CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Rumah Hangus Dapur Gas Meletup Ketika Buat Kuih Raya

10-5-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2161| Komen: 2

Description: Dua buah rumah hangus dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku di Cakung, Jakarta Timur semalam.
Dua buah rumah hangus dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku di Cakung, Jakarta Timur semalam.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu berpunca daripada dapur gas yang meletup ketika penghuni di satu daripada dua rumah berkenaan membuat kuih raya.



Pasukan bomba memadam kebakaran di dua rumah yang terbakar dalam satu kejadian di Jakarta Timur, Indonesia.

Jurucakap bomba Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata, ketika kejadian, dapur gas tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan api menyambar dengan cepat sehingga semua penghuni tidak sempat mengambil barangan penting.

“Pasukan bomba terima laporan kebakaran dari penduduk tempatan pada pukul 11.49 malam waktu tempatan.

“Sebanyak tujuh jentera bomba berserta 30 anggota dikerah ke lokasi kejadian,” katanya kepada Republika.

Jelas Gatot, kerja-kerja memadam kebakaran bermula pada pukul 11.58 malam dan selesai pada pukul 1.38 pagi.


“Setakat ini, tiada laporan kecederaan mahupun korban jiwa dilaporkan dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak 90 juta rupiah (RM26,191),” ujar Gatot.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 10-5-2021 05:13 PM
Dugaan ramadhan betul.
Quote Artemesiaa 10-5-2021 05:17 PM
Rumah kalau rapat2 macam tu buat api cepat merebak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042169 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top