CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petugas Kesihatan Cuai, Wanita Tak Sengaja Disuntik Sampai 6 Dos Vaksin

11-5-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3868| Komen: 20

Rom: Seorang wanita berusia 23 tahun di Itali dilaporkan tidak sengaja menerima enam dos vaksin Pfizer BioNTech Covid-19, bukan satu seperti sepatutnya.

CNN melaporkan wanita itu bagaimanapun sudah dibenarkan keluar dari hospital cuma masih dipantau bagi melihat kesan sampingan terhadapnya.

Wanita itu diberikan vaksin melebihi dos sepatutnya di Hospital Noa,Tuscany, Itali, pada Ahad.

Perkara itu disahkan jurucakap hospital, Daniella Gianelli kepada CNN pada Isnin.

Menurut Gianelli, selepas insiden itu, wanita terbabit dirawat di hospital di bawah pemerhatian ketat selama 24 jam dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, petugas kesihatan secara tidak sengaja mengisi jarum suntik dengan sebotol vaksin yang mengandungi enam dos.

Petugas itu hanya menyedari kesilapannya sejurus selesai memberi suntikan.

"Dia melihat lima jarum suntik kosong dan menyedari kesalahannya," kata Gianelli.

Tambah Gianelli, pesakit terbabit berhak mendapatkan vaksin sebelum orang lain dalam kumpulan umurnya kerana dia adalah pelatih di jabatan psikologi hospital.

Gambar Hiasan

Ia berikutan arahan Kerajaan Itali yang mewajibkan pekerja kesihatan mengambil suntikan vaksin tetapi ada yang tidak yakin doktor akan terus memantau tindak balas imun pesakit terhadap dos vaksin besar-besaran.

"Siasatan dalaman sudah dibuka dan menyatakan ada kemungkinan apa yang berlaku disebabkan kesilapan yang bukan disengajakan," katanya.

Pada awal April, pemimpin tali mengeluarkan keputusan yang menjadikan vaksinasi wajib bagi semua pekerja penjagaan kesihatan dan farmasi, dengan tujuan melindungi kakitangan perubatan, pesakit serta golongan berisiko.

Pekerja penjagaan kesihatan yang menolak vaksin akan ditugaskan semula tetapi tidak membabitkan tugasan yang memerlukan mereka tidak bersentuhan dengan pesakit.

Ia bukan pilihan kerana mereka kini menghadapi penangguhan tanpa gaji.

Belum jelas apakah keputusan itu bersifat perlembagaan dan rata-ratanya percaya kemungkinan adanya kes undang-undang berkaitan vaksin pada masa depan,

Dalam pada itu, Itali menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan angka Covid-19 selepas berbulan-bulan mencatatkan kadar jangkitan tertinggi di Eropah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 11-5-2021 10:56 AM
Uihhhh nie kompirm kebal berbebal bebal
Quote prettyuglybabe 11-5-2021 10:57 AM
untung la
Quote ira_229 11-5-2021 11:23 AM
kes ini pernah terjadi di Singapura...penerima ok tak ada masaalah...
Quote sarah82 11-5-2021 11:28 AM
6 dos.. Mmg boleh jadi metahuman gitu
Quote imransulaiman 11-5-2021 11:34 AM
Dapat 6 dos pun, tetap tak boleh rentas negeri/daerah balik raya...
Quote Skuau 11-5-2021 11:42 AM
ok la...xde nya dia tukar jadi [email protected] pompuan...
Quote JinnaL 11-5-2021 01:12 PM
Tak tanya masa suntik 6 kali??? Hahah
Quote prettyuglybabe 11-5-2021 01:16 PM
JinnaL replied at 11-5-2021 01:12 PM
Tak tanya masa suntik 6 kali??? Hahah

bukan suntik 6 kali..
tapi suntik sekali 6 dos terus..
contoh sekali suntik patut 1mm tapi nurse tu tarik 6mm terus..
Quote Boomibulat 11-5-2021 01:18 PM
sampai 6 kali boleh ckp x sengaja..
Quote CiliPadiSedap 11-5-2021 01:37 PM
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 01:16 PM
bukan suntik 6 kali..
tapi suntik sekali 6 dos terus..
contoh sekali suntik patut 1mm tapi nurse ...

bodohnya mo tu, mesti kurang makan appleton
Quote AnBulisia 11-5-2021 02:39 PM
1 dos 3 inci
6 dos 18 inci
Quote Artemesiaa 11-5-2021 02:45 PM
Dah tak perlu nak ambik dos seterusnya sebab suntik sekali terus dah dapat enam wal hal mereka baru je mencadangkan untuk ambil 3 dos je
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 05:53 PM
Mmg kebal habis la..huhuhu.
Quote terma2nkondisi2 11-5-2021 06:24 PM
uishhh.. sampai 6 dos...

virus kobid nak dtg dekat pun takuttt
Quote dua_chzy 11-5-2021 06:35 PM
Tah2 sengaja kan huntok jadik bahan eksperimen?
Quote Cece1234 11-5-2021 06:37 PM
Bole saman x kalo cmni?
Quote anony-mous 11-5-2021 06:38 PM
Klau 6 dos pon selamat, i nk pfizer
Quote anony-mous 11-5-2021 06:39 PM
JinnaL replied at 11-5-2021 01:12 PM
Tak tanya masa suntik 6 kali??? Hahah

Cuba baca penuh artikel sblm komen
Quote Crystars 15-5-2021 07:12 AM
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 01:16 PM
bukan suntik 6 kali..
tapi suntik sekali 6 dos terus..
contoh sekali suntik patut 1mm tapi nurse ...

selalu nampak 1 botol tulis 5ml & nurse terus sedut penuh2 dlm picagari then cucuk habis kat lengan....ker ada variation botol packing 50 ml?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064264 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top