CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lans Koperal Ditahan Minta Suapan RM5,000 Tutup Kes Rogol

31-5-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2930| Komen: 17

Seorang anggota polis direman empat hari sehingga Khamis ini selepas disyaki meminta rasuah RM5,000 daripada seorang lelaki berkaitan kes rogol.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha, selepas membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiana Zainal, bagi melengkapkan kertas siasatan.



Kredit foto: BH

Anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun yang bertugas di Dungun itu ditahan SPRM jam 3.15 petang semalam.

Dia ditahan di bandar Dungun selepas dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM2,500 daripada seorang lelaki berusia 21 tahun.

Difahamkan, anggota itu meminta suapan berjumlah RM5,000 daripada lelaki berkenaan pada Rabu lalu untuk tidak memanjangkan dan melaporkan kes rogol lelaki berkenaan.

Anggota itu dikatakan bersetuju menerima sebahagian daripada wang suapan petang semalam sebelum ditahan.


Anggota terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 31-5-2021 05:19 PM
Camne boleh kantoi
Quote Ciktiekus 31-5-2021 06:17 PM
No wonder la aku report byk kali org tu tutup mata je..
Quote Thunderclouds 31-5-2021 07:11 PM
Edited by Thunderclouds at 31-5-2021 07:15 PM

Sbb tu yg kna rogol,yg kna dera senyap xbkutik. Bila report besa dnasihatkn tarik blk report,d ugut nnt kna lg teruk oleh pelaku @ lgsung kna kata xtau malu buka aib sendri / c pelaku. Dh angkat sumpah jln kn amanah kn? Bulan2 gaji masuk,tiap tahun gj nek, buat la gheja dik...ya Allah,apa nk jd ngn depa2 ni sumaa. Hat baik2 ada, tp kena sisih sbb buat elok. Sedihnya la hai
Quote noor2 31-5-2021 07:15 PM
Perogol umur 21 tahun..
Nk menyuap RM 5k...ko rasa mana dia cekau duit first Rm2500 tu...tentu buat jenayah juga ...jd disini polis ni la bapak segala punca jenayah....
Quote Kurex 31-5-2021 08:14 PM
Buncit... Tak jadi nak kesian
Quote sekngucing 31-5-2021 08:17 PM
teringat ada lagu dikir barat.. tajuk. dia Rogol

rogol rogol rogol

rogol rogol rogol
Quote 3chanceno 31-5-2021 08:27 PM
Camna boleh kantoi ehh?? Setan memang patut disumbat dlm jel aja polis camni!!
Quote 3chanceno 31-5-2021 08:28 PM
sekngucing replied at 31-5-2021 08:17 PM
teringat ada lagu dikir barat.. tajuk. dia Rogol

rogol rogol rogol

Huh?? Lagu apooo nie????
Quote stingerbaik 31-5-2021 08:34 PM
Peribahasa kerana nila setitik rosak sebelanga dah tak boleh digunapakai utk rasuah dikalangan pegawai uniform  kita...damn too frequent ....seolah telah menjadi budaya dan darah daging mereka...




Quote syamzana 31-5-2021 08:39 PM
ramai betul polis bangsat sekarang ni yer. rasuah, scam, slh guna kuasa, etc.
Quote pxlbb 31-5-2021 08:45 PM
Perogol dan perasuah sama je hina busuk keji celakaaaaaaa
Quote manjalara_01 31-5-2021 09:12 PM
syamzana: ramai betul polis bangsat sekarang ni yer. rasuah, scam, slh guna kuasa, etc.


Sbb semua nk hidup senang. That is fact {:cryrun
Quote miss_perfect 31-5-2021 09:31 PM
Jijik... patut la banyak kes tak dapat keadilan sepatutnya
Quote RaraLavenda 3-8-2021 02:07 PM
Hahh..padan muka. Aku geram dgn spesies yg mcm ni. Tanggungjwb tu jlnkn betul2 ni x minta rasuah utk x pnjgkn kes rogol. Kesian mgsa rogol tu.
Quote Firenzza 3-8-2021 04:03 PM
noor2 replied at 31-5-2021 07:15 PM
Perogol umur 21 tahun..
Nk menyuap RM 5k...ko rasa mana dia cekau duit first Rm2500 tu...tentu buat ...

Betul juga, umur 21 nak beli spenda pun mak belikan....mna dia cekau duit byk tu
Quote dua_chzy 3-8-2021 04:05 PM
noor2 replied at 31-5-2021 07:15 PM
Perogol umur 21 tahun..
Nk menyuap RM 5k...ko rasa mana dia cekau duit first Rm2500 tu...tentu buat ...

Duit mak pak kot tu kak Noor.

Quote dua_chzy 3-8-2021 04:05 PM
Ya ampun aku reply thread basi rupanya.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.089099 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top