CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebulan Tahan Sakit, Andi Bernadee Selamat Dibedah

4-5-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6440| Komen: 21

Selepas sebulan menahan kesakitan, Andi Bernadee, 29, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah pusat perubatan, jam 1 tengah hari tadi.

Pengurusnya, Nasir Deraman berkata penyanyi dan pelakon itu dikejarkan ke hospital apabila mengalami semula rasa sakit selepas berbuka puasa pada Sabtu lalu.

Foto: IG

“Andi sempat menghadiri satu acara pelancaran produk petang kelmarin kerana sudah berjanji dengan penganjur walaupun menahan kesakitan sejak awal pagi.

“Usai majlis, dia terus dibawa ke klinik bagi mengambil suntikan tahan sakit . Selepas berbuka sakitnya datang kembali dan kami bawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini saya dimaklumkan buah pinggangnya bengkak kesan daripada batu karang itu. Pembedahan secara laser itu dijalankan hari ini. Doakan urusannya dipermudahkan,” katanya kepada K! Online.




Terdahulu, pelantun lagu Shimmy itu berkongsi gambar menerusi Instagram dirinya sedang terbaring di katil hospital dengan memperlihatkan tangan yang dicucuk jarum.

Sementara itu, Nasir berkata, berikutan keadaan kesihatan Andi yang memerlukan tempoh untuk pulih, beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini terpaksa ditunda.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan ini. Insya-Allah selepas hari raya Andi dapat bekerja semula. Saya sudah memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai situasi ini.



“Sepatutnya dia menyelesaikan penggambaran drama berjudul Perisik Cinta Tak Di Undang yang dijadualkan hampir tamat pada 11 Mei ini sebelum menyambung semula babak akhir selepas raya.

“Apa pun kita doakan Andi pulih segera. Sebenarnya ini kali ketiga dia menahan sakit teruk seperti kelmarin tetapi tak sempat buat pemeriksaan rapi kerana terlalu sibuk bekerja,” katanya lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 4-5-2021 12:24 PM
Get well soon suniyo
Quote ezacbee 4-5-2021 12:25 PM
Adoyai tengok dia teringat suneo..
Quote kucim 4-5-2021 01:03 PM
Sakit yg paling azab ialah sakit dlm perut...sebab..dr perut ia naik ke ulu hati..dada..leher kemudian kepala.....moga cpt sembuh dikk
Quote tipah89 4-5-2021 01:29 PM
ezacbee replied at 4-5-2021 12:25 PM
Adoyai tengok dia teringat suneo..

ha a ler baru perasan. kui kui

Quote BabyOnEarth 4-5-2021 04:07 PM
haha yela baca komen atas dok ckp mcm suneo, trus ternampak muka heols mcm suneo
Quote Carcosa 4-5-2021 08:40 PM
Dia ni nyanyi meols suka. Cuma belakon je hauk
Anyways, semoga cepat sembuh dik Suneo. Jgn gaduh2 dgn Nobita tau dlm ward tu
Quote kiah_mai_pulak 4-5-2021 08:42 PM
tak boleh tgk muka dia , naik mnyampah... hahahaha.
Quote azimodin 4-5-2021 09:09 PM
kiah_mai_pulak replied at 4-5-2021 08:42 PM
tak boleh tgk muka dia , naik mnyampah... hahahaha.

Mungkin sebab kak kiah pon teringat sunyeo kot, tu yg subconsciously menyampah..
Quote supernaturalee 5-5-2021 11:57 AM
batu karang je pun jd bhn berita

sedeyhhhh



Quote slyfynx 5-5-2021 09:20 PM
Bukan ke ayah die kaya and mak die suri rumah je.
And die ade adik yang duduk kat AS nama Sunetsugu....
Eh, tu Suneo... Silap
Quote hasniey 6-5-2021 01:22 AM
Get well soon...aritu katanya bru baik dr buatan org kan?ni batu karang pulak.
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:40 AM
Gelinya dok acah gentel bantal sambil tidur
Quote mamajawie 6-5-2021 11:24 AM
LadyCarefree replied at 6-5-2021 01:40 AM
Gelinya dok acah gentel bantal sambil tidur

adik meollss dari kecik sampai da kahwin ni pun still gentel bantal smpai pecah kiri kanan bantal tu..apa punya prangai daa..

Quote cicicumel 6-5-2021 12:13 PM
rambut menten iron....rambut betul dia ala2 curly kn
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:17 PM
mamajawie replied at 6-5-2021 10:24 AM
adik meollss dari kecik sampai da kahwin ni pun still gentel bantal smpai pecah kiri kanan bantal  ...

Boleh je stop kalau usaha.

Tp sibatak ni membatak siap acah then org record pastu haplod.
Quote ImpianSeroja 6-5-2021 11:35 PM
Get well soon Andi Bernade
Quote OyenLemas 28-7-2021 02:37 PM
alhamdulillah
Quote luluaurora 29-7-2021 01:30 PM
get well sooon....
Quote NFBZCantik 29-7-2021 02:08 PM
G.W.S Andi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053621 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top