CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sujud Syukur, Palestin Baru Dapat Laung Takbir Raya

21-5-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22717| Komen: 228

Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir Aidilfitri bagi meraikan kata sepakat antara Israel dan Hamas pada Khamis yang secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.


Menurut portal berita France 24, kedua-dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat.


Kredit foto: Al Jazeera

Menerusi Twitter @JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan terkini di bumi Palestin berkongsi beberapa video menunjukkan rakyat Palestin berpusu-pusu ke Masjid al-Aqsa bagi meraikan gencatan senjata itu di samping percikan bunga api menerangi langit Palestin.

Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin telah keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.


Anak muda dilihat berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan gencatan senjata itu selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim Zionis.



Mereka juga melaungkan takbir sekali gus menunaikan solat subuh berjemaah secara besar-besaran.

Kelihatan juga seorang wanita memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid al-Aqsa.

Orang awam, doktor dan polis turut meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya 'dengan sebulat suara' menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).



Menurut Hamas, kekejaman Isarel telah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita, 17 warga emas dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.

Serangan roket dari Gaza pula mengorbankan 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang askar Israel selain seorang warga India serta dua warga Thailand.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 15-5-2021 07:58 AM
Rakyat palestin masih tak pandai buat bunker ke. Bukan nak mengata tak pandai..but mereka takda bunker ke untuk situasi ni
Quote underground 15-5-2021 08:23 AM
KIM.K replied at 15-5-2021 07:58 AM
Rakyat palestin masih tak pandai buat bunker ke. Bukan nak mengata tak pandai..but mereka takda bunk ...

Setiap item yg masuk ke gaza, disekat dan dicatu.

Simen pun susah nak masuk.

Bina kilang je kena bom.

Nak harap seludup dari Mesir, lagi la korup. Jadi talibarut si laknat je.

Quote stingerhummer 15-5-2021 08:27 AM
KIM.K replied at 15-5-2021 07:58 AM
Rakyat palestin masih tak pandai buat bunker ke. Bukan nak mengata tak pandai..but mereka takda bunk ...

So kalaupun ada bunker..nak 24/7 duk dlm bunker? Kau ingat lahnat lahnat yahudi israel nak jatuhkan bom, akan bunyikan semboyan amaran dulu kewww?

Ubat dah makan belum pagi ini?

Kahkahkahkahkah
Quote KIM.K 15-5-2021 08:28 AM
Edited by KIM.K at 15-5-2021 08:29 AM
underground replied at 15-5-2021 08:23 AM
Setiap item yg masuk ke gaza, disekat dan dicatu.

Simen pun susah nak masuk.


Tapi palestin pantas part rebuild. Masjid2 naik balik, kedai, sidewalk lawa balik

Lagipun diorg banyak underground terowong
Quote laradelara 15-5-2021 08:34 AM
Edited by laradelara at 15-5-2021 01:19 PM

10,000 penduduk Gaza tinggalkan kediaman

PENDUDUK Palestin yang meninggalkan kediaman mereka susulan serangan udara Israel, kini berlindung di sekolah pelarian di Gaza.

Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin termasuk 31 kanak-kanak terkorban, manakala 920 cedera lagi cedera susulan konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak Isnin lalu.

Angka kematian juga dijangka meningkat akibat serangan berterusan Israel, termasuk di kem pelarian Shati di Gaza yang menyebabkan lapan korban membabitkan enam kanak-kanak, manakala beberapa lagi terperangkap dalam runtuhan.

Ribuan keluarga Palestin melarikan diri dan kini berlindung di sekolah kendalian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza.

PBB menganggarkan kira-kira 10,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan kediaman mereka di Gaza di tengah kekejaman serangan Israel.

Walaupun terdapat desakan antarabangsa yang menuntut konflik itu dihentikan termasuk daripada Ketua PBB Antonio Guterres, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar serangan akan berlanjutan 'demi memulihkan ketenangan negara itu'.

Awal pagi Sabtu, pejuang Hamas melepaskan roket ke atas tanah jajahan Israel yang memusnahkan bandar Ashdod.

Sekurang-kurangnya sembila rakyat Israel terbunuh. Tentera negara itu mendakwa ratusan roket dilepaskan dari Gaza ke beberapa lokasi di Israel, dan pihaknya menggandakan pertahanan di wilayah timur.

Dalam pada itu, ketegangan antara penduduk Israel dan Palestin berlaku di Tebing Barat dan jajahan Israel, dengan 11 penduduk Palestin terbunuh menerusi serbuan pihak keselamatan Israel di Tebing Barat.

Sumber: Harian Metro

[youtube]cTBngD-8elc[/youtube]
Quote underground 15-5-2021 08:36 AM
KIM.K replied at 15-5-2021 08:28 AM
Tapi palestin pantas part rebuild. Masjid2 naik balik, kedai, sidewalk lawa balik

Lagipun dio ...

Betul, kena bagi reason setiap barang tu nak masuk.

Nak masuk pasir, simen reason bina rumah, masjid is ok. Tu pun sangat susah.

Terowong seludup ada, tapi manjang kena bom.

Kalau terowong untuk serang hendap, tak boleh bawa barang, kecik muat untuk orang je lalu.
Quote sidewinder 15-5-2021 08:37 AM
soalan pelik pada tahun 2021....bole dia tanya pasal bunker.Hidup dalam serba kekurangan.....nak makan pun payah ni kan dpt kan equipment tuk buat bunker.....ditambah plak ada sajer talibarut
Quote haifawehbe 15-5-2021 08:38 AM
dekat thread lg 1 berjemaah porumers jadi pro yahudi.. mmg dorg ni jenis hati gelap ke sampai x kesian langsung dgn rakyat palestin.. x paham iols.. ataupun dorg sendiri yahudi..
Quote MissYouSayang 15-5-2021 08:52 AM
haifawehbe replied at 15-5-2021 08:38 AM
dekat thread lg 1 berjemaah porumers jadi pro yahudi.. mmg dorg ni jenis hati gelap ke sampai x kesi ...

Biar je dorg nak jadi pro-zionis.jadi jahil murakkab forever.memasing pakat jadi hero israhell tu.nanti kan bile dajjal turun,reramai follow dajjal termasuk pro zionis ni. Yg tinggal skit ni follow nabi isa dan imam mahdi jah.kite di pihak benar.pro muslim & pro humanity gitew.haha.
Quote underground 15-5-2021 09:09 AM
haifawehbe replied at 15-5-2021 08:38 AM
dekat thread lg 1 berjemaah porumers jadi pro yahudi.. mmg dorg ni jenis hati gelap ke sampai x kesi ...

Diorang tu kafir harbi.

Stand still dengan kuffar.

Jangan pelik.
Quote KIM.K 15-5-2021 09:14 AM
sidewinder replied at 15-5-2021 08:37 AM
soalan pelik pada tahun 2021....bole dia tanya pasal bunker.Hidup dalam serba kekurangan.....nak mak ...

Vietcong tu kebulur. Makan rice paper. Bunker totap integrated macam sarang anai2
Quote laradelara 15-5-2021 09:14 AM
haifawehbe replied at 15-5-2021 08:38 AM
dekat thread lg 1 berjemaah porumers jadi pro yahudi.. mmg dorg ni jenis hati gelap ke sampai x kesi ...

Eh ada ye mcm tu thread mana? Iol ketinggalan train nmpknya

Anyway, ioll rasa sedih sbb kita di Msia happy je sambut lebaran tapi dorg kat sana gini lak nasib. Haihhhhh.... Apa lah nasib dorg tu
Quote VioletsAre_Blue 15-5-2021 09:19 AM
haifawehbe replied at 15-5-2021 08:38 AM
dekat thread lg 1 berjemaah porumers jadi pro yahudi.. mmg dorg ni jenis hati gelap ke sampai x kesi ...

Thread mana sister?
Quote altimi 15-5-2021 10:03 AM
KIM.K replied at 15-5-2021 07:58 AM
Rakyat palestin masih tak pandai buat bunker ke. Bukan nak mengata tak pandai..but mereka takda bunk ...

Israel ada spy drone....senang sangat nak detect bunker
Quote haifawehbe 15-5-2021 02:35 PM
VioletsAre_Blue replied at 15-5-2021 09:19 AM
Thread mana sister?

thread troll msia mengarut
Quote haifawehbe 15-5-2021 02:39 PM
laradelara replied at 15-5-2021 09:14 AM
Eh ada ye mcm tu thread mana? Iol ketinggalan train nmpknya

Anyway, ioll rasa sedih sbb ...

thread troll msia mengarut.. iols malas nk baca habis sakit hati tgok komen2 pro israhell..
kan iols nk post pic raya dekat socmed pun serba salah sebab followers iols ada yg dari palestin tapi mereka dah senyap dari post apa2.. harap2 la mereka selamat disana..
Quote notM 15-5-2021 02:40 PM
Edited by notM at 15-5-2021 02:43 PM
underground replied at 15-5-2021 08:23 AM
Setiap item yg masuk ke gaza, disekat dan dicatu.

Simen pun susah nak masuk.


Melayu la seludup masuk....Tak pun kau bawa masuk diorg letak Kat Pulau Tioman atau Perhentian Langkawi dah penuh
Quote haifawehbe 15-5-2021 02:41 PM
underground replied at 15-5-2021 09:09 AM
Diorang tu kafir harbi.

Stand still dengan kuffar.

even media dari uk & aussie negara kapir pun boleh side palestin ini porumers hidup pesek acah liberal pulak lebih2 support israhell..
Quote notM 15-5-2021 02:42 PM
laradelara replied at 15-5-2021 09:14 AM
Eh ada ye mcm tu thread mana? Iol ketinggalan train nmpknya

Anyway, ioll rasa sedih sbb ...

Happy atau Koyak ???

Lihat semua komen(228)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.354440 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top