CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MOT Jamin Beri Yang Terbaik Untuk Rawat, Bela Kebajikan Mangsa Tren Bertembung

25-5-2021 07:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2035| Komen: 7

Satu pasukan khas akan ditubuhkan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menyiasat kejadian pertembungan dua buah tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pertembungan dua buah tren itu merupakan kejadian pertama berlaku sejak 23 tahun lalu.


“Ketua Pengarah MOT akan menghantar laporan awal selewat-lewatnya esok untuk menyiasat kejadian tersebut.


47 parah manakala 166 penumpang lagi cedera ringan selepas tren dinaiki bertembung.

“Kita juga akan menubuhkan satu pasukan khas dan mereka diberi tempoh dua minggu bagi menghantar laporan penuh untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk merawat semua mangsa yang cedera dalam insiden terbabit serta memastikan kebajikan mereka terbela.


“Saya bagi pihak kementerian amat bersimpati terhadap insiden yang menimpa penumpang di tren tersebut. Saya melihat sendiri pihak berkuasa bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tercedera," katanya.

Tegasnya, insiden itu harus dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.



Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kemalangan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 25-5-2021 07:23 AM
Berapa pampasan nk bg
Bertitik2 darah dh tumpah dlm tren tu

Hopefully xde yg smpi kecederaan kekal
Syukur jgk xde yg smpi meninggal


Quote stingerhumus 25-5-2021 07:36 AM
Apa yg kau tak pandang serious wak yiddin?

Setakat pandang aja la.....period





Quote stingerhumus 25-5-2021 07:38 AM
supernaturalee replied at 25-5-2021 07:23 AM
Berapa pampasan nk bg
Bertitik2 darah dh tumpah dlm tren tu


Tengok la kalau yg berani engage lawyer to go all the way...dapat la lebih dari golongan sekadar syukurla aku tak teruk....asal dapat kaber duit medical dan ubat ubatan...aku anggap ini takdir ku...

Bluwekkkkkkk

Kahkahlahkahkah
Quote stingerhumus 25-5-2021 07:42 AM
Time to score political mileage jemin.....tunaikan aja segala permintaan mangsa mangsa...nescaya your place will be secured next election...najis kau akan dilupakan serta dimaafkan rakyat..percayala cakap aku


Kahkahkahkahkahkahkah

Quote brownstone 25-5-2021 07:54 AM
Saman je...Prasarana kan syarikat MOF...

Mana pernah untung, MOF yg pump money. Biar dia terbit sukuk baru pulak.
Quote noradaniez 25-5-2021 08:34 AM
Anak aku kena masa yg tgh hujan lebat dulu tu. Nasib baik masa tu dia berdiri peluk tiang yg kat tengah2 tu. Tp mana yg duduk atas kerusi dan berdiri pegang penyangkut tu mmg tergolek kaw kaw. Tp masa tu takda la teruk sampai cermin pecah bagai.
Quote mamajawie 25-5-2021 10:26 AM
dulu circa 2013 kalu xsilap aku penah naik lrt nk g klcc..mse tu tgahari cmtu la lalu kt ampang area terowong tetiba train benti mengejut..da la aku berdiri mse tu smpai terhentak kepala kt dinding train..da rse cm final destination time tu..cuak doee

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053701 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top