CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedang Berkemas, Visa Dah Buat- Nak Pindah Ke Luar Negara, Nourul Depp Merajuk?

3-6-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43164| Komen: 235

Hantaran dimuat naik penyanyi, Nourul Wahab Depp, 44, menerusi laman Instagram (IG) mengenai hasrat untuk berhijrah ke luar negara pada bulan lalu nyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat.


Mana tidaknya, tanpa angin, tanpa ribut tiba-tiba penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Kerana Terluka ini mengumumkan berita yang dianggap sebagai keputusan drastik.

Foto: IG

Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai hasrat Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mengaitkan kononnya berbuat demikian disebabkan merajuk dengan individu tertentu termasuk industri hiburan.

Enggan berteka-teki, Nourul berkata, hasrat berpindah ke luar negara sudah lama difikirkan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Eric Depp lagi. Cuma, belum ada kekuatan berbuat demikian disebabkan faktor mental dan kewangan.




"Namun, selepas Eric menyatakan keinginan membawa kami sekeluarga berhijrah, saya lantas bersetuju. Jika tiada aral melintang, kami akan berhijrah pada Julai depan. Negara mana? Saya belum bersedia mendedahkannya atas permintaan suami. Tunggulah semua urusan selesai dan tiba masa untuk kami berangkat, akan saya mengumumkan.

"Setakat ini, persiapan sudah 70 peratus. Masih dalam proses mengemas, manakala permohonan mendapatkan visa sudah dibuat. Urusan persekolahan anak-anak di luar negara juga sudah selesai. Kami bersyukur hasrat menempatkan mereka di sekolah pilihan tercapai.

"Jujurnya, saya takut berdepan dengan situasi baharu ini. Jadi, persiapan dari psikologi sangat perlu. Anak-anak pula teruja mahu pergi ke tempat baharu," katanya kepada BH Online.



Mengulas dakwaan penghijrahan dibuat disebabkan merajuk dengan industri hiburan, Nourul berkata, sepatutnya isu berkenaan timbul sejak 2010 lagi jika merajuk dengan industri.

"Waktu itu, saya memang merajuk. Seperti dikatakan, hasrat berhijrah disuarakan Eric. Suami merancang berhijrah ke luar negara pada usia 55 tahun. Pada usia itu, agak mudah untuk mendapatkan visa.

"Secara kebetulan, kami mahu mencari pengalaman baharu. Dari sudut kewangan dan pekerjaan sudah stabil, jadi kami teruskan niat ini. Memandangkan, kami menjalankan perniagaan secara atas talian, jadi tidak timbul masalah untuk menguruskan bisnes di mana juga berada," katanya.



Nourul berkata, dia akan berjauhan dengan anak sulung, Ayu Nazirah. Namun, berdasarkan persetujuan dibuat, Ayu akan berulang-alik.

"Sebulan bersama kami, sebulan bersama bapanya, Ajai di Kuala Lumpur. Jadi, soal rindu tidak timbul kerana Ayu juga rakan kongsi perniagaan, jadi kami akan sentiasa berurusan.

"Saya tidak risau kerana Ayu akan menetap dengan seorang kakitangan yang dianggap seperti keluarga di Kuala Lumpur.

"Walaupun jauh di rantau orang, tidak bermakna saya mahu lupakan terus bidang nyanyian. Saya tetap akan menyanyi," katanya.





Menjawab pertanyaan adakah berkemungkinan menetap dan memohon kerakyatan tetap, Nourul berkata, mana mungkin melupakan negara tercinta.

"Saya tidak terfikir sampai tahap mahu menukar kerakyatan. Malaysia tetap di hati. Saya anak Malaysia, saudara mara juga ramai di sini.

"Saya berhijrah kerana mahu mencari pengalaman. Walaupun ada ketikanya saya terkilan dengan sikap netizen yang tidak henti mengecam hanya kerana saya belum bertudung, namun itu semua belum mampu membuatkan saya membawa diri untuk meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BicaraHatiku 15-4-2021 03:20 PM
Alhamdulillah.... xde apa2 sumbangan meroyan shj. Au revoir!
Quote prettyuglybabe 15-4-2021 05:02 PM
punya la sendu sampai takde sapa pun peduli nak komen..
bye
Quote rosannazmia 15-4-2021 05:10 PM
Pindah kat jepon ka?
Quote Suchi 15-4-2021 05:12 PM
Nak pindah mana laaa hai so anak dia tu cemana? Ayu tu ikut sekali ke?

Quote MakcikLaksa 15-4-2021 05:41 PM
Acik selalu juga ke luar negara sebelum pandemik. Acik tak boleh tinggal lama. Teringat makanan malaysia tu lebih drpd tringat family lagi hahaha dah la tandas xda air mcm negara muslim. Nk kencing berak susah. Org mcm acik mmg xtringin nk dok luar negara.. Xrasi kata org
Quote rainbowrainz 15-4-2021 05:46 PM
Take care...xpelah berhijrah tu elok..semoga dapat apa yg dihajati.. InsyaAllah
Quote pavlovachoc 15-4-2021 05:57 PM
Elok la tu..kt sini pun dh sendu ..
Quote applecomel 15-4-2021 06:14 PM
Pindah ja la
Quote marikhgirl 15-4-2021 06:15 PM
Selamat berpindah
Quote Lylyna 15-4-2021 06:24 PM
Kisah ke? Jangan cakap je, sebab rasa dah bertahun dengar niat tu
Quote Bergosip 15-4-2021 06:28 PM
Kalau tak pindah ke luar negara pon. Apa produk seni dia?

Keluar cerita/berita pon bukan pasal produk seni
Quote bedahmenjuyah 15-4-2021 06:31 PM
Selalu gak dia up workout la, masak healthy la. Bukan fllw tp dok lalu lalang tertgk la kan. Cuma musykil aku tgk dia besar je tak kecik2 pun
Quote samshik 15-4-2021 06:37 PM
Ok bai... Smoga kaya raya di negara org..
Quote None68 15-4-2021 06:52 PM
Tak kurus2 pun dia dok ajak minum herbalife
Quote harisbee 15-4-2021 06:54 PM
pindah OZ ke...mantap nourul....sore sedap
Quote gold_teeth 15-4-2021 08:39 PM
harisbee replied at 15-4-2021 06:54 PM
pindah OZ ke...mantap nourul....sore sedap

Katanya benua lg so aussie mcm bukan kut
Quote kiah_mai_pulak 15-4-2021 08:53 PM
Dubai lah tu kan??
Quote hotmak 15-4-2021 08:57 PM
anak dia dah habis belajar ke, tgk ada je kat sini tak balik campus lg, ke masih online class? seksi oo pergi beli groceries hotpants aje, pak tak marah ke
Quote naina 15-4-2021 09:14 PM
Ohh gud luck lah. Ada rezeki pg merantau negara orang pergilah. Tak semua orang dapat.
Aku teringin belajar or kerja or paling tidak.follow husband ke. Beranak kan sorg kt oversea nak rasa suasana hospital plakkk. Tapi takda rezeki duduk. Just melancong je..

Lihat semua komen(235)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top