CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Mohon Henti Jadikan Syarikat Jual Produk Pemutih Kulit Kaya Raya

3-6-2021 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6811| Komen: 42

Hentikan pakai produk memutihkan kulit wajah bermula dari sekarang, inilah yang ingin disampaikan oleh Yuna menerusi hantarannya di Instagram Story semalam.

Yuna berkongsi screenshot dari sebuah video yang berkisarkan tiga individu berkulit gelap memilih untuk menggunakan produk memutihkan kulit kerana pernah di buli dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.



Foto: IG
Dari perkongsian di Instagram Story milik Yuna itu, penyanyi berbakat ini mahu orang ramai tidak lagi menggunakan produk memutih yang menghakis kulit wajah.

Kerana memakai produk sedemikian hanya membuatkan syarikat kosmetik menjadi kaya-raya, dan diri sendiri berisiko menghidap masalah kerosakan organ.


Bukan itu saja, ia juga membuatkan kulit wajah menjadi lebih hodoh akibat kesan sampingan yang keluar dari pemakaian produk tersebut.


“Kulit gelap sangat CANTIK! Berhenti jadikan syarikat yang menjual produk menghakis kulit jadi kaya-raya, mereka bukan hanya mencederakan kulit dan organ kamu. Malah mereka juga menjual idea yang kamu perlu miliki kulit yang cerah, untuk menjadi cantik yang mana ianya menjijikkan dan PALSU belaka.

"Mereka akan pastikan yang kamu berasa hodoh supaya mereka dapat membuat DUIT.” Kongsinya di Instagram

Bukan itu saja, Yuna juga menyatakan bahawa kita semua harus keluar dari beauty standard yang tidak benar dan belajar untuk menerima dan menyayangi kecantikan semulajadi diri.



“Kita juga perlu keluar dari trauma masa silam atau ajaran generasi lama yang menganggap kulit cerah itu lebih baik. Belajarlah! Dan sayangi kecantikan semulajadi kamu sendiri. Kamu berhak yang lebih baik dari standard kecantikan yang dah lama ini.” Kongsinya lagi di Instagram

Dari intipati video itu, stereotaip dan beauty standard terhadap warna kulit gelap menjadi punca mengapa ramai orang memilih untuk pakai produk memutihkan kulit walaupun produk tersebut beri kesan buruk sebenarnya.


Sepatutnya dalam zaman moden dengan pemikiran terbuka alaf 21 ini, kita semua harus bebaskan diri dari penjara beauty standard yang tidak betul ini dan sayangi warna kulit sendiri kerana itu adalah kecantikan diri yang abadi sebenarnya. -CARI

Sumber: Muraimy
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 3-6-2021 03:09 PM
Iols masih terkazutt yach sheols jd duta Lux. Sebaris erra, fazura, luna maya etc.. ko hadoo ? Sheols bukti yg tanpa rupa paras yg cantik pun mampoo jd duta Olay, Lux segala bagai. Sk2 iols x igt sheols jd duta or sekadar jemputan sajokk
Quote Herlina 3-6-2021 03:12 PM
Setuju. Kebanyakan suka produk pemutih muka
Buat apa nk putihkan muka walhal kulit tangan berkerak
Quote Cece1234 3-6-2021 03:13 PM
Orix replied at 3-6-2021 03:09 PM
Iols masih terkazutt yach sheols jd duta Lux. Sebaris erra, fazura, luna maya etc.. ko hadoo ? Sheol ...

Tp kulit dia xmulus pun..
Quote Acikgomen 3-6-2021 03:15 PM
Cece1234 replied at 3-6-2021 03:13 PM
Tp kulit dia xmulus pun..

Lantak la janji brand manager sheols dpt kontrak tuh utk sheols
Quote miss_perfect 3-6-2021 03:22 PM
Bagus Yuna cakap pasal ni... patut lebih ramai orang yg banyak pengaruh cakap ttg ni.
Quote slyfynx 3-6-2021 03:38 PM
Hmmm setuju dgn pendapat die, tp terganggu dengan pemakaian 'tudung' die
Quote likilu 3-6-2021 03:38 PM
Dengan produk detox segala.

Tahu tak body kita detox by berak n peluh?

Bukan murah, 80-150 juga kot dalam pack yg ada tu xsampai sebulan kena beli lagi.

Cuba beli
- apple cider vinegar rm20 tahan 2-3 bulan
- virgin coconut oil rm30 tahan 2-3 bulan
- buah betik RM 10 per week

But  Malas sangat kan nak koyak plastic sedut terus. Biar bayar berganda pun tak apa
Quote makneng 3-6-2021 03:55 PM
X de maknanya acik2 kepam nak dgr yuna oiii.. Diorg suka muka lbh putih dari tangan.
Quote Brunes 3-6-2021 03:59 PM
i support u 1000000% yuna! pemutih kulit is bad and ogly.. dia punya putih tu serupa mayat.. kalau i nampak artist/ penyanyi/ influencer yg iklankan produk pemutih kulit they are automatically cancelled.. tunggu 10++ tahun akan datang org yg obsessed dengan pemutih kulit tu akan menghadapi organ complication.. u will see!!
Quote MontanaHannah 3-6-2021 04:17 PM
hang sendiri pun kahwin dgn anak omputih


awat hang xkahwin dengan  anak org laksa telok kechaiiiiiiiiiiiiiii nu haaaaaaaaaaaa




Quote beni_nikaido 3-6-2021 04:26 PM
baru je la lalu kat fb smlm, licin dan putih serupa kulit telur
promo tu tak tipu la sebab gambar tu betul2 kulit dia mcm telur
rasa jijik pulak tengok macam tu
Quote mclaren 3-6-2021 05:07 PM
Tadi baru tertengok iklan pemutih kulit instant kat YT sebelum video saya nak tengok.
Sebab mengarut sangat instantly boleh putih tergerak hati tadi shared iklan tu dengan someone I know. Teringat pulak ke Eina Azman masa tengok iklan tu.

https://244423758.mulunshop.com/feib?from=google&utm_content=13334986959&gclid=Cj0KCQjw--GFBhDeARIsACH_kdZi1gwVXp0qdXevPT-Dd7qHIMCwSpL0spc-Oa8qc0vO4EJ6Z6fUjg4aAmkVEALw_wcB

Siapa nak tengok boleh cuba url atas ni. Dia sapu krim tu lepas tu lalu air dan lap voila putih mengerikan.
Quote nanasno 3-6-2021 05:16 PM
btoi yuna i agree with u. iols suka la gambar2 ig dia semua instaworthy yang tak try hard.
Quote Orkidcina 3-6-2021 05:21 PM
Betul. Semua nk putih
Quote Orkidcina 3-6-2021 05:22 PM
Cantik tu kan subjektif tp tu la org malaysia ni putih je cantik, yg gelap dipulau huhu
Quote solarlunar 3-6-2021 05:24 PM
Edited by solarlunar at 3-6-2021 07:56 PM

So far yang embrace kulit sawo matang

1. Dayang Nurfaizah
2. Ain Edruce
3. Yuna
4. Nabila Huda
5. Nourul Depp
6. Ziana Zain
7. Vanida Imran

8. Mila Jirin
Quote nazzse 3-6-2021 06:06 PM
MontanaHannah replied at 3-6-2021 08:17 AM
hang sendiri pun kahwin dgn anak omputih



Jodoh kak nah
Baru international
Quote Zirara99 3-6-2021 06:26 PM
solarlunar replied at 3-6-2021 05:24 PM
So far yang embrace kulit sawo matang

1. Dayang Nurfaizah

Ain Edruce sawo matang ek?
Quote epal_putih 3-6-2021 07:10 PM
solarlunar replied at 3-6-2021 05:24 PM
So far yang embrace kulit sawo matang

1. Dayang Nurfaizah

Cantik kulit diarang

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047441 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top