CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Cincang Teman Wanita- Lupus Anggota Badan Dalam Mangkuk Tandas

27-5-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2617| Komen: 17

Moscow: Sungguh tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki di Rusia tergamak membunuh teman wanita, sebelum mencincang dan melupuskan anggota badan mangsa ke mangkuk tandas.


Kegiatan lelaki berkenaan terbongkar selepas pekerja majlis perbandaran melakukan kerja penyelenggaraan pada sistem pembetungan di sebuah pangsapuri, Isnin lalu.

Sebelum itu, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas wanita itu tidak pulang dan gagal dihubungi menerusi telefon.

Kali terakhir Ksenia Ptichkina, 21, bertemu dengan keluarganya, 20 Mei lalu selepas meninggalkan rumah mereka di bandar Kemerovo, selatan Rusia, lapor Daily Star yang memetik laporan StarHit.ru.

Kredit foto: Starhit

Ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan, sampel kulit dan rambut manusia yang ditemui itu sepadan dengan Ksenia.

Ketika di soal siasat, suspek mengaku membunuh dan mencincang mangsa sebelum mengepam cebisan mayat Ksenia dalam mangkuk tandas.

Suspek kini ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mencari motif pembunuhan itu.

Sabit kesalahan suspek boleh dipenjara 15 tahun kerana membunuh.

Sementara itu, ibunya berkata, Ksenia bekerja dalam bidang pentadbiran di bandar itu dan kematian tragiknya memeranjatkan rakannya yang menggambarkan mangsa sebagai seorang yang baik dan positif. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 27-5-2021 09:41 AM
Punya kejam dia cincang anak org, max hukuman jail 15 tahun je..Indah sungguh undang2 negara kaper
Quote dua_chzy 27-5-2021 09:42 AM
Takziah. Dah memang jadik target untuk digroomed dan dibunuh dari awal perkenalan ke? Kesian betul.
Quote dua_chzy 27-5-2021 09:42 AM
Muka ada sikit iras Janna Nick.
Quote akuchenta 27-5-2021 09:48 AM
Jel 15tahun je?!
Dh la kejam. Patut penjara sampai mati/tembak mati
Quote kelapaparut 27-5-2021 10:09 AM
org rusia ni jenis matsalleh lawa lawa gitu, org british je yg buruk nak mampus, tgk camilla parker dgn keluarga diraja british la
Quote Trumpettt 27-5-2021 10:20 AM
Hebat toilet flush dia..boleh flush mayat. Jenama apa?
Quote naina 27-5-2021 10:25 AM
Banyak keje la ko nak buat tetak cincang seorang manusia berapa jam nak habiskan tuh. Ke ko blender je smpi haluss pahtu pam. Kejamm nau heartless. Penjara 15 tahun je..kejam tau undang sana
Quote dragneel 27-5-2021 11:46 AM
patutnya hukuman mati terus, nyawa dibyar nyawa. At least pesalah tak dibunuh kejam / dicincang !!
Quote batmana 27-5-2021 01:10 PM
negara impian suhakam ni, pesalah bunuh ada hak nk hidup, sbb tu tkle hukum mati
Quote tipah89 27-5-2021 02:01 PM
Gila, bunuh dgn cara sadis camni pun 15 tahun je hukum.
Quote Artemesiaa 27-5-2021 02:05 PM
Kejamnya perbuatan hukuman pulak macam tak setimpal dengan apa yang dia dah lakukan
Quote EvieWanKenobi 27-5-2021 05:21 PM
awat la hang jumpa jantan gila...
Quote MsPercy 28-5-2021 01:26 AM
15thn je. Sgt tak patut
Quote merrissa 28-5-2021 06:32 AM
Kesiannya cantik. Kalau dtg msia lg bagus
Quote white_musk 28-5-2021 06:39 AM
Amboi amboi... Jika di malaysia itu baguskah undang2nya?
Quote dudaberhias 28-5-2021 06:51 AM
15 tahun je hukuman? Tembak mampos jah jantan gituuu dikkkk dari penat2 nak kena bela dalam penjara... Bukannya ada apa fungsi pun.. .
Quote any42 28-5-2021 11:52 AM
15 tahun je hkuman cincang ank org flush dlm jamban. hrap tbela nasib mangsa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.907516 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top