CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harry Khalifah Dituduh Sebagai Perosak Industri Muzik

19-5-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6012| Komen: 17

Komposer, Harry Khalifah melahirkan perasaan kesal dengan tindakan sebuah portal yang didakwa cuba memburukkan namanya.

Harry yang mesra dengan panggilan Apak berkata, dia tidak tahu matlamat portal terbabit berbuat demikian.



Kredit foto: IG

"Twitter ini dah lama dan saya tak kenal, siapa pemiliknya. Tapi, portal berkenaan sebaliknya tiba-tiba membangkitkan semula isu mengaitkan saya sebagai 'perosak industri muzik'. 

"Saya tak kenal siapa pengendalinya. Cuma yang sedih, kenapa nama saya dikaitkan lagi sebagai perosak industri muzik tanah air?

"Sedangkan lagu-lagu saya tidak dimainkan di radio popular seperti Era dan Hot FM pun. Kalau main pun jarang-jarang sekali," katanya kepada Harian Metro.




Komposer yang menghasilkan deretan lagu-lagu popular, termasuk Hang Pi Mana itu berkata, pihak-pihak terbabit tidak sepatutnya berdengki begitu sekali terhadap perjalanan kerjayanya.

"Lainlah kalau lagu saya selalu dimainkan di radio-radio utama atau selalu keluar di TV. Itu bolehlah kalau nak komen. 

"Tapi masalahnya, lagu-lagu saya pun jarang dimainkan. Jadi, kenapa orang nak dengki? Saya buat lagu ibarat penjual nasi lemak tepi jalan. 

"Sekiranya ada orang nak beli, silakan. Tapi kalau tak nak beli, boleh pergi kedai lain. Begitulah juga, dalam muzik. Ia luas dan tiada had. Kenapa nak 'jatuhkan' Harry Khalifah?," katanya.


Menurutnya, terdapat banyak lagi lagu-lagu lain yang bukan-bukan, namun agak menghairankan apabila hanya dia seorang menjadi mangsa.

"Seingat-ingatnyalah, saya tidak pernah ada musuh dalam industri. Saya seorang manusia yang suka berkawan. Tapi, tidak tahulah kalau ada yang benci saya di belakang.

"Pada saya portal ini ibarat cuba nak melagakan atau mengapi-apikan. Kalau mereka rasa hebat dalam muzik, silakan tampil dengan karya mereka. Saya tak pernah rasa dengki dengan orang lain pun. 



"Kita sama-sama cari makan menerusi muzik. Saya pun ada isteri dan tujuh anak untuk disuap. Diharapkan mereka jangan petik, nama saya lagi. Banyak lagi komposer yang bagus dalam industri seni kita," katanya.

Apapun Harry berkata, sekiranya dia ada melakukan kesalahan, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati terhadapnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 18-5-2021 11:39 PM
Muzik ni ikut citarasa,pendengaran masing2 la..kot ye nk ckp tak suka tak perlu la keluar statement yang menjatuhkan orang lain.
Iolls ni memang suka dgr muzik dari irama malaysia,melayu deli,dondang sayang,rock,pop rock,pop yeh yeh,jiwang karat,rnb ,dangdut n etc rasa lagu Apak Harry ni masuk juga di pendengaran iolls..sedap juga.
Lagu Suaramu Syairku tu trending kot kat utube walaupun kat radio xde berkumandang (kalau x silap la)
Quote NurAlia14 19-5-2021 12:47 AM
Iols suke je apak ni kelakar ade le tu yg dengki...lyn ape youtube apak..paduu!!
Quote CARI-MRO 19-5-2021 09:36 AM
Komposer, Harry Khalifah melahirkan perasaan kesal dengan tindakan sebuah portal yang didakwa cuba memburukkan namanya.


Harry yang mesra dengan panggilan Apak berkata, dia tidak tahu matlamat portal terbabit berbuat demikian.




Kredit foto: IG




"Twitter ini dah lama dan saya tak kenal, siapa pemiliknya. Tapi, portal berkenaan sebaliknya tiba-tiba membangkitkan semula isu mengaitkan saya sebagai 'perosak industri muzik'.


"Saya tak kenal siapa pengendalinya. Cuma yang sedih, kenapa nama saya dikaitkan lagi sebagai perosak industri muzik tanah air?


"Sedangkan lagu-lagu saya tidak dimainkan di radio popular seperti Era dan Hot FM pun. Kalau main pun jarang-jarang sekali," katanya kepada Harian Metro.




[ig]https://www.instagram.com/p/COzkfKnh4MB/[/ig]



Komposer yang menghasilkan deretan lagu-lagu popular, termasuk Hang Pi Mana itu berkata, pihak-pihak terbabit tidak sepatutnya berdengki begitu sekali terhadap perjalanan kerjayanya.


"Lainlah kalau lagu saya selalu dimainkan di radio-radio utama atau selalu keluar di TV. Itu bolehlah kalau nak komen.


"Tapi masalahnya, lagu-lagu saya pun jarang dimainkan. Jadi, kenapa orang nak dengki? Saya buat lagu ibarat penjual nasi lemak tepi jalan.


"Sekiranya ada orang nak beli, silakan. Tapi kalau tak nak beli, boleh pergi kedai lain. Begitulah juga, dalam muzik. Ia luas dan tiada had. Kenapa nak 'jatuhkan' Harry Khalifah?," katanya.


[ig]https://www.instagram.com/p/COzeFkShN5Y/[/ig]



Menurutnya, terdapat banyak lagi lagu-lagu lain yang bukan-bukan, namun agak menghairankan apabila hanya dia seorang menjadi mangsa.


"Seingat-ingatnyalah, saya tidak pernah ada musuh dalam industri. Saya seorang manusia yang suka berkawan. Tapi, tidak tahulah kalau ada yang benci saya di belakang.


"ada saya portal ini ibarat cuba nak melagakan atau mengapi-apikan. Kalau mereka rasa hebat dalam muzik, silakan tampil dengan karya mereka. Saya tak pernah rasa dengki dengan orang lain pun.




[ig]https://www.instagram.com/p/CNe6YucBIWf/[/ig]



"Kita sama-sama cari makan menerusi muzik. Saya pun ada isteri dan tujuh anak untuk disuap. Diharapkan mereka jangan petik, nama saya lagi. Banyak lagi komposer yang bagus dalam industri seni kita," katanya.


Apapun Harry berkata, sekiranya dia ada melakukan kesalahan, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati terhadapnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Lailerthee 19-5-2021 09:41 AM
I suka lagu2 apak ni. Kalau bosan2 syok je dgr. Apa yg perosaknya
Quote Belibis 19-5-2021 09:47 AM
Banyak lagu2 dia best..apa masalah nak dengki dengan dia.
Quote shernazz 19-5-2021 10:17 AM
Mesti yang dengki tu buat lagu tak laku
Quote umbut 19-5-2021 11:49 AM
Best je lagu lagu dia.. Teruskan apak
Quote MsCinderella 19-5-2021 11:57 AM
tu dia gelang...kalah pulut dakap haih


yer la lagu dia best apa semua...#dengkilatu
Quote awanysss 19-5-2021 12:07 PM
i support u apak.. dr dulu suka lagu2 kumpulan jinbara, khalifah..
dia rajin bawak budak2 baru jugak.. mcm damia tu.. sedap betul suara..
Quote Raline 19-5-2021 12:13 PM
MsCinderella replied at 19-5-2021 11:57 AM
tu dia gelang...kalah pulut dakap haih

dah ada


Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php ... ht=Harry%2BKhalifah

Quote Raline 19-5-2021 12:15 PM
lagu dia bnyk sindiran tu
Quote friedfishsoup 19-5-2021 12:15 PM
Raline replied at 19-5-2021 12:13 PM
dah ada



Yeah, no need to report. Just copy the link here nanti wartawan yg merge kan.
Quote dudaberhias 19-5-2021 12:19 PM
who aree yussss... tapi lagu dia best jugak ikutkan yang di sebut2 dalam artikel tu...
yang perosak lagu tu aliff syukri dikkk... dengar pun rasa telinga dah berdarah dan bernanah...
Quote mamajawie 19-5-2021 12:43 PM
muka cam longkiang tersumbat pun nak minik lawa ea..ni la org jantan diri sndri xhensem takpe janji bini lawa untuk dijadikan trophy wife
Quote Johi 19-5-2021 02:26 PM
Lagu dia semacam je tak da kelainan
Quote hyie 19-5-2021 05:43 PM
tetiba teringat eddie hamid, saari amri, dan sapa lagi entah yang suka buat lagu melewah2...eddie hamid lagu sedap masa terbit album elyana
Quote budakshinchan 20-5-2021 07:32 AM
lagu lagu dia cipta lebih kurang sama je.. KRU dulu pon lebih kurang mcm tu Masa buat lagu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.196861 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top