View: 6083|Reply: 41
|
Yuna Mohon Henti Jadikan Syarikat Jual Produk Pemutih Kulit Kaya Raya
[Copy link]
|
|
Hentikan pakai produk memutihkan kulit wajah bermula dari sekarang, inilah yang ingin disampaikan oleh Yuna menerusi hantarannya di Instagram Story semalam.
Yuna berkongsi screenshot dari sebuah video yang berkisarkan tiga individu berkulit gelap memilih untuk menggunakan produk memutihkan kulit kerana pernah di buli dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
Foto: IG
Dari perkongsian di Instagram Story milik Yuna itu, penyanyi berbakat ini mahu orang ramai tidak lagi menggunakan produk memutih yang menghakis kulit wajah.
Kerana memakai produk sedemikian hanya membuatkan syarikat kosmetik menjadi kaya-raya, dan diri sendiri berisiko menghidap masalah kerosakan organ.
Bukan itu saja, ia juga membuatkan kulit wajah menjadi lebih hodoh akibat kesan sampingan yang keluar dari pemakaian produk tersebut.
“Kulit gelap sangat CANTIK! Berhenti jadikan syarikat yang menjual produk menghakis kulit jadi kaya-raya, mereka bukan hanya mencederakan kulit dan organ kamu. Malah mereka juga menjual idea yang kamu perlu miliki kulit yang cerah, untuk menjadi cantik yang mana ianya menjijikkan dan PALSU belaka.
"Mereka akan pastikan yang kamu berasa hodoh supaya mereka dapat membuat DUIT.” Kongsinya di Instagram
Bukan itu saja, Yuna juga menyatakan bahawa kita semua harus keluar dari beauty standard yang tidak benar dan belajar untuk menerima dan menyayangi kecantikan semulajadi diri.
“Kita juga perlu keluar dari trauma masa silam atau ajaran generasi lama yang menganggap kulit cerah itu lebih baik. Belajarlah! Dan sayangi kecantikan semulajadi kamu sendiri. Kamu berhak yang lebih baik dari standard kecantikan yang dah lama ini.” Kongsinya lagi di Instagram
Dari intipati video itu, stereotaip dan beauty standard terhadap warna kulit gelap menjadi punca mengapa ramai orang memilih untuk pakai produk memutihkan kulit walaupun produk tersebut beri kesan buruk sebenarnya.
Sepatutnya dalam zaman moden dengan pemikiran terbuka alaf 21 ini, kita semua harus bebaskan diri dari penjara beauty standard yang tidak betul ini dan sayangi warna kulit sendiri kerana itu adalah kecantikan diri yang abadi sebenarnya. -CARI
Sumber: Muraimy
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols masih terkazutt yach sheols jd duta Lux. Sebaris erra, fazura, luna maya etc.. ko hadoo ? Sheols bukti yg tanpa rupa paras yg cantik pun mampoo jd duta Olay, Lux segala bagai. Sk2 iols x igt sheols jd duta or sekadar jemputan sajokk |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Kebanyakan suka produk pemutih muka
Buat apa nk putihkan muka walhal kulit tangan berkerak |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 3-6-2021 03:09 PM
Iols masih terkazutt yach sheols jd duta Lux. Sebaris erra, fazura, luna maya etc.. ko hadoo ? Sheol ...
Tp kulit dia xmulus pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cece1234 replied at 3-6-2021 03:13 PM
Tp kulit dia xmulus pun..
Lantak la janji brand manager sheols dpt kontrak tuh utk sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Yuna cakap pasal ni... patut lebih ramai orang yg banyak pengaruh cakap ttg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm setuju dgn pendapat die, tp terganggu dengan pemakaian 'tudung' die |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan produk detox segala.
Tahu tak body kita detox by berak n peluh?
Bukan murah, 80-150 juga kot dalam pack yg ada tu xsampai sebulan kena beli lagi.
Cuba beli
- apple cider vinegar rm20 tahan 2-3 bulan
- virgin coconut oil rm30 tahan 2-3 bulan
- buah betik RM 10 per week
But Malas sangat kan nak koyak plastic sedut terus. Biar bayar berganda pun tak apa |
|
|
|
|
|
|
|
X de maknanya acik2 kepam nak dgr yuna oiii.. Diorg suka muka lbh putih dari tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
i support u 1000000% yuna! pemutih kulit is bad and ogly.. dia punya putih tu serupa mayat.. kalau i nampak artist/ penyanyi/ influencer yg iklankan produk pemutih kulit they are automatically cancelled.. tunggu 10++ tahun akan datang org yg obsessed dengan pemutih kulit tu akan menghadapi organ complication.. u will see!! |
|
|
|
|
|
|
|
hang sendiri pun kahwin dgn anak omputih
awat hang xkahwin dengan anak org laksa telok kechaiiiiiiiiiiiiiii nu haaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
baru je la lalu kat fb smlm, licin dan putih serupa kulit telur
promo tu tak tipu la sebab gambar tu betul2 kulit dia mcm telur
rasa jijik pulak tengok macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi baru tertengok iklan pemutih kulit instant kat YT sebelum video saya nak tengok.
Sebab mengarut sangat instantly boleh putih tergerak hati tadi shared iklan tu dengan someone I know. Teringat pulak ke Eina Azman masa tengok iklan tu.
https://244423758.mulunshop.com/feib?from=google&utm_content=13334986959&gclid=Cj0KCQjw--GFBhDeARIsACH_kdZi1gwVXp0qdXevPT-Dd7qHIMCwSpL0spc-Oa8qc0vO4EJ6Z6fUjg4aAmkVEALw_wcB
Siapa nak tengok boleh cuba url atas ni. Dia sapu krim tu lepas tu lalu air dan lap voila putih mengerikan. |
|
|
|
|
|
|
|
btoi yuna i agree with u. iols suka la gambar2 ig dia semua instaworthy yang tak try hard. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tu kan subjektif tp tu la org malaysia ni putih je cantik, yg gelap dipulau huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by solarlunar at 3-6-2021 07:56 PM
So far yang embrace kulit sawo matang
1. Dayang Nurfaizah
2. Ain Edruce
3. Yuna
4. Nabila Huda
5. Nourul Depp
6. Ziana Zain
7. Vanida Imran
8. Mila Jirin
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 3-6-2021 08:17 AM
hang sendiri pun kahwin dgn anak omputih
Jodoh kak nah
Baru international |
|
|
|
|
|
|
|
solarlunar replied at 3-6-2021 05:24 PM
So far yang embrace kulit sawo matang
1. Dayang Nurfaizah
Ain Edruce sawo matang ek? |
|
|
|
|
|
|
|
solarlunar replied at 3-6-2021 05:24 PM
So far yang embrace kulit sawo matang
1. Dayang Nurfaizah
Cantik kulit diarang |
|
|
|
|
|
|
| |
|