CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tan Sri Muhyiddin Yassin Kekal Sebagai Tokoh Politik Paling Popular

20-5-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1530| Komen: 6

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam 'Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan' yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata, Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Foto: Bernama


Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, kajian itu yang dilakukan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi dan kecenderungan mereka terhadap perkembangan politik tanah air semasa, menunjukkan tahap kepuasan bagi dua bekas perdana menteri berada pada tahap sederhana iaitu lebih rendah berbanding Muhyiddin.

Tinjauan itu menunjukkan tahap kepuasan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ialah 40 peratus pada suku kedua 2020, merosot kepada 29 peratus menjelang suku ketiga tahun sama dan pulih sedikit kepada 33 peratus pada suku pertama tahun ini.

"Sementara itu, populariti Datuk Seri Najib Razak pada suku kedua 2020 mencapai 24 peratus, merosot kepada 21 peratus pada suku ketiga namun pulih kepada 27 peratus pada suku pertama tahun ini," menurut tinjauan itu.

O2 Malaysia adalah sebuah pusat penyelidikan dan libat urus sosial yang memfokus kepada sentimen umum merangkumi isu politik serta pilihan raya, sosio-ekonomi dan penyelidikan dasar awam dengan melihat analisis data. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 20-5-2021 09:41 AM
                              
Quote totokreturn 20-5-2021 09:41 AM
Pm paling bodoh dalam sejarah tanahair.. Kalau dia boleh jadi pm.. Bermakna malaysia letak luncai pun boleh jadi pm malaysia..
Quote MonyetKetat 20-5-2021 09:50 AM
https://www.facebook.com/O2Malay ... 851/761884284525232
Quote JohnyEnglish 20-5-2021 09:53 AM
aku dh agak.terbaik kau sembap
Quote merrissa 20-5-2021 09:56 AM
fofular sebab kene kecam...sm je mcm si bakal banduan nelopak tu
Quote awanysss 20-5-2021 10:58 AM
ini semua rasuah atau perlian hahaha
tiada niat baik disebalik anugerah ini

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.046297 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top