CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Dengan Pemilik Restoran Angkara Sate Jalanan

4-6-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2730| Komen: 7

Video pergaduhan antara seorang pelanggan dan pemilik sebuah restoran di kawasan rekreasi Telaga Srangan, Plaosan, Magetan, Jawa Timur menjadi viral dalam media sosial.

Menurut jurucakap polis, Munir, pergaduhan itu berlaku selepas pelanggan tersebut memesan sate yang dijual oleh peniaga jalanan dan membawa makanan itu ke dalam restoran terbabit.



Kredit foto: KOMPAS

Berang dengan tindakan itu, pemilik restoran tersebut menegur pelanggannya dan memintanya supaya tidak berbuat demikian.

“Ketika menunggu makanan, pelanggan itu memesan sate yang dijual peniaga jalanan yang berada di luar premis.

“Selepas itu, dia membawa masuk sate ke dalam restoran berkenaan dan tindakannya disedari pemilik premis tersebut,” katanya.

Jelas Munir, pelanggan tersebut mempertahankan peniaga sate berkenaan yang katanya turut sama mencari rezeki.


“Peperangan mulut antara kedua-dua pihak berlaku, malah orang ramai yang berada di sekitar turut ‘menyertai’ pergaduhan itu.

“Akibatnya, ada yang cedera dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Sementara itu, polis memaklumkan pelanggan dan pemilik restoran itu sudah pun membuat laporan polis dan siasatan teliti akan dijalankan segera.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-6-2021 01:44 PM
Alahai...kesiannya..
Tapi ye la..buatnya oelanggan tu sakit perut..kang disalahnya owner restoran..tanpa.diselidik apa puncanya...
Quote sarah82 4-6-2021 01:54 PM
Lamanya x makan satay.. Aku rindu satay kat kmpung seberang Jitra.. Huwaaaaa
Quote Austronesian 4-6-2021 02:03 PM
Bodoh punya org beli luar restoran baik simpan bawak balik. Makan kat situ tak pasal2 pekerja restoran kena kemas balik.
Quote Artemesiaa 4-6-2021 03:10 PM
Ramai tuan punya kedai tak setuju kalau pelanggan bawak masuk makanan lain dan makan dikedai mereka macam tu jadi tak perlu nak argue atau bagi alasan lagi.
Quote n3ar 4-6-2021 04:02 PM
ko beli satay dari orang luar tu, ko berdiri jer la makan kt luar..dh habis makan g duduk dalam restoran..


kat malaysia lak lain cerita, dlm medan selera banyak2 gerai, ko leh duduk kt meja depan gerai tu jer..ko duduk meja lain, nk order kedai sebelah nanti kena tegur dgn tuan punya kedai depan meja tu
Quote matbad 4-6-2021 11:58 PM
sarah82: Lamanya x makan satay.. Aku rindu satay kat kmpung seberang Jitra.. Huwaaaaa

daku org tok jalai oiii hihihi
Quote edee_91 5-6-2021 12:03 AM
aku tak tahu nak ambik side mana. sudahnya aku doakan dua2 mampos kena covid jah.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.177859 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top