CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hati-hati Zed" - Yusof Haslam

4-5-2021 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11279| Komen: 40

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 67, menasihatkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi supaya lebih berhati-hati memberi komen terhadap drama tempatan.

Ia berikutan kenyataan Zed yang melabelkan drama Nur sebagai 'syok sendiri' apabila hanya ditayangkan satu episod di stesen TV Indonesia, MNCTV sebelum dihentikan tayangannya, baru-baru ini.

"Lain kali sebelum bercakap Zed kena berfikir dulu kerana ini akan menyentuh banyak pihak. Saya nafikan kenyataan yang dikeluarkannya ini.

"Kita tak boleh kata drama Malaysia syok sendiri. Kalau syok sendiri, mana nak dapat drama menarik seperti Nur yang dapat sambutan? Saya buat drama, ia ada penonton sendiri. Janganlah kita bandingkan dengan drama luar seperti Korea Selatan kerana bukan semua karya mereka bagus. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Di Amerika Syarikat pun sama," katanya.


Kredit foto: Harian Metro/IG Zed


Yusof yang pernah mengambil Zed sebagai hero dalam drama Sembilu Kasih terbitannya menganggap tindakan Zed bukan sesuatu yang baik.

"Tidak baguslah kita menghina karya anak bangsa sendiri. Saya tak setuju. Memang ada segelintir drama yang kurang baik tapi kita tak boleh hukum semua sekali dengan kata syok sendiri.

"Pada saya bercakap memang mudah tapi untuk melaksanakan bukan senang. Perkara ini masing-masing ada pro dan kontra. Kita buat sebaik atau seburuk mana pun ada yang sokong dan ada yang tak.

"Bagi saya untuk menggalakkan sesuatu produk kita perlulah ada sikap sokong menyokong. Setiap pengkarya akan cuba buat drama yang terbaik mungkin ikut kemampuan mereka. Kita tak boleh puaskan hati semua orang," katanya.

Dalam pada itu, Yusof turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang melabelkan filem Malaysia sebagai sampah.

"Bukan semua kerana di Amerika Syarikat pun banyak juga filem sampah. Tapi jangan hanya kerana satu dua yang teruk, kita panggil sampah. Kemudian dikecam dengan mencarut-carut. Ini bukan budaya kita. Orang Melayu tak begitu. Harap benda ini takkan berlaku lagi.

"Pada Zed Zaidi, saya hormati dia sebagai Presiden Seniman. Berhati-hatilah sebelum keluarkan kenyataan. Jangan menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.

Terdahulu kenyataan Zed turut ditempelak beberapa pelakon lain antaranya Azhan Rani dan Zul Huzaimy.

Zed pula dalam kenyataannya dua hari lalu menafikan kenyataan itu ditujukan kepada drama Nur, sebaliknya secara menyeluruh terhadap drama tempatan yang kurang berkualiti.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-5-2021 10:57 PM
zaman dia sembilu pun kaka rasa drama tu sendu zaman tu kaka layan bawang putih bawang friska
Quote bedahmenjuyah 4-5-2021 11:01 PM
Tgk org lama bercakap berlapik beradab. Apa je lah boleh dibanggakan psl jed jedi ni
Quote Cik_jantung 4-5-2021 11:12 PM
Dia pun geng beterbangan kannn
Quote Carcosa 4-5-2021 11:16 PM
Oh nama dia Rozaidi Jamil
Gigih Zed Zaidi Acik Rozaidi hoiii, kalau iya pun nak kondem drama2 Malaysia, buatlah nick, join porom Hah kat sini, hencap lah selagi boleh, org tak kenai
Atau sembang2 dgn kengkawan. Baru ok. Ada ke pegi ckp depan2 Apa ke dol nye Acik Rozaidi nihhh
Quote Perawankota 4-5-2021 11:29 PM
Klu tak der apa nak ckp, baik diam jer abg rozaidi..
Quote kucim 4-5-2021 11:51 PM
ZZ vs YH mengafffa
Quote anony-mous 5-5-2021 02:14 AM
Kesian YH terpalit skali sbb drama tu arahan dia kan? Sbb tu la nk bercakap fikir dlu jedjedi . Ko mmg xkisah kalau kena kecam balik, tp fikir la yg tulis skrip, pengarah smua tu
Quote gideoncross 5-5-2021 03:39 AM
bedahmenjuyah replied at 4-5-2021 11:01 PM
Tgk org lama bercakap berlapik beradab. Apa je lah boleh dibanggakan psl jed jedi ni

Org2 zman dlu klau time brckp mmg bradab hbis, mcm A Galak. Yg ni iol mmg x dpt nafi kn smpai bila2.
Quote sukacactus 5-5-2021 06:49 AM
Bila la presiden seniman ni nak kena covid
Quote rbmy 5-5-2021 07:26 AM
try amik dia berlakon drama tv3 jam 7 ada nak tgk tak.. ke takde job dh skrg?
Quote me12345 5-5-2021 07:52 AM
Patut lantik otai jd presiden..tok selam leh ganti..
Quote ais_kosong 5-5-2021 08:15 AM
Dah minta maaf belum?
Quote belacan_gurl 5-5-2021 08:24 AM
Mcm selalu aku katakan...buat la petisyen wahai retis2 sekalian...minta gugurkan jed dari jawatan skrg nih...Cari org yg boleh fight nasib korang2 retis semua...bengap...itupun nk kena ajar
Quote bottombikini 5-5-2021 08:36 AM
ensem ganteng  pokcop ni dalam sikit punya gile
Quote 3chanceno 5-5-2021 08:37 AM
gideoncross replied at 5-5-2021 03:39 AM
Org2 zman dlu klau time brckp mmg bradab hbis, mcm A Galak. Yg ni iol mmg x dpt nafi kn smpai bila ...

Setuju....cara penyampaian berhemah tapi maksudnya sampai.jugak!

Jawatan Presiden Seniman nie by election ke camna?
Quote Brunes 5-5-2021 08:46 AM
zed zedi seorang seniman yang tidak ada akhlak, moral dan tidak di iktiraf.. kabel mana yang dia pakai ni eh
Quote RinIna 5-5-2021 09:11 AM
Macam mana dia boleh jadi Presiden eh?
Quote zaitun_0123 5-5-2021 09:40 AM
Kali ni cek setuju gan Jed Jaidi. Yg menegur pun pilem hancukkk. Drama toksah ckap. Baik tgok semut usung nasi drp drama hauk dia.
Quote krimkraker 5-5-2021 10:37 AM
Zed zaidi ni penah jadi pengarah drama/filem ke? Atas kapasiti ape eh die ni bole jadi presiden seniman? Macam xde function sangat pun die nie

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.231840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top