CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salur Bantuan Kepada Palestin Dengan Hasil Khidmat Fotografi, Jual Akaun Twitter

17-5-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1832| Komen: 8

Description: Penderitaan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ternyata meruntun hati kita semua.
Penderitaan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ternyata meruntun hati kita semua.

Tidak terkecuali tentunya jurufoto ini yang tampil dengan inisiatif tersendiri dalam memberi sokongan dan sumbangan buat penduduk di sana.


Menurut Zulhelmey Isnin, 31, dia baru sahaja memperkenalkan khidmat fotografi dengan harga RM150 untuk satu sesi selama 30 minit yang mana kesemua wang itu akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.


Terkesan dengan penderitaan rakyat Palestin, Amy (kiri) membuat inisiatif sendiri dalam menyalurkan sumbangan wang. (Gambar Hiasan: Shahanaaz Habib)

"Baru sahaja saya war-warkan pada Sabtu malam. Alhamdulillah sudah ada beberapa orang yang tanya.

"InsyaAllah akan dimulakan pada Isnin di sekitar Kuala Lumpur sahaja memandangkan sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Konsepnya, selepas siap shoot, saya nak mereka transfer sendiri duit itu ke akaun sumbangan untuk penduduk Palestin," ujarnya kepada mStar.

Lebih dikenali dengan nama Amy Medusa dalam kalangan warga maya, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui sebak apabila mengenangkan penderitaan penduduk di sana.

Malah, katanya yang mula menjadi jurufoto pada 2014, sebagaimana harapan masyarakat global yang lain, dia juga mahu penderitan rakyat Palestin berakhir dalam kadar segera.

"Saya ada anak dan keluarga dan apabila lihat ramai kanak-kanak di sana jadi mangsa saya terfikir, bagaimana sekiranya anak saya kena macam tu.

"Jadi saya cuba bantu daripada segi kewangan, sekadar termampu. Kalau tanya sesiapa pun, mereka pasti mengharapkan kemenangan Palestin.

"Kita juga berharap agar keganasan dihentikan serta-merta, dah tak sanggup nak tengok mereka derita," ujarnya lagi.

Kata Amy, dia baru-baru ini turut menjual akaun Twitter miliknya yang mempunyai 13,700 pengikut dengan harga RM500 yang mana wang itu turut disumbangkan kepada penduduk Palestin.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 17-5-2021 12:14 PM
"Konsepnya, selepas siap shoot, saya nak mereka transfer sendiri duit itu ke akaun sumbangan untuk penduduk Palestin," ujarnya kepada mStar.


accountability and transparency.



bukan ayat penunggang agama masuk account aku dulu.
tolak kos operasi. anak bini aku pon nak makan.



prfthhhhh
Quote Normabaru 17-5-2021 12:16 PM
Xdpt angkat senjata bg tenaga kreatif pon jadi. Semoga murah rezeki bro niamin
Quote ekselen 17-5-2021 12:19 PM
Bagus inisiatif brader ni...mudah2an dipermudahkan..
Quote ifanonline 17-5-2021 12:23 PM
effort brader ni bagus...everyone is doing their part, be it small or big...setiap usaha sangat penting utk memberi tekanan kpd puak2 zionis
Quote MontanaHannah 17-5-2021 12:25 PM
ini lebih ditakuti oleh yahoodi. Mencipta peluang diruang yg hampir tertutup.Bijak.

antara yg digeruni oleh musuh Islam:

1. solat subuh berjemaah di masjid.


antara amalan yg  terpilih " Apa yang lebih aku sukai dari kamu tanggal kepala musuh ialah apabila kamu bangun malam untuk solat malam dan berzikir pada KU dengan menyebut ,"Allah" "Allah" , "Allah" LEBIH AKU CINTAI DARI SEGALA YANG ADA DI ATAS MUKA BUMI INI.

Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:58 PM
Oklah hopefully dia minta some kind of bukti org tu dah transfer.
Quote NataliaLuiz 17-5-2021 01:21 PM
Dan ramai lagi yg tlg Gaza, moga kemenangan berpihak kepada Gaza, palestine.
Quote Plain-tif 17-5-2021 02:19 PM
Alhamdulillah semoga ramai lagi yg mcm brader ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049849 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top