CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Gali Gua Bawah Tanah Buat Kediaman Lepas Merajuk Dengan Ibu Bapa

24-5-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4775| Komen: 20

Description: Remaja di Sepanyol menggali gua bawah tanah untuk dijadikan 'kediaman' sendiri gara-gara bertengkar dengan ibu bapanya, lapor New york Post.
Remaja di Sepanyol menggali gua bawah tanah untuk dijadikan 'kediaman' sendiri gara-gara bertengkar dengan ibu bapanya, lapor New york Post.


Kredit foto: Twitter


Andres Canto, 20, mula menggali gua tersebut di belakang rumah ibu bapanya di Alicante, enam tahun lalu menggunakan cangkul burung (pickaxe), menurut Zenger News.



Gua tersebut mempunyai ruang tamu dan bilik tidur, dan kini dilengkapi dengan sistem pemanasan, Wi-Fi, dan sistem muzik.


Dilaporkan, Canto yang ketika itu berusia 14 tahun bertengkar dengan orang tuanya dan mula menggali gua selepas tamat sekolah.

Dia turut meminta bantuan temannya untuk menggerudi tanah sedalam sepuluh kaki.


Kredit foto: Huffington Post

Penggalian dilakukan dengan manual dan sistem pully buatan sendiri. Malah, Canto dilaporkan mengukuhkan atap serta dinding gua dengan konkrit dan tiang.



Difahamkan, jumlah keseluruhan kos projek berkenaan hanya $60 (RM248). 


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Kakopi

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arareez 24-5-2021 11:55 AM
Wah dah macam fallout shelter
Quote dudaberhias 24-5-2021 11:57 AM
tak menyusahkan takpe lah... survival skill untuk dia... jangan runtuh sudah dik tak pasal2 ko terkambus sekali dalam tu... kurang2 bagi la dulu agen2 susu neelokap dan mamasabariah sumbat dorang punya stok tak laku dalam tu...
Quote Skuau 24-5-2021 12:14 PM
oh..ni yg sudin bilang...panjang 6 kaki,lebar 6 kaki,dalam 6 kaki tu...yer.....
Quote MontanaHannah 24-5-2021 12:17 PM
Jangan harap aku puji ko bijak , ko tentu tentu saja bodohhhhhhhh
Quote shernazz 24-5-2021 12:22 PM
Mujur
Kalau yang dok umah flat
Nak gali tang mana kalau merajuk dgn mak pak ?
Kat taman mainan?
Quote Mulotkoyak 24-5-2021 12:50 PM
Tetibe dtg malaikat tny Ya marabbukaaa... Terkedu ko dekkk
Quote sehirkedi 24-5-2021 01:42 PM
Kot yer pun, kalau nak merajuk sangat apsal kau gali lubang dekat tanah makpak hang dek. Pi cari tanah sendiri.. Merajuk dan mereputlah kau sendirian
Quote noor2 24-5-2021 01:45 PM
Boleh jadi arkitek budak ni....
Quote allshares 24-5-2021 01:58 PM
I puji kesabaran dan kejituan hati u dek. Bgs la atleast menempiaskan energy kemarahan pada sesuatu yg berfaedah. Dpt jgk ko buat rumah ala2 zaman batu.
Quote Simunggu 24-5-2021 02:28 PM
ini pun masuk info semasa.....info bodoh adalah
Quote Adrif 24-5-2021 02:40 PM
7 kaki panjang, 5 kaki lebar..

aaaa cukup, tinggal batu nisan je
Quote sukacactus 24-5-2021 03:23 PM
Huh! Merajuk dgn mak bapak, tp buat man cave kat tanah diorang jg kah3
Quote dua_chzy 24-5-2021 04:11 PM
Inilah namanya proaktif. Good job adik!
Quote haruslah 24-5-2021 04:26 PM
Sesak napas i nengok gua ni
Rasa lemas

Btw, suka nengok chanel u tibe ape ntah
Yg korek2 lubang utk buat pool...siap ade tempat rehat bagai. Buat kat dlm utan ala2 nomad style pakai alat tradisional jer

Ade skali siap pikul babi utan buat bbq
Quote Ciktiekus 24-5-2021 07:10 PM
Belakang umah jeke..gali la jauh sikit..
Quote Olumis 19-8-2021 12:31 AM
So skg msh mrajuk ke mcmna? Tp bagus jg. Beginila sepatutnya kalau merajuk. Sekurang-kurangnya sel2 otak tu berhubung. Tapi terlalu sempitla ruang tu. Tak ingin nak tinggal.
Quote TOPwind 19-8-2021 12:56 AM
apa2 pun hebat dan tekun
Quote lazim 19-8-2021 01:17 AM
sanggup ke.. wifi ada x
Quote LautBiru52 19-8-2021 01:24 AM
Kot ye pun gali la jauh sikit. Ade ke belakang rumah mak ayah je. Tu karen tu ambik mane tu? Kalau tarik rumah mak ayah gak jgn lupa bayar bil sama

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.192460 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top