CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Tegur Gadis TikTok Kritik Nabila Razali, Busuk Nama Budak Teater!

4-5-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4242| Komen: 9

Description: Pelakon Nad Zainal mengakui dia berasa kesal dengan tindakan seorang gadis yang menggelarkan diri sebagai 'budak teater' mengkritik bakat penyanyi Nabila Razali baru-baru ini.
Pelakon Nad Zainal mengakui dia berasa kesal dengan tindakan seorang gadis yang menggelarkan diri sebagai 'budak teater' mengkritik bakat penyanyi Nabila Razali baru-baru ini.


Menurut Nad yang merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), tiada seorang pun guru teater yang akan memburukkan orang lain dalam kelas seperti yang didakwa individu tersebut.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin turut berkata dia melihat penampilan dan percakapan individu tersebut tidak melambangkan sebagai pelajar teater yang mencintai seni.


Kredit foto: via mstar

"Saya tak suka bila seseorang yang menggelarkan diri dia budak teater tapi buat perkara seperti itu. Saya dan rakan-rakan teater lain ada juga buat perbincangan mengenai isu ini.


"Saya rasa kesal dengan tindakan dia sebab setahu saya, sepanjang tiga tahun belajar teater, tak ada pula cikgu-cikgu burukkan orang lain. Tak ada pula cikgu bercerita atau gosip dan nak kritik orang lain sampai macam itu sekali.

"Cara dia pun tak macam budak teater yang cintakan seni... dia pula dengan make up yang tebal macam itu. Dia telah memburukkan orang-orang yang cintakan teater.

"Setahu saya, budak teater semua baik dan tak cakap buruk fasal orang lain. Saya takut sebabkan dia, orang turut menyampah dengan kami yang ada latar belakang teater," kata Nad kepada mStar.


Kredit foto: via mstar

Nad menyuarakan pendapatnya mengenai isu seorang wanita mengkritik nyanyian Nabila itu ditemui di Bazar Aidifitri Che Salmah di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Pelakon berbakat itu sebelum ini memuat naik status Instastory menasihatkan pelajar teater agar menjaga adab dan tidak memandang rendah bakat orang lain.

"Kita anak seni mulut jangan capoi (cakap lepas), jangan cepat bangga diri. Akak percaya budak teater Aswara baik. Jangan jahat mulut" tulisnya.

Minggu lalu, tindakan gadis itu memuat naik sebuah video TikTok membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma tular dan mendapat reaksi penyanyi Peluang Kedua itu.



Menerusi rakaman tersebut, individu itu berkongsikan 'syarahan' pensyarahnya mengenai kemampuan Nabila mengambil masa setahun untuk belajar menyanyi berbanding Saloma yang hanya mengambil masa sehari.

Menyedari perkara itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instastory berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan sebenar individu tersebut memuat naik video yang hanya menyebarkan kebencian.

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini turut menjelaskan kehadirannya di Bazar Aidifitri Che Salmah baru-baru ini ketika masih dalam tempoh berpantang.


Kredit foto: iG


"Sepatutnya saya habis pantang pada hari raya nanti tapi ini komitmen yang kita dah janji sebelum ini... jadi, saya terpaksa keluar sekejap la. Tapi macam mana pun, saya tetap menjaga permakanan.

"Perasaan bimbang dengan keadaan sekarang memang ada tapi saya dah tahu di sini (WTC) ketat dengan SOP dan saya pun dah beritahu awal yang tak boleh berada lama-lama sebab ada anak.

"Tapi atas urusan kerja yang saya tak boleh nak melanggar penjanjian, saya terpaksa juga keluar sekejap bagi melunaskan tugas saya. Kalau duduk rumah pun risiko juga... kalau tak keluar, risiko dari segi pendapatan pula.

"Kadang-kadang hidup ini tak adil... jadi, kena berkorban salah satu benda. Seperti ibu bapa yang lain, saya juga akan bersihkan diri dahulu sebelum nak berjumpa anak," ujarnya.



Nad melahirkan anak kedua yang diberi nama Budi Kalsom pada 31 Mac lalu.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang lagi anak bernama Fahad Ibrahim yang berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 4-5-2021 10:55 AM
Dah mmg sora tk sedap. Ngadlah nut pendek ni.
Quote awekjepun 4-5-2021 11:36 AM
Susah ke nak terima hakikat mmg dia tu xblh nyanyi.. terima ja la komen2 netizen. Betul kot
Quote Orix 4-5-2021 11:40 AM
awekjepun replied at 4-5-2021 11:36 AM
Susah ke nak terima hakikat mmg dia tu xblh nyanyi.. terima ja la komen2 netizen. Betul kot

kalau tgok video budak tiktok tu, iols sanggup cakap suara nabila razali sedap wlupun hakikatnya oh sedihhh, tp sbb menyampah dgan budak tiktok tu punya attitude... cara bercakap pun rasa mcm nak hempok je dia kalau jumpa depan2...
Quote September14 4-5-2021 11:45 AM
bluebutter replied at 4-5-2021 10:55 AM
Dah mmg sora tk sedap. Ngadlah nut pendek ni.

Nak kritik tu boleh cuma cara dia ckp tu annoying

Dgn mimik muka dia lpstu siap tanya sapa nama ppuan tu? Sapa nama ppuan tu? Aku tgk pun mnyampah
Quote helicornia 4-5-2021 11:48 AM
nabila razali tu bawak2 la berenti menyanyi
terima je la hakikat
terima hakikat tu pun sikap.positif jugak
bukan terus mencuba menyanyi je sikap positif
terima kelemahan diri, explore bemda baru pin.positif jugak
n kurang le sikit dosa org mencerca ko dik
Quote jaja8 4-5-2021 11:59 AM
ak rase paymne nyanyi lg byk dri berlakon kot sbb tu nabila tu stay kt nyanyi..teringin nk hanna delisha jd penyanyi,,,bole gi jauh tpi nape ek xde org offer die lagu ke etc
Quote mohdcrow 4-5-2021 12:12 PM
Kalau duk kangkang main hp depan anak2 yatim yg konon diraikan tu memburukkan imej teater tak?
Quote KIM.K 4-5-2021 01:25 PM
Nabila Razali tu bukan tak reti nyanyi..itulah cheap marketing. Cheap marketing ni lebih penting daripada kebolehan sebabtu beliau sanggup telan derogatory act itu yang masyarakat suka.

Kalau orang suka sangat bercakap pasal kau, ko like-comment-share apa pun jadi kecoh sekampung. Ko makan ape, nagnis di tengah malam, buat apa kat tinder..semua orang jual your privacy. Sampaikan orang di sesuatu pekan tu kenal ko dah sampai ke tempat diorg

Itu yang orang nak capai..sebab mencari rezeki di musim PKP ni sangat teruk. RM10 yang aku buat sebelum pandemik kena kerja 3-5 kali lebih kuat baru boleh dapat nilai yang sama sekarang. Thats how tough
Quote jemahjacjon 4-5-2021 03:11 PM
Sbb org2 mcm nad yg gigih membekap si chipmunk ni la, si chipmunk ni tak sedor2 diri lagi yg dia ni xboleh menyanyi.
Sbb tu perlukan org yg rapat ngn ciknab ni utk bgtau bnda sbnr yg kau ni xboleh menyanyi. Kang nnt kalau netizen yg ckap, depa kata kte ni dengki pulak.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086635 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top