CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Media Sosial Saya Kotor, Banyak Sampah,"-Jasmin Hamid Bengang Nak Promosi Drama Pun Salah

9-6-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3127| Komen: 9

Pelakon Jasmin Hamid menempelak sikap segelintir individu yang mempersoalkan tindakannya mempromosikan drama lakonan dan isu semasa di Instagram.

Jasmin berkata, dia tidak faham kenapa tindakannya itu dikatakan 'mengotorkan' Instagram miliknya dan menyakitkan mata pengikutnya (followers).


Foto: IG

"Kotor? Sakit mata? Media sosial saya kotor, banyak sampah. Salahkah bila saya promosi drama lakonan saya dan juga isu semasa di media sosial sendiri?

"Anda lainlah 'followers' berjuta. Anda ada kereta dan rumah mewah, 'job' besar, semuanya hebat. Cantiklah kalau muat naik dan hebahkan di media sosial. Itu hak anda. Jangan khuatir sebab saya takkan kotorkan media sosial media anda dengan gambar saya.


"Ambil gambar dengan saya pun tak perlu sebab gambar itu pun nanti cuma akan dimuat naik masa hari mati saya saja dengan bacaan al-Fatihah. Itupun kalau ada gambar sayalah. Muat naik semula pun tak perlu. Nanti kotor pula media sosial anda yang cantik tu," katanya.



Menurut Jasmin yang kini menjadi bualan hangat menerusi watak Mak Ngah dalam drama bersiri Cukup Derita Itu di TV3, menjadi tanggungjawabnya sebagai pelakon untuk mempromosikan setiap drama dan karya yang dilakonkan.

"Saya cuma semut merah. Tak punya apa-apa. Kalau ada pun, saya takkan pamerkan harta dunia. Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia.

"Walaupun media sosial saya tak ada jutaan 'followers', saya tetap sayang dan hargai penyokong saya. Sebab itu saya kongsi drama saya dan isu semasa dengan mereka. Kerana mereka saya kuatkan semangat untuk terus berjuang dalam dunia seni. Adakalanya saya tolong promosikan drama atau filem sahabat-sahabat saya," katanya.


Jasmin berkata, pelakon popular antarabangsa yang memiliki jutaan pengikut di Instagram juga mempromosikan drama dan filem lakonan mereka di media sosial.

"Kita ini cuma artis Malaysia, celah gigi mereka saja. Jadi, tak perlulah nak mendabik dada dengan kemasyhuran yang Allah pinjamkan itu. Penerbit atau stesen TV minta tolong promosikan drama lakonan sendiri pun, ada yang berkira. Lagipun kemudahan ada di hujung jari, jadi gunakanlah dengan bijak," katanya.



Dalam masa sama, Jasmin meninggalkan pesan supaya jangan mengikutinya di Instagram jika tidak suka dengan apa yang dikongsikan.

"Semoga perkara baik yang saya kongsi dengan penyokong dan dijadikan amalan, Allah akan berikan ganjaran buat saya kelak.


"Kalau tak suka dengan apa yang saya kongsi, 'unfollow' atau lupakan saya. Itu lebih baik. Hidup ini macam roda, berputar. Kita tidak akan sentiasa berada di atas. Hendaknya pada mereka yang lupa bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah. Allah boleh beri dan tarik nikmat-Nya pada bila-bila masa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 9-6-2021 03:20 PM
dia ni masa muda punya la comel
teringat gambar dia cover majalah remaja
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 04:04 PM
Bagi la apa saja watak padanya..Jasmin Hamid tak pernah mengecewakan
Quote SweetRehan 9-6-2021 05:23 PM
Jasmin Hamid yg ai ingat watak jahat dia menjadi tul dalam drama apa ntah lupa tajuk yg RitRud jd watak baik lemah lembik...
Quote tuntasha 9-6-2021 06:15 PM
Dia ni mmg ngetop! Best dia nya lakonan to fesyen dia hauk!

Quote asamfish 10-6-2021 12:57 AM
Ai suka dia sbb so far dia jenis cakap yang baik2 je
Selain lakonan dia yang bagus
Lama jugak dia berlakon utk jadi sebagus sekarang
Sebab masa muda2 dulu, lakonan dia so so je
Good job, Jasmin!
Quote RumiMenari 10-6-2021 01:53 AM
I blur2 apa yg dirempankannya ni.. bila i klik ig dia baru faham.. sekali imbas macam ig bambam studio, drama sangat, fan page.. tak macam ig artis2 kebiasaannya yang tayang selfie, ootd.. tapi i rasa ok je.. bukti dia bnyk job tak perlu nak amek paid review sendat ketat.. tu lagi mengotorkan ig
Quote sleepandream 10-6-2021 02:28 AM
dah ada cucu ropernye...
Quote Perawankota 10-6-2021 02:52 AM
IG dia, biarlah dia nk buat apa
Quote LemonGourmand 10-6-2021 11:36 AM
lebih baik promote drama daripada buat paid review dgn gambar/video dan caption lucah nak mati. Yang tu batu betul mengotorkan ig.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031653 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top