CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ralat Dah Terguna Duit Simpanan,"-Achey Sanggup Bergadai Harta Rawat Ibu

16-6-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9455| Komen: 46

Selepas pemergian arwah bapa pada 19 Mac lalu, pelakon dan pelawak Achey diuji sekali lagi apabila ibunya, Ngaisah Hassan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman.


Foto: IG
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran hempedu dan pankreas dan kini ibunya dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.

"Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.


"Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.

"Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.



"Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya," kata Achey kepada mStar.

Sebelum ini, Achey memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya demi merawat insan tercinta.

Arwah bapa Achey iaitu Hamzah Salam, 80, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.



Dalam pada itu, ahli kumpulan Bocey ini memberitahu dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi memberikan rawatan yang terbaik buat ibunya yang berusia 73 tahun.

Achey yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.

"Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.


"Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.

"Memang rasa amat ralat la... kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.

"Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 16-6-2021 10:35 AM
Klo buleh toksah tunjuk muka ko tuuu..ok

Ko cite je dah..klo ensem cam aku..tunjuk tak pe k...

ko tgk aku ngan Aron Aziz sure ingat kembar

Paham botak gondol?

Lai satuuu ko tu oang islam..tak elokkk kesal..ralat..berandai..kalau itu ini..ni namanya TAK REDHA TAKDIR

Ko ingat yg beli rete bisnes ko ada tu diri ko ke

Aaaaa tu laaa..blajo makrifat ok...ws
Quote imransulaiman 16-6-2021 11:00 AM
Tak payah lah mention jual harta untuk belanja parents buat rawatan atau sara mereka...terutama sekali ibu.

Aku pernah baca somewhere ustaz cakap harta anak lelaki (especially...dan betulkan jika aku salah) adalah milik ibunya. Aku terkesan sangat dengan kata-kata ustaz tu....
Quote nazzse 16-6-2021 11:15 AM
Bagus la dia ni, bab family jaga sungguh. Bini tu pun selalu dia puji. Annoying bab lain malas nak sentuh.

Melalui pembacaan aku, dia buka ralat kena guna utk rawat mak dia. Dia ralat sbb dah guna duit simpanan utk business, then takut tak cukup baki yg ada tu utk rawat mak dia. Tajuk pun agak2 la nak clickbait pun.
Quote babycc 16-6-2021 11:15 AM
Bukan dia ni selalu menang MLM dgn pertandinhan ape tah kat TV3.. ratus2 ribu da.. die wat bisnes apa.musim2 pandemik ni..??
Quote ciksaenara 16-6-2021 11:17 AM
semoga dipermudahkan
Quote Themilo 16-6-2021 11:30 AM
kalau google rumah / kereta achey, kau boleh nampak kayangan level berapa dia ni. Hadiahkan bini Audi TT RM285k, hadiahkan bini sebidang tanah, rumah 3 tingkat..
Quote ezacbee 16-6-2021 11:40 AM
Time ni bukak bisnes perit oo..
Bisnes bubble tea ke?
Quote Nenasketum 16-6-2021 01:07 PM
imransulaiman replied at 16-6-2021 11:00 AM
Tak payah lah mention jual harta untuk belanja parents buat rawatan atau sara mereka...terutama seka ...

Betul ni. Sebab masa my brother meninggal, rumah dia yang tak ada wasiat jatuh kepada parents kitorang dan semua adik2 beradik ada bahagian. But we chose to give it up untuk anak2 dia.
Quote dellashrill 16-6-2021 01:11 PM
Nenasketum replied at 16-6-2021 01:07 PM
Betul ni. Sebab masa my brother meninggal, rumah dia yang tak ada wasiat jatuh kepada parents kito ...

your parent masih ada maksudnya bapa ada lagi? anak-anak your brother ada lelaki tak?

Quote mayakaren 16-6-2021 01:18 PM
Lesson learned.. Every year kena rajin buat medical check up. Kalau ada apa2 masalah boleh detect early. Lagi satu ambiklah medical insurance masa muda, bila dah berumur byk takleh cover.
Quote CatMiow 16-6-2021 01:50 PM
dellashrill: your parent masih ada maksudnya bapa ada lagi? anak-anak your brother ada lelaki tak?


Kalau ada anak lelaki akan efek penerima faraid ke?
Quote Illayana 16-6-2021 02:38 PM
CatMiow replied at 16-6-2021 01:50 PM
Kalau ada anak lelaki akan efek penerima faraid ke?

Tolng jawabkan.. Yes. Adik beradik tak dptla. Just surviving parents, balu dan anak2 arwah.
Quote Cik_jantung 16-6-2021 02:56 PM
Nenasketum replied at 16-6-2021 01:07 PM
Betul ni. Sebab masa my brother meninggal, rumah dia yang tak ada wasiat jatuh kepada parents kito ...

Ya allah bagusnya korang... masih fikirkan anak2 sedara.. Akan mendapat balasan yg paling setimpal insyaallah.

Memang betul harta lelaki milik ibunya..tp jangan dilupa sebahagian dr harta suami disumbang oleh isteri.. klu pd zaman skrg mungkin lbh besar lg sumbangan isteri..
Quote opie5662 16-6-2021 02:58 PM
Aku rase die ralat kot sbb ayah die masuk hosp segamat hr tu. Tu yg die berhabis utk mak die tu. Hosp segamat tu, nama je tempat mantan menteri kesihatan bertahun2 lama nye.... Tp hosp macam hospital zaman perang. Ct scan pon nan hadoooo... Mak mertua iols dlu kat situ, smpi kipas pon x hidup... Kesian pesakit kepanasan... Pas tu check ala kadar je... Sefangkan mil aku nye usus dh rosak teruk. Doktor asek ckp angin je la 4 5 kali warded. Bile kitorg bawak kl, terus kritikal sbb usu die dh pecah habis.

Bagus la achey cr hosp yg bagus... Mesti fobia die ngan spital segamat yg mcm rumah hantu tu. Insya allah, ade la nnt rezeki lain Allah ganti sbb bg mak keselesaan n treatment terbaik

Quote Cik_jantung 16-6-2021 02:58 PM
Harap achey tabah jaga mak.
Semoga diberi kesembuhan.

Quote umbut 16-6-2021 02:58 PM
Kan kaya... Rumah bertingkat tingkat.. Sampai habis kedepan rumahnya di extend... Rumah sebelah menyebelah tenggelam ngan rumah dia sorang  bagi bini audi 285k..
Quote Firis 16-6-2021 04:16 PM
nazzse replied at 16-6-2021 11:15 AM
Bagus la dia ni, bab family jaga sungguh. Bini tu pun selalu dia puji. Annoying bab lain malas nak s ...

Itu la yg aku pham pun,dia ralat sbb duit simpanan dia dh ke business klau dia tau psal mak dia sakit mmng dia tk kn guna utk business tp ade org yg baca tajuk je
Quote LadyCarefree 16-6-2021 04:20 PM
imransulaiman replied at 16-6-2021 10:00 AM
Tak payah lah mention jual harta untuk belanja parents buat rawatan atau sara mereka...terutama seka ...

Apa pulak harta lelaki dah kahwin adalah milik ibunya
Quote LadyCarefree 16-6-2021 04:21 PM
Themilo replied at 16-6-2021 10:30 AM
kalau google rumah / kereta achey, kau boleh nampak kayangan level berapa dia ni. Hadiahkan bini Aud ...

Biasa je. Xlah kayangan mana. Nak rawat mak pon mungkin kena jual barang.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.254763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top