Lima tahanan kes dadah yang meloloskan diri dari sel tahanan sempat menganiaya pihak berkuasa dengan menyiram serbuk cili. Lapor Kompas.com, mereka melarikan diri dari sel tahanan Badan Narkotik Nasional Sumatera Utara (BNNP), kira-kira pukul 12.29 tengah malam kelmairn.
Tahanan yang melarikan diri ialah Rahmat Hidayatulloh, Zulfikar, Muhammad Junaidi, Irwanda dan Marzuki Ahmad yang berasal dari daerah Batubara, Aceh utara, Bireun dan Kota Batam. Beberapa tahanan sudah dijatuhkan hukuman, sementara yang lain masih menunggu proses perbicaraan. Ketua BNNP, Sempana Sitepu berkata, tahanan melarikan diri selepas berpura-pura meminta air minuman daripada anggota bertugas. Ketika itu, hanya dua anggota sahaja bertugas. Katanya, seorang petugas kemudian menuju ke sel tahanan dan tiba-tiba tahanan merosakkan pintu sebelum menuang campuran serbuk cili yang diisi dalam botol ke arah petugas tersebut.
Sumber: Utusan
|
fatinandreanna: Dari mana tahanan dpt serbuk cili tu?
ADVERTISEMENT