CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Risau Kerjaya Terjejas, Ummi Nazeera Yang Yakinkan Aishah Azman Untuk Bertudung

11-5-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4600| Komen: 12

Sempena ulang tahun kelahiran Aishah Azman yang ke-25 tahun pada Sabtu, 8 Mei, pelakon Ummi Nazeera mendedahkan tentang keingingan aktres itu memakai tudung.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, Aishah menyimpan niat untuk bertudung namun berasa bimbang perubahan itu akan menjejaskan kerjaya lakonannya.

Bagaimanapun Ummi memberi sokongan dan meyakinkan Aishah bahawa Allah akan memberikan perkara yang lebih baik serta rezeki selepas penghijrahan yang dilakukan.

Foto: IG

"Selamat hari lahir adik saya yang cantik. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk awak di dunia dan akhirat. Sebenarnya Aishah pernah bercakap dengan saya mengenai memakai hijab sebelum dia melakukannya.


"Dia kata... dia memang nak sangat pakai. Kemudian, dia tanya, perubahan itu akan menjejaskan karier dia? Saya kata rezeki itu datang daripada Allah dan macam saya... saya dapat banyak tawaran lebih baik, Alhamdulillah.

"Dan lihat sekarang dia macam mana... dia lakukan lebih baik," kata Ummi.


Foto: IG

Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi pendedahan dan ucapan hari lahir buat Aishah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah turut memuat naik semula status Ummi di Instastory Instagram miliknya.

"Ucapan yang sangat indah. Amin. Terima kasih kakak saya," tulisnya.


Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Aishah mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya nekad melakukan penghijrahan itu,

Menurut Aishah, dia perlu mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan turut bersyukur keluarga memberi sokongan penuh dengan perubahan imej terbaharunya itu. -CARI

Sumber: mStar online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 11-5-2021 10:48 AM
Aku tak pernah dakwah orang pakai tudung ke masuk islam. Family aku suka dakwah ni tapi judgemental. Paling banyak kena basuh aku ler tu. So tak masuk my system
Pernah dakwah berkesan sekali je zaman kampus, kata kat member masalah aku kurang..aku cuma solat yg wajib je. Dia pun start solat dari bermasalah jadi ceria
Quote Kurex 11-5-2021 10:55 AM
Yg atas ni, dialah yg paling best, dia je ada cerita, dialah segala2nya..
Quote MissVixen 11-5-2021 11:29 AM
Aishah ni cantik... Tapi rasa nak cabut je tahi lalat dia
Quote TerataiMelur02 11-5-2021 11:33 AM
Ummi ni kalau takde job berlakon pun tak kan terjejas periuk nasinya. Laki dah ada kerjaya stabil, family ummi sendiri pun dah memang kaya raya.

Quote biozipstar 11-5-2021 12:05 PM
moga istiqamah sis... romadon jadi sis menahan diri
Quote KIM.K 11-5-2021 02:36 PM
Kurex replied at 11-5-2021 10:55 AM
Yg atas ni, dialah yg paling best, dia je ada cerita, dialah segala2nya..

Takde sapa nak dengar cerita bff no.1 negara kena friendzone. Dua2 hodoh
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:01 PM
KIM.K: Aku tak pernah dakwah orang pakai tudung ke masuk islam. Family aku suka dakwah ni tapi judgemental. Paling banyak kena basuh aku ler tu. So tak masuk ...


I ada kenal someone yg suka dakwah, belajar agama sana sini tapi sama la, very judgemental. Sepatutnya tak boleh la judge. Allah je yg boleh judge dosa pahala orang kan.
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:02 PM
Semoga istiqamah sbb nak istiqamah la yg paling mencabar.
Quote makcun14 11-5-2021 06:08 PM
TerataiMelur02 replied at 11-5-2021 11:33 AM
Ummi ni kalau takde job berlakon pun tak kan terjejas periuk nasinya. Laki dah ada kerjaya stabil, f ...

Kann. Baru nak komen benda sama. Kalau dia tak berlakon trus pun takde beza. Life tetap terjamin
Quote eely_shana 11-5-2021 06:30 PM
Kalau x silap mula2 tengok aishah ni dlm mencintaimu mr photographer
Quote KIM.K 11-5-2021 06:41 PM
NataliaLuiz replied at 11-5-2021 06:01 PM
I ada kenal someone yg suka dakwah, belajar agama sana sini tapi sama la, very judgemental. Sepa ...

Iya sis..dakwah jadi repelling..kadang niat bukan nak nasihat sangat, tapi lebih pada hati tak senang
Quote kucim 13-5-2021 05:38 PM
Benda ni pun nak jadi berita ke???
Havoc sangat ler politikkan bab ugama....zmn skrg makin menjadi2 org jual cerita sembang topik ugama utk nampak diri helok



Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037089 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top