"Saya tak sangka orang dalam industri pun boleh bersikap sebegini,". Demikian kata penyanyi dan pengacara, Neeta Manis mengenai tindakan seorang individu yang bekerja dalam industri hiburan dan memuat naik potongan video menunjukkan dia seolah-olah sedang membetulkan payudaranya di TikTok.
Neeta ketika dihubungi berkata, dia dan pihak pengurusannya sudah menghubungi individu itu, namun belum menerima sebarang jawapan. "Saya dimaklumkan oleh seorang kenalan mengenai kewujudan video itu di TikTok. Bila nampak saja, saya pun tak selidik siapakah individu berkenaan dan terus melaporkan mengenai video itu di TikTok. "Bila berborak dengan beberapa kenalan, mereka memaklumkan bahawa individu itu adalah orang di dalam industri hiburan," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan individu itu yang sepatutnya sedar apakah kandungan yang sesuai untuk dikongsikan kepada pengikut TikTok.
"Bagi saya, orang dalam industri sendiri sepatutnya lebih tahu apakah kandungan yang sesuai dan apa pula kesan akan berlaku sekiranya sesuatu kandungan tidak bermoral dimuat naik. "Ini tidak. Sikap dan tindakan yang ditunjukkannya sama seperti budak-budak yang baru belajar main TikTok," katanya lagi. Potongan video sensasi itu diambil daripada program All Together Now Malaysia yang menampilkan Neeta sebagai seorang daripada 50 juri dan bangun untuk menyokong persembahan salah seorang peserta. "Ketika itu, peserta bernama Ajoi sedang membuat persembahan dan mendapat markah penuh iaitu 100 markah. Jadi, kami semua bangun untuk memberikan sokongan. "Sedang orang lain sibuk menonton persembahan peserta, saya tak sangka pula ada mata yang menonton benda lain," katanya geram. Sehingga kini, video itu masih lagi tidak dipadam di akaun TikTok dan sudah meraih jumlah hampir 500,000 tontonan. Sumber: Harian Metro
|
Lailerthee replied at 9-6-2021 11:05 AM
Knp xjmp video nye
kechikchomel replied at 9-6-2021 11:03 AM
iolss nak tau siapa pengamal media tu je
ADVERTISEMENT