Sekejapnya masa berlalu, pejam celik sudah hampir 6 bulan pelakon dan pengacara terkenal, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga dan kini pula Ayda sudah berbadan dua. Pasangan merpati dua sejoli ini kerap menjadi bualan netizen dek kerana "kegilaan" mereka dan sentiasa "happy go lucky". Memetik portal Hotfm, baru-baru ini Ayda Jebat telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan mengenai suaminya. Hmmm lain macam ni! Antara soalan yang diterima adalah adakah Nabil seorang yang kuat cemburu? Ini jawapan Ayda. Haaa nampaknya Nabil lebih kepada manja daripada cemburu ya! Bukan itu sahaja, ada juga soalan berkaitan bekas kekasih Nabil, tetapi tidak pasti "bekas kekasih" yang mana satu, adakah kekasih lama yang juga seorang pelakon, iaitu Sarah Hildebrand? Lihat jawapan "slumber" Ayda : "Nabil pernah putus tunang kan sebelum ni" ??“ netizen Tampil menjawab ringkas, Ayda memberitahu bahawa suaminya itu tidak pernah putus tunang kerana tidak ada jodoh bersama pelakon berkenaan. Namun apa yang mengejutkan, Ayda meminta Nabil untuk menyimpan cincin tunang bersama bekas kekasihnya itu sebagai tanda kenangan! Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Parah ini mendedahkan kepada umum bahawa Nabil tidak pernah putus tunang tetapi pernah putus cinta beberapa kali, namun tidak lagi selepas berkahwin dengannya. Sporting juga ya Ayda dalam bercakap mengenai "kisah lama" suaminya itu! Apa-pun, mungkin itulah salah satu kelebihan yang ada pada Ayda yang membuatkan Nabil sayang dan jatuh cinta pada isterinya itu. Semoga pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke Jannah. - CARI |
jiwarasa replied at 10-6-2021 06:48 AM
Ceh cincin nak bagi ex gf, ingatkan simpan cincin ex gf bagi dia.. Btw baru tau nabil dulu couple de ...
Carcosa: Bodohnya nye si Jebat ni.Menang tanpa bertanding, memanglah bodoh. Sapa je yg sudi nak bertanding nak dpt laki kau yg mcm budak terencat akal tu? Rupa ...
Carcosa replied at 10-6-2021 07:47 AM
Bodohnya nye si Jebat ni.
Menang tanpa bertanding, memanglah bodoh. Sapa je yg sudi nak bertanding ...
azimodin replied at 10-6-2021 09:13 AM
Exactly, dia ni typical "pick-me girl", rasa hebat sangat la dapat laki nan hado tu. Asal berlak ...
Carcosa replied at 10-6-2021 07:47 AM
Bodohnya nye si Jebat ni.
Menang tanpa bertanding, memanglah bodoh. Sapa je yg sudi nak bertanding ...
ADVERTISEMENT