CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Gara-gara 'Negara Taiwan', John Cena Mohon Maaf Kepada Rakyat China

27-5-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6271| Komen: 71

Bintang filem Amerika Syarikat (AS), John Cena membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat China selepas tersilap menyebut Taiwan adalah sebuah negara, lapor stesen televisyen CNN semalam.


Cena yang sedang giat mempromosi filem terbaharunya, Fast And Furious 9 (F9), membuat kesilapan itu ketika menghadiri temu bual bersama stesen televisyen Taiwan, TVBS.


Kredit foto: Al Jazeera

“Taiwan adalah negara pertama yang boleh menonton filem F9,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Taiwan adalah sebuah pulau yang mengamalkan pentadbiran sendiri berteraskan sistem demokrasi tetapi China menganggap Taiwan wilayahnya. Beijing dan Taipei mengamalkan pemerintahan secara berasingan sejak perang saudara berakhir lebih 70 tahun lalu.

Cena mengemukakan permohonan maaf berhubung isu tersebut di laman Weibo kelmarin. Weibo merupakan platform media sosial mirip Twitter yang popular di China.


Membuat ucapan dalam bahasa Mandarin, Cena tidak lagi menyebut nama Taiwan atau membincangkan kejadian itu secara terperinci, namun berkata, dia menghadiri banyak temu bual dan melakukan kesalahan secara tidak sengaja.



“Saya mohon maaf atas kesilapan saya. Saya perlu menegaskan bahawa saya sangat hormat dan sayang China serta rakyatnya,” katanya.

Cena mempunyai ramai peminat di China, malah memiliki lebih 600,000 pengikut di Weibo dan video permintaan maaf itu telah mengumpulkan kira-kira 7,000 respons di platform berkenaan setakat ini.

Sebilangan netizen masih marah dengan kesilapan ucapan Cena dan menuduhnya tidak membuat persediaan secukupnya sebelum memberikan sebarang temu bual.

“Tolong katakan ‘Taiwan adalah sebahagian daripada China’ dalam bahasa Mandarin, jika tidak, kami tidak akan menerima permohonan maaf ini,” tulis seorang pengguna Weibo.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 27-5-2021 01:17 PM
hebat mandarin dia..tapi geography fail cena ni
Quote umbut 27-5-2021 01:17 PM
Aku pun ingatkan taiwan negara
Quote Abahmung 27-5-2021 01:19 PM
takut china boikot f9 la tu
Quote dudaberhias 27-5-2021 01:22 PM
taiwan tu memang nak merdeka dari china pun koh koh koh...
Quote damsel_fiji 27-5-2021 01:25 PM
China sentap.. pdhl taiwan tu wujud lg awal kot dari negara komunis hanat covid 19 kau tuh
Quote tipah89 27-5-2021 01:35 PM
bukat takat john cena, dgna aku2 pun still ingat tewan tu negara.
Quote Ferr_Remy 27-5-2021 01:37 PM
Hebat gile ckp Cina.
Quote syaz_lina 27-5-2021 01:50 PM
Takut lettew kena boikot dgn leluhur. No ball la
Quote cyber_mania 27-5-2021 02:01 PM
Ah China ni. Mentang besar, semua  nak buli. Taiwan mmg negara pun. Ada kerajaan sendiri, matawang sendiri yg berbeza dgn China. Org Taiwan akan sebut diorang tu Taiwanese bukan Chinese.
Quote gummiebear 27-5-2021 02:04 PM
Dulu2 pun iols ingat Taiwan tu negara

Wo pu che tau
Quote Kurex 27-5-2021 02:09 PM
Iols ingat hong kong, china & taiwan 3 negara berbeza
Quote user.name 27-5-2021 02:15 PM
heloknya john cena
Quote user.name 27-5-2021 02:20 PM
[youtube]u6pd6BSqq-8[/youtube]
Quote user.name 27-5-2021 02:26 PM
Quote user.name 27-5-2021 02:28 PM
Quote slavehunter 27-5-2021 02:32 PM
user.name replied at 27-5-2021 02:15 PM
heloknya john cena

Helok tapi dia taknak anak,sanggup buat vasectomy, Nikkie bella pun cabut dah beranak dengan lain.
Quote nononcrux 27-5-2021 02:36 PM
gummiebear replied at 27-5-2021 02:04 PM
Dulu2 pun iols ingat Taiwan tu negara

Wo pu che tau

taiwan dlm HK lgi ke cmner, aku pon fail jugak hehehe
Quote user.name 27-5-2021 02:37 PM
Quote user.name 27-5-2021 02:38 PM
[youtube]a2a4yR4P_Vk[/youtube]

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.109290 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top