CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Saudara 2 Tahun Tiba-Tiba Lari Ketakutan, Lelaki Sempat Rakam Buaian Tiba-Tiba Berhayun Sendiri

3-6-2021 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3989| Komen: 19

Bulu roma siapa yang tak meremang apabila melihat buaian yang kosong tiba-tiba berhayun dengan sendirinya apatah lagi ketika itu tiada sesiapa pun di kawasan taman permainan.


Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda, Aiman Azmi yang secara tidak sengaja merakam kejadian aneh itu ketika membawa anak saudaranya bermain di taman permainan di kawasan tempat tinggal mereka.

Apa yang lebih menyeramkan cerita Aiman, 25, anak saudara kesayangannya itu, Ary Syakur Syafiq yang berusia 2 tahun tiba-tiba melarikan diri dengan wajah ketakutan apabila melihat buaian itu berhayun dengan sendirinya.


Kredit foto: mStar


"Ketika kejadian kami baru sahaja sampai ke taman permainan itu dan kebiasaannya selagi tidak gelap, dia akan leka bermain dan tidak mahu balik.


"Tapi pada hari kejadian, dia tiba-tiba lari dengan wajah ketakutan tanpa memperdulikan saya," katanya kepada mStar.

Aiman sempat merakam kejadian dan memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.

Menceritakan kejadian itu, Aiman memberitahu dia sempat merakam buaian yang bergerak kerana sebelum itu dia sedang ralit merakam video gelagat anak saudaranya sedang bermain.



"Saya memang suka rakam video dan gambar gelagat dia sebagai simpanan dan untuk dimuat naik ke laman sosial.

"Masa dia tiba-tiba melarikan diri, telefon saya masih merakam dan apabila saya pusing, saya lihat buaian yang berada di belakang kami berhayun laju.

"Apabila tengok dia lari, saya pun bangun dan mengekor di belakangnya dan terus pulang," ujarnya.

Reaksi Ary itu katanya mungkin disebabkan kanak-kanak itu dapat melihat sesuatu pada buaian itu.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Aiman berkata, ia berlaku pada bulan Ramadan lalu dan dia tak menyangka insiden menyeramkan itu berlaku kepada dirinya sendiri.

Kredit foto: mstar


Malah ketika kejadian waktu sudah senja dan dia membawa kanak-kanak itu ke taman permainan berkenaan sementara menanti waktu berbuka puasa.

"Sebelum ini saya selalu tengok video buaian bergerak di laman sosial tetapi kali ini saya sendiri yang terkena.

"Benarlah kata-kata orang tua, tidak elok berada di luar rumah ketika waktu senja, mungkin kerana ingin mengelakkan perkara-perkara begini berlaku," jelasnya.

Aiman memberitahu Ary turut mengalami demam selepas beberapa hari kejadian itu namun keadaannya tidak serius, mungkin disebabkan terkejut.

Sejak itu juga katanya, dia tidak pernah lagi ke taman permainan tersebut kerana bimbang kejadian serupa akan berulang dan tidak mahu merisikokan keselamatan anak saudara kesayangannya itu.


Kredit foto: mStar


"Ada juga netizen yang komen suruh saya pergi kembali ke taman itu kerana dakwa mereka, ada ternampak kelibat putih dalam video berkenaan.

"Tapi sejak kejadian itu saya tak pernah ke sana lagi dan biarlah apa yang berlaku itu sebagai pengajaran kepada saya," ujarnya.

Tambah Aiman, dia sebenarnya tidak terkejut sekiranya ada makhluk halus yang 'tinggal' di kawasan permainan itu kerana di belakangnya adalah hutan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-6-2021 12:31 PM
'the truth is out there'.
Quote Belibis 3-6-2021 12:34 PM
Tiktok versi mastika???
Quote aderaderker 3-6-2021 12:51 PM
Hantu terlepas ni,  bulan puasa?

Ke bunian?
Quote Kurex 3-6-2021 12:56 PM
Waktu pkp gini kau bawak budak main2 taman?????????
Quote Cece1234 3-6-2021 01:06 PM
Biasa je..
Quote mclaren 3-6-2021 01:25 PM
Nak tengok video dari awal. Kenapa shared sekerat? Sebelum tu budak tu main buaian dan terjun turun ke (sebab tu buaian masih berbuai?)?

Ke macam mana?
Quote Adrif 3-6-2021 01:34 PM
lawa la kawasan perumahan dia
Quote ctaz 3-6-2021 01:38 PM
TU JE....
CAM HANAT


nenek blah macik tiri belah pak guard area rumah aku pun boleh wat video mcm ni....
Quote shernazz 3-6-2021 01:39 PM
Skang nak tengok hantu boleh melalui tiktok
Smalam kat fb pung ad yang share pasal pocong kat rumah dia
Quote ciklahcuteII 3-6-2021 05:48 PM
aderaderker replied at 3-6-2021 12:51 PM
Hantu terlepas ni,  bulan puasa?

Ke bunian?

jin kafir dik..nmpk kat atas tu.. rasa seriau tgk..
setan laknatullah kena rantai, jd x da kat situ..
Quote ciklahcuteII 3-6-2021 05:50 PM
Edited by ciklahcuteII at 3-6-2021 05:52 PM

bgus le tak jadi apa apa kat budak tu..kiranya berani jg la budak tu.. dan cerdik, ada akai..sb terus chow dr situ..
Quote anony-mous 3-6-2021 06:28 PM
aderaderker replied at 3-6-2021 12:51 PM
Hantu terlepas ni,  bulan puasa?

Ke bunian?

Yg  kena ikat tu yg pangkat tggi jah. Yg lain masih bebas mcm biasa. So xpelik pon jumpa hantu dlm bulan puasa
Quote Lavender85 3-6-2021 09:06 PM
Pernah balik dari masjid waktu mlm lepas hujan . Lalu sebelah buaian sepasang. Nmpk satu buaian bergerak mcm ada org main sebelah dia x gerak. Huhu. Nasib baik x nmpk apa2 penampakan
Quote LH76 4-6-2021 08:59 PM
ciklahcuteII replied at 3-6-2021 05:48 PM
jin kafir dik..nmpk kat atas tu.. rasa seriau tgk..
setan laknatullah kena rantai, jd x da kat s ...

Hijab uols terbuka ke. I tak nampak pape kat situ
Quote Zirara99 4-6-2021 10:57 PM
ciklahcuteII replied at 3-6-2021 05:48 PM
jin kafir dik..nmpk kat atas tu.. rasa seriau tgk..
setan laknatullah kena rantai, jd x da kat s ...

Alasa u nampak apa? :’(
Quote ciklahcuteII 5-6-2021 12:58 AM
LH76 replied at 4-6-2021 08:59 PM
Hijab uols terbuka ke. I tak nampak pape kat situ

cuba besarkan gambar.. tgk betul betul kat atas tu..
Quote ciklahcuteII 5-6-2021 01:02 AM
anony-mous replied at 3-6-2021 06:28 PM
Yg  kena ikat tu yg pangkat tggi jah. Yg lain masih bebas mcm biasa. So xpelik pon jumpa hantu dlm ...

hahaha.. sapa yg merepek kata setan laknaullah peringkat tinggi je kena kurung yg peringkat rendah x kena kurung..
masa saya tgk, semua setan laknatullah kena kurung.. yg x kena tu..jin kafir..
Quote anony-mous 5-6-2021 01:12 AM
ciklahcuteII replied at 5-6-2021 01:02 AM
hahaha.. sapa yg merepek kata setan laknaullah peringkat tinggi je kena kurung yg peringkat rendah ...

Uols x ada tgk rancangan during bulan puasa? Its a fact la setan pgkat bawah n jin x kena ikat. Boleh refer perbincangan “borak dulu baru buka” tp i xingat which episode.
Quote Hazifahrun1906 7-6-2021 08:01 PM
Jin n bunian wujud...bkn kita je pghuni dunia

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.092593 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top