CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Lebam-lebam Setiap Kali 'Diculik Makhluk Asing'

10-5-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3011| Komen: 17

Warga emas dari Bradford, England mendakwa dirinya pernah diculik lebih daripada 50 kali oleh makhluk asing.

Paula Smith, 50, berkata dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya itu, lapor Daily Star.



Kredit foto: CATERS NEWS

Menurut Paula, dia pertama kali melihat makhluk asing sewaktu kanak-kanak dan sejak daripada itu, dia kerap mengalami insiden paranormal sehingga tahun-tahun seterusnya.

Paula juga mendakwa dia pernah berada di dalam UFO milik makhluk asing.

"Kali pertama saya melihatnya (UFO) adalah pada 1982. Ketika itu saya berada di hutan dan keadaan tiba-tiba menjadi senyap.

"Menurut keluarga saya, saya telah hilang selama empat jam, tetapi saya tidak ingat apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya tidak memberitahu sesiapa kerana saya tahu orang akan menganggap saya gila," katanya.

Paula turut berkongsi gambar lebam pada anggota badannnya yang dikatakan 'ditinggalkan' oleh makhluk asing setiap kali 'diculik'.



Kredit foto: CATERS NEWS

Dia juga melukis rupa makhluk asing yang ditemuinya.

"Saya sudah mengalami 52 insiden paranormal. Tiada petunjuk dan saya tak dapat tanda-tanda awal sebelum ia terjadi... sebaliknya ia hanya berlaku macam itu sahaja," katanya lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 10-5-2021 12:12 PM
kalo setakat gambar tu anak aku pon boleh lukis
typical rupa alien
Quote Boomibulat 10-5-2021 12:16 PM
Dlm majalah Mastika dulu pun ada citer mcm ni..mgkn makcik ni jugak kut
Quote Skuau 10-5-2021 12:55 PM
the truth is out there.......
Quote Mulotkoyak 10-5-2021 01:07 PM
Xbawa henpon kah utk record or any cam
Quote stania83 10-5-2021 01:12 PM
mental illness
Quote nolya 10-5-2021 01:13 PM
Tentunya dia ni orang yg super special shnga berkenan sangat si alien menculik berkali2. So kehdupan dia juga akan berulang alik dari dunia nyata dn dunia alien.  Adakah alien ni boleh dikategorikan puak2 jin yg harus ummat percayai.
Quote Kerexxx 10-5-2021 01:30 PM
Mmg betuk3 makhluk berjasad dr planet lain kah? Atau mungkin org bunian?
Quote rain2169 10-5-2021 01:33 PM
berangan lebih ni......
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:06 PM
Alien or jin? Kat luar negara pun ada jin jugak kan..
Quote jiwasemangat 10-5-2021 02:11 PM
. .berita yg bagusss..
(*tiada isu kobid kelihatan..)
Quote dani-rox 10-5-2021 02:36 PM

Quote tipah89 10-5-2021 04:04 PM
maybe gangguan makhluk halus tapi omputeh ni mana caya benda2 gitu so dia claim alien lah
Quote dua_chzy 10-5-2021 04:14 PM
Djinn notty?
Quote dua_chzy 10-5-2021 04:15 PM
dani-rox replied at 10-5-2021 02:36 PM

Motiffff???? Hahahaha!!!
Quote jazaa100 10-5-2021 05:07 PM
kena rogol tak??
Quote Drmu 10-5-2021 05:25 PM
Kalau lebam2 mcm tu..biasanya kena gangguan Jin..biasa iol dengar2 cerita mangsa gangguan Jin ..bila bangun tidur badan lebam seperti itu
Quote Drmu 10-5-2021 05:27 PM
dani-rox replied at 10-5-2021 02:36 PM

Hahahahhahahahahaa...ya ampun..
comel ufo tu. Iol Rasa alien ni comellah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043133 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top