New Delhi: Bukan hanya polis, pihak berkuasa daerah dan negeri juga keluar masuk kawasan Gahmar Ghat terletak di Ghazipur, Uttar Pradesh, utara India, dengan masing-masing memberi satu arahan yang sama.
Arahan itu, "pastikan tiada mayat yang tidak dibakar berada di 'ghat' (laluan ke sungai)" yang diulang sekali lagi oleh ketua daerah Ramesh Maurya pada Sabtu, menurut The Indian Express. Gahmar Ghat menjadi tumpuan selepas penemuan banyak mayat di tebing Sungai Gangga dan tidak jauh dari situ, iaitu di Unnao, kira-kira 200 mayat terdampar di pesisir sungai sama. Pihak berkuasa mengesahkan mayat berkenaan adalah pesakit Covid-19 yang ditanam dalam kubur cetek di pinggir sungai atau dihanyutkan, selepas kos pembakaran mayat didakwa tinggi dan kayu tidak cukup.
"Sudah tidak ada lagi masalah kekurangan kayu (untuk pembakaran). Jadi mayat perlu dibakar sempurna," kata Ramesh mengingatkan penduduk kawasan berkenaan. Sejak tiga hari lalu, perkampungan Gahmar yang terletak tujuh kilometer dari sempadan Bihar sibuk dengan pihak pentadbiran serta penduduk bekerjasama mengebumikan mayat, sama ada dengan bakar atau tanam. Pekerja Gahmar Ghat, Kamla Devi Dom menyifatkan suasana di kawasan itu satu pemandangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. "Kami guna bot untuk menarik mayat ke tepi sungai. Udara di sini pun berbau mayat. Ada kira-kira 80 mayat ditemui sekitar sini," katanya. Tukang gunting dari Baksar Ghat, Pradeep Kumar berkata, gelombang kedua Covid-19 menyebabkan kos pembakaran mayat meningkat. "Satu timbunan kayu membakar mayat yang sebelum ini berkos Rs 500 (RM28.15) meningkat antara Rs 1,500 (RM84.45) ke Rs 2,000 (RM112.60) dan keseluruhan proses pengebumian cecah Rs 10,000 (RM562.98)," katanya yang memberitahu ramai tidak berkemampuan memilih menguruskan mayat cara sendiri. Motu Kashyap yang menanam mayat bapanya berusia 87 tahun di tapak itu minggu lalu berkata, "pembakaran bukan pilihan untuknya." Pada Jumaat, kerajaan negeri mengarahkan Pasukan Tindakan Bencana Negeri dan polis melakukan rondaan di sepanjang pinggir sungai negeri itu bagi memastikan tiada mayat terbiar. -CARI Sumber: Harian Metro
|
nazzse replied at 17-5-2021 09:29 AM
Takda masalah kot utk rakyat depa. Udara biasa pun dah cukup busuk, apalah sangat setakat bau mayat
Buritan replied at 17-5-2021 01:37 AM
Tanam kan ke murah.. bersih pun bersih..ni campak dlm sungai.. ngelapunglaa
nazzse replied at 17-5-2021 09:50 AM
Hindu bukan bakar je ke? Dah cremate pun mahal, tak boleh tampung hanyut je la last option. Tanam ...
Normabaru replied at 17-5-2021 09:44 AM
Ili sadik apa kabar? seronok ka dok oversea
Buritan replied at 17-5-2021 01:54 AM
Tanam ade laa.. anak buah laki terbeli tanah sebelah kubo indu.. byk jahh kubo depaa.. siap ade te ...
nazzse replied at 17-5-2021 09:56 AM
Ohh ada eh.
Tak pernah jumpa kubur hindu
Haha
Buritan replied at 17-5-2021 01:58 AM
Mgkin mahai kot kalo tanam.. aku tengok yg tanam tanam tu pun mcm org kaye jahh.. tengok gambo pun ...
Fazsemput replied at 17-5-2021 09:54 AM
Aritu dah balik malaysia kan.. die dah blik india semula ke??
nazzse replied at 17-5-2021 10:01 AM
Rasanya sbb kos la ni. Upacara je dah berapa hari berapa malam, kos lot lagi. Islam yg paling mura ...
sayawifenikmie replied at 17-5-2021 10:16 AM
... saya tak rasa mual bila baca berita ini .... tapi say arasa sangat2 sedih .....
ADVERTISEMENT