CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Salman Khan Bagi Sumbangan Duit Kepada 25,000 Pekerja Filem Bollywood

10-5-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2259| Komen: 2

Description: Gelombang kedua Covid-19 di India turut memberi kesan kepada industri perfileman negara itu.
Gelombang kedua Covid-19 di India turut memberi kesan kepada industri perfileman negara itu.

Tampil meringankan beban barisan pekerja industri, pelakon Salman Khan berbesar hati menghulurkan sumbangan kewangan kepada 25,000 orang penggiat seni yang memerlukan.


Menerusi laporan The Indian Express, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Federation of Western Indian Cine Employees (FWICE), Ashoke Dobey, baru-baru ini.

Kredit foto: IG


"Pengurus Salman sudah bercakap mengenai perkara ini dengan Presiden FWICE dan meminta kami mengirimkan data 25,000 pekerja yang berdaftar dengan persatuan.

"Dia bersetuju menyumbangkan sumbangan wang tunai bermula 1,500 Rupee (RM85)... tahun lalu dia sudah beri sumbangan, kali ini dia melakukan lagi!


"Pada Februari lalu, ramai pekerja kami sudah kembali bekerja tapi gelombang kedua datang semula dan semua tidak boleh bekerja lagi," kata Ashok.

Sebelum ini Salman pernah menyumbangkan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan.

Dia juga menyatakan hasrat untuk menyerahkan sebahagian keuntungan filem baharu terbitannya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada mereka yang memerlukan.

"Kami seronok dapat mengambil bahagian dengan mewujudkan inisiatif mulia ini, boleh menyumbang sedikit untuk melawan Covid-19 di negara ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 10-5-2021 03:08 PM
erk RM85 tu duit raya je kot
Quote uori 10-5-2021 04:40 PM
silap nih, patut sebagai retis dia kena mntak kelebihan dan bantuan dari kerajaan, berbanding rakyat marhaen biasa, almaklumlah retis, golongan terpileh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.083632 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top