CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Kepada Tabung Covid-19 Pahang

24-5-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15161| Komen: 167

Description: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang bagi m ...
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan.


Perkara berkenaan dikongsikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media sosial rasmi beliau hari ini, yang turut menjunjung kasih atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Pahang.



Kredit foto: FB

Kurniaan hari ini, dilakukan sehari selepas Tengku Hassanal berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine bagi membantu penduduk di sana yang dizalimi rejim zionis Israel.


Selain itu, kurniaan kepada Tabung Covid-19 Pahang juga adalah kurniaan kali kedua oleh Tengku Hassanal yang sebelum ini berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama enam bulan ke tabung berkenaan pada 1 April tahun lalu.

Tabung Covid-19 Pahang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 khusus untuk membantu rakyat negeri ini terkesan dengan pelaksanaan perintah berkenaan yang perlu dilakukan bagi memutuskan penularan wabak itu.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 24-5-2021 04:57 PM
Berapa yg monthly allowance royal PAHANG Bagi?
Quote stingerhumus 24-5-2021 05:00 PM
Edited by stingerhumus at 24-5-2021 05:01 PM
orkid_amani replied at 24-5-2021 04:57 PM
Berapa yg monthly allowance royal PAHANG Bagi?


baru nak tanya soklan yg sama...

tidak mustahil dikalangan matawang yg didermakan atas namanya ada tercatit nama nama rakyat yg bayar taxes...you never know...

ampungggg tengku
Quote salmon-suki 24-5-2021 05:56 PM
Maaf ai nak tny,sbb mmg ai xtaw,knp ada dpt elaun diraja tu ek?
Quote R2D2 24-5-2021 06:08 PM
baru nk tanya soalan sama
soalan tambahan, dia org ada pencen ka?
Quote lostnfaun 24-5-2021 06:10 PM
orkid_amani replied at 24-5-2021 04:57 PM
Berapa yg monthly allowance royal PAHANG Bagi?

Nie org share aritu...
Quote ~boolean 24-5-2021 06:13 PM
Umur 25 tahun aku turun naik bangunan bawa resume cari kerja halal..
Quote lostnfaun 24-5-2021 06:13 PM
salmon-suki replied at 24-5-2021 05:56 PM
Maaf ai nak tny,sbb mmg ai xtaw,knp ada dpt elaun diraja tu ek?

Sebab negeri tue tanah jajahan dia...
Quote Kurex 24-5-2021 06:14 PM
Dah la muka comel, manis, baik hati...
Quote Suchi 24-5-2021 06:18 PM
~boolean replied at 24-5-2021 06:13 PM
Umur 25 tahun aku turun naik bangunan bawa resume cari kerja halal..

Umur baginda ni dah 25 tahun ke? Ingatkan budak2 lagi.
Boleh dah menikoh ni.
Quote salmon-suki 24-5-2021 06:19 PM
lostnfaun replied at 24-5-2021 06:13 PM
Sebab negeri tue tanah jajahan dia...

Urmmm...tp kenapa,i.e sbb dia perintah negeri,sbb jawatan dia,ke sbb dia ape2?n semua y keturunan diraja di semua negeri mmg akan dpt elaun diraja ni ke?
Quote kakikuDibibirmu 24-5-2021 06:29 PM
salmon-suki replied at 24-5-2021 06:19 PM
Urmmm...tp kenapa,i.e sbb dia perintah negeri,sbb jawatan dia,ke sbb dia ape2?n semua y keturunan  ...

#dengkike             
Quote Friska 24-5-2021 06:33 PM
[youtube]Y589qxnFBy4[/youtube]
Quote mikasa 24-5-2021 06:40 PM
Halus nya jumlah peruntukan..dah abis zoom pun haluih
Quote lostnfaun 24-5-2021 06:41 PM
salmon-suki replied at 24-5-2021 06:19 PM
Urmmm...tp kenapa,i.e sbb dia perintah negeri,sbb jawatan dia,ke sbb dia ape2?n semua y keturunan  ...

Sebab jawatan dia rsnya.. setiap negeri ada peruntukkan negeri utk benda nie dari bil api, air, telefon sampai la ke elaun mrk..
Quote Decaffeinated 24-5-2021 06:43 PM
Ada cina group WhatsApp tanya kenapa duit tu tak derma pada rakyat malaysia or at least orang melayu yang sedang susah kerana Covid? Palestine tu rakyat ka.
Quote xy_daen 24-5-2021 06:46 PM
lostnfaun replied at 24-5-2021 06:10 PM
Nie org share aritu...

Serius la banyak tu je?
Quote lostnfaun 24-5-2021 06:50 PM
xy_daen replied at 24-5-2021 06:46 PM
Serius la banyak tu je?

Official memang sikit kot...
Quote anisa 24-5-2021 06:52 PM
smoga smua ank2 raja yg ada elaun turut mnyumbang
Quote salmon-suki 24-5-2021 07:21 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-5-2021 06:29 PM
#dengkike

#dengkilerrrrr

Kekeke~

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.359685 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top