CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Lumpuh Otot Muka Dipatuk Tedung

27-5-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2898| Komen: 13

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas mukanya dipatuk ular tedung ketika sedang tidur dalam satu lawatan safari di Afrika Selatan.

Lapor Mirror, walaupun masih hidup, budak lelaki itu mengalami kelumpuhan otot muka yang teruk dan dikhuatiri keadaan dialaminya boleh berkekalan selama-lamanya.



Kredit foto: Newsflash

Bagaimanapun, sebahagian besar kelumpuhan itu kini dilaporkan semakin sembuh selepas budak lelaki berkenaan mendapatkan rawatan pemulihan selama beberapa bulan.

Dilaporkan, kanak-kanak lelaki yang berasal dari Belanda dipatuk ular tedung Mozambique spesies Naja Mossambica pada satu tarikh yang tidak didedahkan.

Ketika kejadian, para doktor di Afrika Selatan berjaya menyelamatkan budak lelaki itu menggunakan anti-racun.

Selepas beberapa hari, budak lelaki itu kemudian dibawa ke Belanda dan dirawat oleh seorang doktor pakar, Willem Rinkel.


“Ular itu mematuk di bahagian bawah mata kanan kanak-kanak tersebut yang boleh menyebabkannya buta.

“Ketika budak itu dibawa ke hospital, kami mendapati pipi kanannya lumpuh, otot di kelopak mata bawahnya tidak berfungsi dan lebam di mukanya menyebabkannya dia menderita kesakitan,” kata Rinkel.

Rinkel mendiagnosis kanak-kanak itu mengalami lumpuh separa pada wajahnya akibat neurotoksin dalam racun ular tersebut.

Tambah Rinkel, pasukan perubatannya menggunakan terapi mime untuk merawat budak lelaki itu agar dapat sembuh daripada kelumpuhan pada mukanya. 

Terapi Mime terdiri daripada urut, teknik pernafasan dan pelbagai latihan pengecutan otot bagi membantu mengembalikan semula pergerakan di otot muka.


Kredit foto: Newsflash

“Dalam masa tujuh bulan, kanak-kanak itu mampu membuka dan menutup mata kanannya dan selepas 21 bulan, wajah budak lelaki itu semakin pulih,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 27-5-2021 12:00 PM
Sian lah kau dik..  {:childlike
Usahlah bwk tmpt2 merepek ni aih. Biarlah org kata meols ni mader yg boring
Quote EvieWanKenobi 27-5-2021 12:03 PM
Ya Allah kesiannya.. syukurlah dah pulih..
Quote Belibis 27-5-2021 02:59 PM
Mana simon dengan sue..penangkap ular afrika??
Quote salmon-suki 27-5-2021 03:17 PM
Ai nak ckp ai suka tgk rambut budak ni..hehe .semoga cepat sembuh yee dik..lawa rambut{:spot{:love
Quote Cece1234 27-5-2021 03:18 PM
Kesiannya..
Quote Ciktiekus 27-5-2021 06:58 PM
Ok..dah comel balik dah
Quote notM 27-5-2021 07:18 PM
Tu pun ada doktor Melayu tak percaya urutan mampu merawat..sanggup biarkan bapak mati kena stroke.

Buduh
Quote mbhcsf 27-5-2021 07:18 PM
cobra!!!!! aiyooo


ALLAH tolong anak ni

wow neurotoxin cobra sangat membunuh, deadly habis wow lah survive.
Quote naina 27-5-2021 07:22 PM
Uihhh amazing ya boleh sembuh UTK seorang budak
Maybe Sebb sel budak sentiasa tumbuh baru dan masih fresh. Kalau orang tua agak2 terus gol tak Sebb sistem dah tak berapa produktif
Quote darkness 27-5-2021 08:00 PM
Siannya...nasib baik ada progress sembuh..
Quote CiliPadiSedap 28-5-2021 12:33 AM
notM: Tu pun ada doktor Melayu tak percaya urutan mampu merawat..sanggup biarkan bapak mati kena stroke.Buduh



Daripada bugis rambut astro boy



Etika semua doctor utamakan apa yang dia belajar. doctor bukan belajar fisioterapi bodoh. Kau nak urut tanya unit fisioterapi. Kecik2 bodoh macam lembu besar bodoh cm friska. Sesuai lah multinick bipolar krisis identiti

Tu lah kau nak main racist kt forum last2 nampak bodohnya  kau ni. Menyesal mak kau lahirkan kau guna privilege orang melayu lepas tu nak hina melayu.
Quote CiliPadiSedap 28-5-2021 12:35 AM
naina: Uihhh amazing ya boleh sembuh UTK seorang budakMaybe Sebb sel budak sentiasa tumbuh baru dan masih fresh. Kalau orang tua agak2 terus gol tak Sebb sis ...



Sel2 muka budak tu berhubung lebih baik dari sel otak udang notM aka nobito bugis brengset yang main racist card dalam forum.
Quote Supersirap 28-5-2021 11:24 AM
Kasihannya, yang penting masih selamat

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.168206 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top