CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terdesak Rentas Negeri: Palsukan Dokumen Hospital, Tipu Ibu Kritikal

11-5-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9415| Komen: 85

Description: Helah seorang wanita yang membuat permohonan rentas negeri dengan memberi alasan ibunya sedang kritikal di hospital gagal selepas dikesan menggunakan dokumen hospital palsu.
Helah seorang wanita yang membuat permohonan rentas negeri dengan memberi alasan ibunya sedang kritikal di hospital gagal selepas dikesan menggunakan dokumen hospital palsu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang ke Balai Polis Pantai pada 3.40 petang semalam untuk membuat permohonan rentas negeri ke Terengganu dengan memberi alasan ibunya sedang sakit.

Bagaimanapun, menurutnya, semakan dokumen yang diserahkan wanita itu didapati palsu selepas anggota polis membuat pengesahan dengan pihak hospital.

Foto: Harian Metro

"Hasil siasatan polis mendapati suspek mengaku memalsukan dokumen Jabatan Kecemasan & Trauma sebuah hospital di Kuala Terengganu dengan mencipta sendiri dokumen itu di rumah kakaknya di Petaling Jaya pada 9 Mei lalu.


"Suspek memuat naik borang Permit Pergerakan Rentas Negeri daripada Internet dan menggunakan cop rasmi pegawai perubatan hospital tanpa pengetahuan dan keizinan," katanya.

Anuar berkata, suspek mengaku membuat dokumen palsu berkenaan selepas permohonan rentas negeri yang dibuat di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya pada 9 April lalu ditolak.

"Susulan itu, polis merampas salinan permohonan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan salinan dokumen hospital terbabit.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan suspek ditahan untuk dituduh di mahkamah hari ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 11-5-2021 12:42 PM
Hah...boleh pun ko buat crosscheck....bagus...
Quote pearl.silver 11-5-2021 12:43 PM
Mak tu hidup lg tak?
Sampai hati naa kata mak tgh kritikal
Quote noor2 11-5-2021 12:43 PM
Laa sanggup guna mak...
Quote prettyuglybabe 11-5-2021 12:46 PM
gigih betul..
orang cukup takut guna alasan sakit, kereta rosak, accident etc..
takut kena betul
Quote stingervolvo 11-5-2021 12:46 PM
noor2 replied at 11-5-2021 12:43 PM
Laa sanggup guna mak...

Bak kata seorang forummer...demi kebajikan mak yg kalau anak cucu tak balik kampong...tak berasap la dapurnya dgn kuah lodeh, kacang, rendang, siput sedut gulai batang keladi..org tua kan dah tak larat....?

@monreyes....
Quote Cyempaka 11-5-2021 12:48 PM
Gigihnya kau kak..
Nk blk raya punya pasal smp palsukan doc gomen segala. kang xpasal2 naik turun mahkamah sebab benda bodo mcm ni..
Umo 30 pun xboleh fikir
Quote batmana 11-5-2021 12:48 PM
skali betul2 nazak, bru tau..
Quote stingervolvo 11-5-2021 12:49 PM
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 12:46 PM
gigih betul..
orang cukup takut guna alasan sakit, kereta rosak, accident etc..
takut kena betul : ...

Dlm keadaan darurat dimaafkan...lafaz tak naik kelangit ke7....kita adalah apa yg kita niatkan...TUHAN lebih TAHU...




Quote stingervolvo 11-5-2021 12:51 PM
Cyempaka replied at 11-5-2021 12:48 PM
Gigihnya kau kak..
Nk blk raya punya pasal smp palsukan doc gomen segala. kang xpasal2 naik turun  ...

Pikir la itewww sampai terkeluar ring dari kotak pemikiran....

Kahkahkah
Quote MontanaHannah 11-5-2021 12:54 PM
Mungkin rindu tu membara

Sudah hilang punca nak sangat tengok mak bapa
Quote airmineral 11-5-2021 12:55 PM
kalau nk tipu pun jgn la buat alasan pasal sakit dan nyawa
xtakut ke kalau betul2 jadi nanti{:freak{:freak{:freak
Quote che_gaia 11-5-2021 12:55 PM
Kan bagus dapat buat crosscheck awal..
Quote stingervolvo 11-5-2021 12:55 PM
pearl.silver replied at 11-5-2021 12:43 PM
Mak tu hidup lg tak?
Sampai hati naa kata mak tgh kritikal

Kritikal dalam konteks kalau anak cucu tak balik, dapurnya tak berasap kerana dia dah tua tak larat masak sedangkan favoritenya dipagi rsya adalah rendang tok air tangan anak pompuannya yg mana dapur anak nya sendiri tak berasap....

Kau rasa?

@monreyes.



Kahkahkahkahkahkah
Quote Meiizu 11-5-2021 12:55 PM
Aku tak berani tipu mak sakit mak mati
Sesal wehhh kalau jadi betul
Quote Orix 11-5-2021 12:57 PM
terus kena dakwa kt mahkamah chuols... ad org tu pegi nilai aman2 jah siasat siasat siasat smpi skrg xde pape
Quote mbhcsf 11-5-2021 12:57 PM
apa  yang tersentak ialah menipu , matlamat dan  cara itu...

sanggup menipu dalam ramadhan...wow bulan yg dinajurkan dilebihkan amal maaruf.....

hmm....
Quote Boomibulat 11-5-2021 12:57 PM
Berani pompun ni gi tipu polis..sy nak gi repot ic hilang pun ketar lutut
Quote mbhcsf 11-5-2021 12:58 PM
airmineral replied at 11-5-2021 12:55 PM
kalau nk tipu pun jgn la buat alasan pasal sakit dan nyawa
xtakut ke kalau betul2 jadi nanti{:frea ...

setuju, guna  alasan ibu tu ...
Quote paz 11-5-2021 01:00 PM
Orang macam ni pun ada.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top