CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duta Besar Israel, Staf Kedutaan Harus Diusir - Ireland

27-5-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2365| Komen: 2

Ireland menjadi negara Eropah pertama mengisytiharkan pembinaan penempatan Israel di wilayah Palestin sebagai ‘de factor annexation’.

Usul yang dibentangkan oleh Sinn Fein di Dewan Rakyat Ireland atau Dáil diserahkan setelah mendapat sokongan pihak kerajaan dan pembangkang.




Usul tersebut mengecam “pemindahan paksa masyarakat Palestin yang sedang berlangsung di wilayah Palestin yang dijajah” dan menggambarkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

De factor annexation merupakan suatu tindakan rasmi di mana suatu negara menyatakan kedaulatannya atas wilayah yang bukan miliknya.

Bagaimanapun, pindaan yang dibentangkan parti People Before Profit yang meminta pengusiran duta Israel ke Ireland dan melaksanakan sekatan terhadap Israel tidak berjaya.

Pindaan itu dikalahkan dengan suara 46 menyokong dan 87 menentang.

Pindaan itu mendakwa Israel melakukan jenayah perang, pembersihan etnik dan apartheid dan akibatnya duta besar Israel dan staf kedutaan harus diusir.


People Before Profit menggambarkan usul dan pindaan itu sebagai “momen bersejarah” kerana ia menjadi kali pertama Parlimen Ireland memilih untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Israel.

Menteri Luar Negeri Simon Coveney mengatakan usul yang diluluskan adalah “isyarat yang jelas tentang kedalaman perasaan di seluruh Ireland” terhadap Palestin.
 
Coveney mengatakan pada Selasa bahawa pemerintah perlu “jujur ​​tentang apa yang terjadi di lapangan” sambil menambahkan bahawa itu adalah “de facto annexation”.


Kredit foto: IrishCentral

Israel telah melepaskan ratusan serangan udara terhadap sasaran di Gaza, sementara Hamas mengembalikan lebih dari 4.000 roket ke arah Israel, dengan lebih dari 250 rakyat terbunuh.

Gencatan senjata pada Jumaat lalu mengakhiri pertempuran 11 hari di Semenanjung Gaza yang dianggap sebagai keganasan terburuk di rantau ini sejak 2014.


Sumber: Suara Merdeka
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 27-5-2021 02:42 PM
Td tgk si hobbit dgn team dkt 10org dh smpi mesir. Siap disambut kedutaan msia n ngo sana..siap ngaku dorg byk dah buat kerjasama keje2 kebajikan on behalf of msian b4 this. So isu skrg.. Ape function dorg ramai2 g sana?di kala tgh wabak motip jjcm???? Semoga mati cepat la yang langgar sop demi kepentingan sendiri ni ye. Pnt dah tgk double standard xhbs2
Quote Ciktiekus 27-5-2021 05:39 PM
Normabaru: Td tgk si hobbit dgn team dkt 10org dh smpi mesir. Siap disambut kedutaan msia n ngo sana..siap ngaku dorg byk dah buat kerjasama keje2 kebajikan on b ...


Org2 yg dah sedia lama bantu sebelum ni xde pulak depa panggil hero kan..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036005 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top