CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sistem Pendaftaran Astrazeneca Macam Window 95, Apa Kata KJ?

27-5-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4223| Komen: 26

Sistem pendaftaran tempahan pusingan kedua vaksin AstraZeneca secara dalam talian didakwa mempunyai terlalu banyak kecacatan walaupun kos pembangunan sistem ini adalah sekitar RM 70 juta.

Sedangkan, peruntukan ini melibatkan Integrasi Data dan Sistem Janji Temu dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dijelaskan sebelum ini antara lain bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin.



Lantaran itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu memberikan penjelasan berhubung kelemahan sistem ini yang sangat tidak mesra pengguna dan terkebelakang umpama sistem lapuk Windows era 90an.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, akibat kelemahan itu ramai pengguna terpaksa menekan butan pengesahan “bukan robot” berpuluh-puluh kali ketika mahu membuat pendaftaran.

Ada juga yang telah dilarang atau “block” daripada laman sesawang tersebut secara tiba-tiba.


”Ramai anak muda yang terpaksa memilih setiap hari dan menghantar pendaftaran secara satu-satu untuk tempoh Jun dan Julai kerana sistem yang tidak efisen.

Malangnya, walaupun telah mencuba nasib untuk memilih setiap hari selama berpuluh-puluh hari, pendaftaran masih gagal,” dakwanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, bayangkan betapa hampanya ramai anak muda yang gagal mendaftar kerana sistem tidak efisen walaupun hampir sejam mereka cuba nasib, malangnya masih tidak dapat mendaftar kerana masalah sistem pendaftaran.

Sekiranya 1 juta anak muda meluangkan masa selama 1 jam dari pukul 12 tengah hari tadi untuk mendaftar, maka kerajaan telah membazirkan masa “1 million manhour” anak muda hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu kesilapan ini perlu diperbetulkan dengan segera.

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan tahniah atas semangat anak muda yang mahu diri divaksin dek pandemik yang makin mengganas.

Sementara itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan semalam menjelaskan gangguan teknikal yang berlaku sewaktu tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela (pusingan kedua) menyukarkan pengguna mengakses beberapa butang ciri laman sesawangnya.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai, dalam membuat percubaan tempahan tersebut. Suka kami mengulangi bahawa mereka yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah program itu terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang,” katanya dipetik BERNAMA.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 27-5-2021 12:26 PM
Edited by kasibiman at 27-5-2021 12:27 PM

DBP sila hapdet;


"Gangguan Teknikal"

1. Kebodohan.

2. Korupsi makan kamsen.

3. Penyelewengan Dana awam
Quote kasibiman 27-5-2021 12:28 PM
SPRM: tolong amek teladan dari Malawi.

[youtube]wjukn51mYEE[/youtube]
Quote Normabaru 27-5-2021 12:28 PM
kutuk la cmne pon duit ttp msuk 70j
Quote zidane_ziege 27-5-2021 12:29 PM
Kalau menteri yg muda dan belajar oxford pun bodoh tara ni..apatah lagi yg tua2..triple bodoh la kan
Quote CiliPadiSedap 27-5-2021 12:34 PM
Kat malaysia ni kalau kutuk rasuah akan guna playing racist card, x patriotik, suka sabotaj kerajaan.
Quote Thunderclouds 27-5-2021 12:39 PM
Kualiti xsepadan ngn kos 70j. Wojib dkutuk seploh keturunan. Company mna dpt tender buat web ni ye? Nampak naw ketirisan kt situh.
Quote lattehazelnut 27-5-2021 01:41 PM
Sbb high traffic.. lepas tu open slot utk few negeri mmg bottleneck la..
Open ikut negeri or daerah ke..
Quote syaz_lina 27-5-2021 01:46 PM
Alasan high traffic tu sila humban dalam tong sampah.
Bukan ko tak tau rakyat tengah stress tunggu vaksin, register since feb no update what so ever. Plus ko buka utk negeri2 padat selangor kl penang johor, siap org negeri lain also cuba nasib. Menteri sti katanya, bdk lowyat pun blh bagi solution utk sistem 70juta
Quote aysia19 27-5-2021 02:17 PM
Iols lagi hangin..cousin iols duduk cerok yg kes rendah dpt slot. Kita yg duduk Bandar high risk ni tak dpt. Cousin iols tu tak keje.. Dok mgangggur lepas spm sampai umur dah 25..harap duit mak bapak. Patut kerajaan dulu kan org yg dekat hot-spot, org tua, org yg bkerja. Bila dah camni, org yg tak penting dpt slot. Haishh geram.
Quote Firenzza 27-5-2021 02:17 PM
Biar betik 70juta? Bagi kat iols 70ribu dah blh develop shopee2 punya platform
Quote Orix 27-5-2021 02:19 PM
70juta katanyeh tp sistem mcm 7hengget
Quote sayawifenikmie 27-5-2021 02:20 PM
zidane_ziege replied at 27-5-2021 12:29 PM
Kalau menteri yg muda dan belajar oxford pun bodoh tara ni..apatah lagi yg tua2..triple bodoh la kan ...



... proven !!
Quote BicaraHatiku 27-5-2021 02:21 PM
Orix replied at 27-5-2021 02:19 PM
70juta katanyeh tp sistem mcm 7hengget

Ye chuols .. nak add gambo profile pun x boleh. Apooo!!
Quote orion_pax 27-5-2021 02:25 PM
Sistem pendaftaran ini ada masalah disebabkan oleh parti DAP..korang kena tahu yang segala maslah adalah berpunca dari parti DAP….kalo korang tak caya , korang boleh tanya lebai walaun
Quote Meiizu 27-5-2021 02:27 PM
Camni ke kj bagi 70juta?
Kj patut contoh menteri tengku zafrul..not competence cantas je si tajudin tu.

Kes ni kj berani tak? Bagi 70juta takpadan.breach of contract jelah sebab company tu tak boleh deliver.
Ke hilang commission?
Quote kaogi 27-5-2021 02:30 PM
mmg... saya buka kat hp, buka kat laptop.
tak boleh click kat negeri tu.

sakit betul hati....
Quote cik_chili 27-5-2021 02:48 PM
orion_pax replied at 27-5-2021 02:25 PM
Sistem pendaftaran ini ada masalah disebabkan oleh parti DAP..korang kena tahu yang segala maslah ad ...

Hahahahahha...ngok ngek laaa...
Quote Cenderakirana9 27-5-2021 02:54 PM
Semalam tak dapat. Alhamdulillah hari ni dapat notification kat mysejahtera yang i dapat appointment
Quote green~tea 27-5-2021 04:25 PM
issue LAD la terus ... semoga kena siasatttttt.... amek balik duit 70 juta tu bayar pampasan pada gomen due to reputational damage

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.077020 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top