CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlampau Bimbang, Nadia Brian Menangis Enam Ahli Keluarga Positif Covid-19

10-5-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9047| Komen: 56

Description: Pelakon Nadia Brian berkongsi berita sedih apabila enam orang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.
Pelakon Nadia Brian berkongsi berita sedih apabila enam orang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, memaklumkan mereka yang dijangkiti telah dihantar ke hospital dan pusat kuarantin pada Sabtu.


Foto: IG

"Saya tak tahu nak cakap macam mana... memang sedih sangat. Ibu, nenek, abang ipar, anak buah, adik, dan ibu saudara disahkan positif Covid-19.

"Nenek saya yang berusia 75 tahun dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, hari ini.

"Ahli keluarga yang lain sudah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu," katanya.


Sebelum itu, Nadia berkongsi berita tersebut menerusi Instastory miliknya pada malam Sabtu.

Dalam rakaman tersebut, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata kerana terlalu bimbang keadaan keluarganya itu.

Sementara itu, Nadia memberitahu dia sudah menjalani ujian calitan (swab test) baru-baru ini dan keputusannya adalah negatif.

Bagaimanapun dia akan melakukan ujian kedua pada Isnin ini bagi memastikan dirinya benar-benar bebas daripada jangkitan virus tersebut.



“10 Mei ini saya kena buat swab test sekali lagi untuk kepastian. Setakat sekarang, saya sihat tak ada sebarang simptom.

"Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya. Ya Allah... berat sungguh ujian yang diberikan kepada saya.



"Saya juga mendoakan agar semua pesakit Covid- 19 diberikan kekuatan dan ketabahan. InsyaAllah kita sama-sama dapat harungi pandemik ini," ujarnya.

Nadia dan keluarga melakukan ujian calitan itu selepas adiknya terlebih dahulu disahkan positif Covid-19. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyzens 10-5-2021 11:43 AM
semoga dipermudahkan la ye semua ya
Quote uori 10-5-2021 11:58 AM
wow dah bertudung
{:smile
Quote Skuau 10-5-2021 12:00 PM
semoga semuanya akan baik2 belaka.
Quote bulalof 10-5-2021 12:08 PM
semua nak post kat IG.

then after that ber tik tok like nothing happened.

sadis.....
Quote 3chanceno 10-5-2021 12:11 PM
Da bertudung????
Quote Rara77 10-5-2021 12:33 PM
kenapa suddenly artis byk dijangkiti
kerana kuat tiktok ke
atau dibayar

aku cuba husnuzon
Quote Kurex 10-5-2021 12:35 PM
Tak semestinya kita letak nama brian ke melvins ke automatik muka jadi cantik, urban, ada class... Makin busuk kepam ada la
Quote Lula2 10-5-2021 12:40 PM
Rara77: kenapa suddenly artis byk dijangkitikerana kuat tiktok keatau dibayaraku cuba husnuzon

Siapalah yg nak membayar?
Kenalan uols takde yg kena covid ke?
Quote slyfynx 10-5-2021 12:43 PM
Amik video pakai telekung supaya lebih ramai simpati.
Ntah la. Even though sgt kesian sbb family kene covid, aku ttp xleh simpati kt die ni
Quote Managerara 10-5-2021 12:43 PM
Agak sedih telekung kau dik nadia..
Quote anony-mous 10-5-2021 12:47 PM
Wah nk mntk doakan family dia lantas bertelekung. Awat x nangis2 masa seksi seksa tu
Quote prettyuglybabe 10-5-2021 12:51 PM
minta doa bukan main kelubung sampai ke tumit..
pastu bila bergelek hilang kelubung
Quote mesmerize 10-5-2021 12:52 PM
semoga cepat sembuh kepada yang dijangkiti.. ai pun reaksi akan sedih nangis2 gini kalau orang2 tua dalam keluarga terkena covid..
Quote melinda_kerr 10-5-2021 12:54 PM
Berkedut gila telekung sheols... apapun semoga family sheols sihat semuanya. Kalau jd kat i pun mesti risau kalau ada org tua yg kena..
Quote irsa 10-5-2021 12:58 PM
Doa baik2 Semoga kita semua terhindar drpd virus bahaya ni. Huru hara kehidupan semua dlm setahun dua ni. Sampai bilakah
Quote matchstick 10-5-2021 01:05 PM
Senang jadi retis..seronok jimba sana sini bila dpt penyakit mtk peminat doakan utk saya dan keluarga..doa sendiri la dek
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 02:21 PM
Now "covid is real" too? semoga cepat sembuh la ya.
Quote anilanil 10-5-2021 02:39 PM
"aku cantik ke tak ko sakit ke?"
Next time hati2 bila berbicara. Hujung2 siapa yg sakit? Netizen jua yg ramai2 mendoakan family members ko mudah2an mendapat syifa'
Quote Timortimur 10-5-2021 03:22 PM
Sorrylah
Time sihat menyombong
Tegur pun tak boleh
Bila susah nak doakan plk
#hatihitam

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061294 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top