CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mak Ayah Nak Covid Berakhir Tapi Terpengaruh Dengan Dakyah Antivax" - Khairulaming

27-5-2021 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9628| Komen: 98

Description: Ketika kerajaan dan para petugas barisan hadapan (frontliners) sedaya upaya menggalakkan rakyat di negara ini mengambil vaksin Covid-19, namun kemunculan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan ...
Ketika kerajaan dan para petugas barisan hadapan (frontliners) sedaya upaya menggalakkan rakyat di negara ini mengambil vaksin Covid-19, namun kemunculan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat tidak tepat sedikit sebanyak menjejaskan usaha ini.



Kredit foto: IG Khairulaming

Golongan yang dikenali sebagai antivaksin ini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan medium lain untuk menyebarkan 'dakyah' mereka untuk mempengaruhi orang ramai.

Antaranya, mereka mengaitkan vaksin Covid-19 sebagai agenda terancang pihak barat, mendakwa ia adalah racun sehingga menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut, malah lebih ekstrim ada yang menggelarkan vaksin sebagai 'dajjal'.



Golongan yang mudah terpengaruh dengan penyebaran mengenai vaksin Covid-19 sudah tentulah warga emas.

Malah ramai dalam kalangan golongan ini terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan sedangkan mereka termasuk dalam kelompok yang berisiko.

Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara ini, selebriti media sosial berpengaruh, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengambil vaksin khususnya dalam kalangan warga emas.





Kredit foto: Twitter Khairulaming

Menggunakan 'kuasa' pengaruh media sosialnya, Khairulaming yang mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram dan 796,500 di Twitter membuat hebahan serta meminta pengikutnya berkongsi kisah vaksinasi ibu bapa atau datuk nenek masing masing agar menjadi 'inspirasi'.

Tambah jejaka yang terkenal dengan tagline 'Hey what's up guys' ini lagi, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa masing-masing mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin Covid-19.



Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sokongan selain memuji pendekatan selebriti media sosial tersebut.





Malah ramai di antara mereka berkongsi wajah gembira ibu bapa serta datuk masing-masing yang memegang plakad 'Saya Telah Divaksinasi'.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 27-5-2021 12:12 PM
khairulaming ni memang bagus..instafamous yang educated, educate orang thru his channel..big thumbs up
Quote Carcosa 27-5-2021 12:16 PM
Aku paling benci org2 yg bodoh langau takde inisiatif nak membaca menambah ilmu. Main FBje pandai.
Eh sial, vaccine tu BUKAN UBAT, faham tak?? Dia bukan PENAWAR. Dia Covid yg lemah atau dah hampir mampos.
Aku benci betul ckp "Dah vaksin knp case masih tinggi? Dah vaksin, knp kena pakai mask?"
Eh apa kesial otak udang. Harap org bodoh cepatlah kena Covid. Kasi mampos org2 bodoh ni. Geram aku.
Btw, aku dah cucuk AZ 1st dose ok. Sbb aku tak bodoh.
Quote lasagnaklcc 27-5-2021 12:20 PM
Bagus effort dia.

Sedara mara i dari muda ke tua kat perlis nun register pon tak. Alasan depa kes tak byk, org kg ramai tak register pon.
Quote stingerbeans 27-5-2021 12:24 PM
Ideology aku very simple...jika bijak pandai kita tidak dapat menangkis satu persatu andaian serta persepsi antivaks dgn beri fakta2 yg boleh diyakini dari sudut pwrubatan iteww sendiri utk melawan fahaman antivaxs ini, jgn persalahkan mereka yg terpengaruh...

Quote sukacactus 27-5-2021 12:40 PM
Mak aku bila ditanya “Mak, nak vaksin tak?”
Dia reply “Mati, kat mana pun boleh mati”
So lantak la, aku register kan jg dia
Sampai masa nnt mesti dia kena ikut gak
Quote elleaffa 27-5-2021 12:47 PM
memang susah ya nak bercakap dengan geng2 antivaks.
diorang punya spin nak mmenjawab mengalahkan roda impian.
Quote MissVixen 27-5-2021 12:49 PM
Dalam forum konon nampak urban dan berilmu tapi antivax juga.
Dah baca banyak bukti selamat vaksin ni, masih kata kita ni lembu
FB_IMG_1622089344643.jpg
Quote uori 27-5-2021 12:56 PM
mak aku pun sama, kejap nak amek kejap takut. stepdad aku paling lantang menentang, sedangkan mak aku sakit, aku yang jaga sensorang. konon ada dna babi la bagai, sedangkan baguslah kalau ada dna babi, sebab kalau suntik dna babi dalam badan dia, macam kembali ke asal usul, kan?

so mak aku tak daftar dan aku memang tak peduli.

baru2 dapat tahu stepdad aku dah suntik, hanat tak? baru lah mak aku suruh aku daftar.

kat neraka memang ada tempat khas untuk orang macam ni, kan
Quote MeghanK 27-5-2021 01:01 PM
uori replied at 27-5-2021 12:56 PM
mak aku pun sama, kejap nak amek kejap takut. stepdad aku paling lantang menentang, sedangkan mak ak ...

aik ayah tiri uols g cucuk senyap2 ke..motip
Quote uori 27-5-2021 01:02 PM
MeghanK replied at 27-5-2021 01:01 PM
aik ayah tiri uols g cucuk senyap2 ke..motip

iyeeee, hanat kan? patut suntik covid je dalam badan dia
Quote MeghanK 27-5-2021 01:07 PM
uori replied at 27-5-2021 01:02 PM
iyeeee, hanat kan? patut suntik covid je dalam badan dia

camtu pon boleh..sian mak uols
Quote umbut 27-5-2021 01:22 PM
Carcosa replied at 27-5-2021 12:16 PM
Aku paling benci org2 yg bodoh langau takde inisiatif nak membaca menambah ilmu. Main FBje pandai.
...

Kdg baca kat ig gerammmmm jer puak anti vax ni dia punya jawapan konar baring nak menang leh semput aku baca.. Lantak koranglah... Kalau sebab korang yg degil negara x dapat herd imunity doklah camni selama lamanya.. Kalau x menjangkit org takpa ni menyusahkan lagi yg anak kecil mana leh vaksin
Quote azimodin 27-5-2021 01:25 PM
Mak & adik beradik aku kat kampung antara yg xnak daftar awal2 haritu. Dengan alasan ada benda haram & ada side effect. Lepas aku "bantai" dorang sebab beli produk merepek (termasuk la produk atomeyyy yg support missionary) baru la register. Mak aku siap cakap bula puasa haritu surau still ada moreh bagai, degil2 betul warga emas kat kampung aku tu.
Quote Carcosa 27-5-2021 01:26 PM
umbut replied at 27-5-2021 01:22 PM
Kdg baca kat ig gerammmmm jer puak anti vax ni dia punya jawapan konar baring nak menang leh sempu ...

Betul. Babi2 antivax ni, bagus apa tau? Bila anak2 dia kena Covid. Haaaaa. Bunyik mcm kejam kan? Tapi ini je nak bukak tempurung kepala dia yg kosong tu, letak balik otak dlm tu. Bila anak dah kwna Covid, haaaa time tu baru kau sayu tak sayu tgk nafas anak kau cemana. Time tu baru kau carilah segala obat maknenek yg herba katakau. Atas dosa kau, anak2 kau kena hadap.
Quote allshares 27-5-2021 01:31 PM
Kalau tkt sgt dakyah dajjal la, barat lah, vaksin ni buatan kapir lah, len kali belajar Pandai2, smapai ko boleh buat vaksin sendiri.

Ni asyik pumpang2 dakyah barat vaksin nk bunuh org islam tapi awak tu pg sekolah pun malas, nk tunggu vaksin org islam yg buat konon. Suluh muka dulu len kali.
Quote Orix 27-5-2021 01:34 PM
uori replied at 27-5-2021 12:56 PM
mak aku pun sama, kejap nak amek kejap takut. stepdad aku paling lantang menentang, sedangkan mak ak ...

Spisis lobai ka stepdad chuols ?
Quote tipah89 27-5-2021 01:45 PM
allshares replied at 27-5-2021 01:31 PM
Kalau tkt sgt dakyah dajjal la, barat lah, vaksin ni buatan kapir lah, len kali belajar Pandai2, sma ...

kt socmed i oll pun ade few frenz yg termasuk dlm gol. antivax ni, kehulur ke hilir kerajaan xbetul, teori konspirasi etc2 tapi sekolah dulu pun malas da besau2 sebok jadi antivax.

Quote allshares 27-5-2021 01:53 PM
tipah89 replied at 27-5-2021 01:45 PM
kt socmed i oll pun ade few frenz yg termasuk dlm gol. antivax ni, kehulur ke hilir kerajaan xbetu ...

Tula pg sekolah dulu taknak belajar rajin2, tua2 pun bengap lagi. People want to believe what they want to believe, so lantok deme la. Kalau kena covid Harap2 mampos cpt2 jgn susahkan staff kkm dan duit rakyat utk ubati deorg
Quote ketupatnasi 27-5-2021 01:54 PM
Kdg tu parents ok jah bila anak anak explain. Very +ve nk amik vaksin.
Tp bila parents duduk jauh dgn anak, kwn n jiran feed fahaman itu ini, tambah plak dlm group whtsapp kampung yg langsung tade filter tuh..bakau darah je bila sesekali anak anak baca chuolss!!

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.289841 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top