Remaja di Sepanyol menggali gua bawah tanah untuk dijadikan 'kediaman' sendiri gara-gara bertengkar dengan ibu bapanya, lapor New york Post.
Kredit foto: Twitter
Andres Canto, 20, mula menggali gua tersebut di belakang rumah ibu bapanya di Alicante, enam tahun lalu menggunakan cangkul burung (pickaxe), menurut Zenger News.
Gua tersebut mempunyai ruang tamu dan bilik tidur, dan kini dilengkapi dengan sistem pemanasan, Wi-Fi, dan sistem muzik.
Dilaporkan, Canto yang ketika itu berusia 14 tahun bertengkar dengan orang tuanya dan mula menggali gua selepas tamat sekolah.
Dia turut meminta bantuan temannya untuk menggerudi tanah sedalam sepuluh kaki.
Kredit foto: Huffington Post
Penggalian dilakukan dengan manual dan sistem pully buatan sendiri. Malah, Canto dilaporkan mengukuhkan atap serta dinding gua dengan konkrit dan tiang.
Difahamkan, jumlah keseluruhan kos projek berkenaan hanya $60 (RM248).
Sumber: mStar |