Ibu bapa yang ingkar dengan membawa kanak-kanak di bawah 18 tahun ke lokasi berisiko COVID-19 termasuk ke kawasan sesak boleh diambil tindakan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kertas siasatan boleh dibuka oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jelas beliau, setakat ini sebanyak 82,341 kes COVID-19 direkodkan melibatkan golongan yang berusia di bawah 18 tahun. "Berdasarkan Akta 342 tiada peraturan yang boleh dikeluarkan kompaun terhadap ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak atau kawasan penularan COVID-19. "Tetapi dengan SOP dikeluarkan MKN yang sudah diwartakan, ibu bapa yang ingkar boleh dibuka kertas siasatan untuk diadili," katanya pada sidang media mingguan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, daripada jumlah tersebut, mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu 27,402. Ia diikuti kanak-kanak berusia di bawah empat tahun iaitu seramai 19,851 kes; manakala lima hingga enam tahun sebanyak 8,237 kes. Jelas beliau, kebanyakan mereka yang dijangkiti COVID-19 berada dalam kategori satu, dua dan tiga, selain tiada yang dikesan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) setakat ini. Sumber: AWANI
|
kasibiman replied at 1-6-2021 07:56 AM
About time Kasi ajar mak bapak bahlul ni.
airmineral replied at 1-6-2021 08:00 AM
sebelum covid, iols xpaham kenapa parent bawa baby yg masih merah pegi masuk mall jalan2.. huhu.. da ...
airmineral replied at 1-6-2021 08:00 AM
sebelum covid, iols xpaham kenapa parent bawa baby yg masih merah pegi masuk mall jalan2.. huhu.. da ...
helicornia replied at 1-6-2021 09:56 AM
kawan aku lps pantang bawak anak pi mall. i am speechless
ADVERTISEMENT