atau bawa penterjemah kamu sendiri. Jangan harapkan PBB untuk sediakan," katanya yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu.

Sementara itu, pejabat media UNFCC ketika dihubungi Malaysiakini untuk menjelaskan mengenai ucapan Tuan Ibrahim, cuma memberi jawapan ringkas bahawa "terdapat enam bahasa rasmi PBB: Bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Russia dan Sepanyol."

"UNFCCC menyediakan penterjemahan untuk mesyuarat rasmi dalam kesemua enam bahasa rasmi ini," kata pembantu media dan maklumat awam UNFCC Carrie Aβheuer melalui emel semalam.

Sidang COP26 mempertemukan lebih 192 buah negara yang memeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dengan kehadiran lebih seratus pemimpin dunia, bermula 30 Oktober hingga 12 Nov lalu.

Antara pemimpin dunia yang hadir pada majlis pembukaan COP26 1 Nov lalu ialah Perdana Menteri UK Boris Johnson, Presiden AS Joe Biden, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2021 11:59 AM | Show all posts
'Tuan Ibrahim berucap BM tanpa terjemahan langsung di COP26'
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan:  Dec 15, 2021 8:58 AM

Apabila Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa pada Nov lalu, menteri alam sekitar dan air itu menerima pujian dan juga kritikan.

Pun begitu, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman memberitahu Malaysiakini isunya melangkaui soal perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Dia mendakwa tidak ada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dikenali sebagai COP26 di Glassgow, Scotland itu.

"Betul. Sebab di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahasa Malaysia tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi," jelasnya ketika diminta mengulas mengenai ucapan Tuan Ibrahim.

"Jadi bila anda pergi ke sidang UNFCCC-COP 26 hendak berucap, boleh berucap dalam bahasa Malaysia tetapi harus ada penterjemahan sendiri.

"Kamu perlu bayar atau bawa penterjemah kamu sendiri. Jangan harapkan PBB untuk sediakan.

"Saya difahamkan bahawa Presiden Jokowi apabila pergi ke COP26, penterjemahan itu berlaku. Dia bercakap dalam bahasa Indonesia tetapi ada penterjemahan langsung ketika dia berucap," katanya yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu.

Sidang COP26 mempertemukan lebih 192 buah negara yang memeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dengan kehadiran lebih seratus pemimpin dunia, bermula 30 Oktober hingga 12 Nov lalu.

Antara pemimpin dunia yang hadir pada majlis pembukaan COP26 1 Nov lalu ialah Perdana Menteri UK Boris Johnson, Presiden AS Joe Biden, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Tayyip Erdogan.

Menurut Meenakshi, urusan menyediakan penterjemahan langsung itu sepatutnya menjadi tanggung jawab pasukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

"Jadi bukan salah Tuan Ibrahim untuk berucap dalam bahasa Malaysia. Tetapi harus ada terjemahan langsung ketika berucap.

"Terjemahan ucapan Tuan Ibrahim memang ada dalam salinan hard copy. Ucapannya itu memang diedarkan (kepada delegasi)," katanya ketika ditemui wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang baru-baru ini.

Malaysiakini telah menghubungi Tuan Ibrahim dan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air berhubung perkara ini dan sedang menunggu maklum balas.

Wakil cakap bahasa negara masing-masing

Jelas Meenakshi lagi, dia tidak pasti teks ucapan Tuan Ibrahim diedarkan sebelum atau selepas menteri Kasa itu berucap tetapi menekankan penterjemahan langsung ketika bercakap menunjukkan keseriusan suara yang hendak dibawa.

"Tetapi bagi saya itu tidak mencukupi sebab kalau anda mahu negara lain faham semasa mendengar ucapan anda, harus ada penterjemah disediakanlah," katanya lagi.

Menjadi amalan apabila pemimpin dari negara bukan bahasa rasmi PBB berucap, mereka akan membawa penterjemah sendiri atau mengupah perkhidmatan jurubahasa.


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:02 PM | Show all posts
Semua negara tau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:36 PM | Show all posts
cakap BM pun mcm syok sendiri..takde sape peduli pun masa dia berucap haritu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:37 PM | Show all posts
sib baik tak cakap ereb
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 05:45 PM | Show all posts

Tuan Ibrahim Berucap Di Persidangan Antarabangsa Tanpa Terjemahan Langsung?




Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa pada 26 Nov lalu, menteri alam sekitar dan air itu menerima pujian dan juga kritikan.





Kredit Foto - Malaysiakini



Walau bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman mendakwa tiada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dikenali sebagai COP26 di Glassgow, Scotland itu.




Meenakshi yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.



Menurut pembantu media dan maklumat awam UNFCC, Carrie Aβheuer, hanya terdapat enam bahasa rasmi PBB iaitu Bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Russia dan Sepanyol.





Kredit Foto - Malaysiakini




Oleh itu, sekiranya ingin berucap dalam bahasa Malaysia, harus ada penterjemahan yang disediakan sendiri. Tambahnya lagi, Presiden Jokowi turut berucap dalam bahasa Indonesia, tetapi ada penterjemahan langsung ketika dia berucap.



Kebiasaannya, pemimpin dari negara bukan bahasa rasmi PBB akan membawa penterjemah sendiri atau mengupah perkhidmatan jurubahasa. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pasukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) menyediakan penterjemahan langsung.



Menurutnya lagi, adalah tidak salah Tuan Ibrahim untuk berucap dalam bahasa Malaysia, tetapi harus ada terjemahan langsung ketika berucap. Khabarnya, terjemahan ucapan Tuan Ibrahim dalam salinan hard copy telah diedarkan kepada delegasi, namun beliau kurang pasti sama ada terjemahan teks ucapan itu diedarkan sebelum atau selepas menteri Kasa itu berucap.



Jelas Menakshi, penterjemahan langsung ketika bercakap menunjukkan keseriusan suara yang hendak dibawa. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Menakshi.






Kredit Foto - Twitter Malaysiakini




Namun, setakat ini Tuan Ibrahim dan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air masih belum memberi maklum balas menngenai perkara ini. - CARI

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2021 05:46 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la lobai, dha bodoh English, lepastu acah2 nak martabat bahasa Melayu. Ujong2 satu habuk pon perwakilan x faham. So apa guna kau kat sana? Penat jah lobai2 semua sujud sembah kau sbb martabak BM kononnya. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dengar juga lobai duta taraf menteri buat ucapan utk martabat bhs melayu dlm konferen dgn pak arab
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai syok sendiri. Bahasa inggeris x pandai hentam bahasa melayu alasan martabatkan. Pastu takda penterjemah.. kesian yg dengar tu ntah apa lobai bebel
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 16-12-2021 08:45 PM
Lobai syok sendiri. Bahasa inggeris x pandai hentam bahasa melayu alasan martabatkan. Pastu takda pe ...

Yg sedap ada je walaun2 yg membekap masa tu  semua delegasi dibekalkan headphone blh select even bahasa siamang pun blh faham, rasa nak luku2 jer walaun tu bila tau semua wakil yg dtg x faham sebutir pun ckp lobai.....walaun klau x menipu bkn walaun namanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 16-12-2021 05:50 PM
Biasa la lobai, dha bodoh English, lepastu acah2 nak martabat bahasa Melayu. Ujong2 satu habuk pon p ...

Tea Eye Tea Ermmmm ni bkn cikai2 punya org x reti speaking,  dia bleh jer ckp omputih berabuk.... Tp mcm bodoh plak nk berucap dlm BM tp xder translator... Tu mmg bangang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 16-12-2021 05:50 PM
Biasa la lobai, dha bodoh English, lepastu acah2 nak martabat bahasa Melayu. Ujong2 satu habuk pon p ...

Akal lobai mudah dibaca..... ruu355 pasti dilaksanakan sbb kita ngra islam KALAU dpt jd kjn....

......DAH jd kjn ruu355 X  blh laksanakan sbb x penting sgt pun sbb kita bukan full ngra islam pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan pegawai di kementerian x alert sekiranya perlu penterjemah etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:10 PM | Show all posts
kegagalan sistem pendidikan mesia sekali lagi gagal diterjemahkan di PBB
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata dah jadi lecturer uni awam bertahun2. Takat nak speaking tu celah gigi dia je katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 09:45 PM | Show all posts
pas pis pus ni patut hunban je next pru... igt nk tegur ke apa tp sama naikkkk... da kalah naik cara xbermaruah tuihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 10:07 PM | Show all posts
org jd menteri, ko pun nak jd menteri... bodo.. bodo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai2 ni mmg susah nak admit diri depa tu bodoh bahlol
Memalukan je. Nmpk sgt ko pun x paham apa tujuan ko pi berucap kt UN tu
Bodoh bahlol sial menteri nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan pihak Kasa tak buat persediaan sebelum pergi & biarkan tok menteri berucap. Patut dah tahukan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.095420 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list