Sharifah Rose akui melakukan beberapa kesalahan kecil dalam lakonannya menerusi drama yang kini menjadi bualan ramai iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Namun menurut aktres berusia 23 tahun ini, dia gembira apabila dapat belajar banyak perkara di set penggambaran drama itu bagi memantapkan lagi mutu lakonannya. Malah, Sharifah Rose juga gembira dengan perubahan positif lakonannya sekarang berbanding dahulu menerusi drama Kisah Cinta Rumi yang ditayangkan April lalu. "Melihat lakonan saya di dalam drama itu, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.
"Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Berbanding drama terdahulu dengan drama ini, saya rasa banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan," katanya kepada mStar. Sharifah Rose berkongsi keterujaannya itu ketika sidang media Sembang Bersama Disney+ Hotstar secara maya yang diadakan pada Khamis. Drama lakonannya bersama Redza Rosli berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard itu boleh distrim menerusi platform terbaharu berkenaan yang akan dilancarkan mulai 1 Jun depan.
|
dudaberhias: tutupppp TV...hero tak herlok... heroin pun tak herlokk...sambung netflix - girl from nowhere S2
bakingsoda replied at 29-5-2021 11:09 AM
amboi sendiri claim kesalahan kecik je tapi aku rasa pelakon kayu ada la membantu tambah elemen kome ...
dudaberhias replied at 29-5-2021 10:40 AM
tutupppp TV...
hero tak herlok... heroin pun tak herlokk...
biozipstar replied at 29-5-2021 01:49 PM
girl from nowhere 2 tak bape best kan.. kwangajo yuri... kalau girl from nowhere 1 mcm mantop siki ...
Cece1234 replied at 29-5-2021 11:07 AM
I rase ok lg dia ni berlakon dr mirabasic..
LadyCarefree replied at 29-5-2021 01:28 PM
Femes pon sbb jd gf aazief kan?
haruslah replied at 29-5-2021 12:13 PM
Knp i rasa kat tv skrg muka yg sama ulang2
Si rose ni...pastu redza rosli...pastu fadlan hazim
ADVERTISEMENT