Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini hingga 14 Jun ini dilihat bakal memberi kesan lagi terhadap golongan penyanyi dan pemuzik selepas lebih setahun tidak berpeluang mengadakan persembahan dan konsert bersama peminat.
Melihat situasi sukar ketika ini, penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mengakui perlu mencari jalan alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup. "Penyanyi antara yang terjejas kerana tawaran nyanyian sangat terhad dan sudah tidak seperti dulu. Saya memang dah lama tak buat persembahan. "Namun, saya bersyukur wang simpanan yang saya kumpul sebelum ini dapat digunakan untuk menampung kehidupan. Saya juga hadkan perbelanjaan dengan membeli apa yang penting saja.
"Selain itu, saya juga dapat tawaran membuat ulasan produk serta menjalankan beberapa kempen di Instagram. Jadi sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan selain saya mengambil inisiatif menjual album zikir di platform dalam talian. "Tak sangka jualan album terbabit mendapat sambutan luar biasa dan kini dalam perancangan untuk jualan kedua," katanya.
|
tipahketipung replied at 2-6-2021 10:19 PM
Tu la pesal x cari Dato? Tengok Camelia. Terkesan ke idok?
umbut replied at 2-6-2021 10:25 PM
Tapi nana sebelum masuk gv memang senduuuuuuu.. After masuk gv dan juara nama naik balik... Before g ...
malaysiaku123 replied at 2-6-2021 11:43 PM
Dia ni xboros
Bnyk ja duit aku rasa lps mmg GV aritu..
Back to back keje..
anisanim replied at 2-6-2021 06:30 PM
Besar dh anak nana.. Mak cumil mcm budak sekolah lagi.. {:love
umbut replied at 2-6-2021 10:25 PM
Tapi nana sebelum masuk gv memang senduuuuuuu.. After masuk gv dan juara nama naik balik... Before g ...
ADVERTISEMENT