Gempar berpuluh-puluh mayat dikesan terapung di Sungai Ganges di India, susulan lonjakan kes Covid-19 di negara itu. Saksi memberitahu lebih 100 mayat dibuang di sungai yang besar itu di negeri Bahir, manakala berpuluh lagi terapung di Sungai Yamuna di Uttar Pradesh.
Menerusi satu rakaman dari sungai, menunjukkan keadaan separuh mayat yang dibakar, dilihat dihanyutkan oleh air dan lain-lain dibalut dengan kain kafan. Bercakap kepada NDTV, seorang pegawai tempatan berkata: "Kesemua mayat terapung berada di sungai sekurang-kurangnya lima hingga tujuh hari. "Kita membuang mayat-mayat ini."
Tambah mereka: "Mayat-mayat bukan dari sini kerana kita tidak mempunyai tradisi membuang mayat di sungai." Keadaan yang mengejutkan itu susulan India kini berdepan dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang tinggi. Pada Isnin, kerajaan India mengumumkan 366,161 jangkitan baharu dengan 3,754 kematian dicatatkan. -CARI Sumber: mStar/ Mirror
|
taji2906 replied at 11-5-2021 10:13 AM
ngeri la mayat terapung kat sungai. dalam gambar atas tu, sorg je pakai ppe.
msdummy.2018 replied at 11-5-2021 10:26 AM
Bangan mati sb cobid , pas tuh buang kat sungai? Sesuaiiiiiiiii
wafeloren replied at 11-5-2021 10:33 AM
kenapa diorang taknak tanam je mcm org islam. kalau tanam kurang kos sikit dari bakar.
blastoff replied at 11-5-2021 10:16 AM
kenapa ya sorang je ? Yg peliknya , kat india yg uruskan mayat tak pakai ppe yg ra ...
syamzana replied at 11-5-2021 10:44 AM
mana tau depa sihat nonstop urus mayat?tu yg beratus ribu dijangkiti sehari, beribu mati sehari ag ...
SPACE COP GABAN replied at 11-5-2021 10:48 AM
Entah2 yg tak.pakai ppe tu pun dah positif tu sbb depa pun x heran...yg pakai ppe tu sbb masih negat ...
aechae replied at 11-5-2021 10:50 AM
So pikir sndri lh knapa pnyakit dtg kt tmpat n keadaan mcm ni
ADVERTISEMENT