CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Nak Kurung Kru Kapal Selam Kri Nanggala Sebelum Pergi Kerja

26-4-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3912| Komen: 10

Sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki ingin mengurung bapanya di dalam bilik kerana enggan membenarkan lelaki itu pergi ke kerja menjadi tular dalam media sosial.

Hal ini kerana, lelaki dalam video tersebut adalah Imam Adi yang merupakan seorang daripada anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dan tenggelam di perairan Bali.




Lapor Kompas.com, video itu dirakam oleh isteri Imam sebelum dia berlayar menaiki KRI Nanggala-402.

Bapa Imam, Edy Sujainto berkata, cucunya yang berusia dua tahun setengah itu seolah-olah tahu insiden buruk akan berlaku pada bapanya.

“Kebiasaannya, cucu saya memahami bapanya akan pergi belayar, namun baru-baru ini, dia seolah-olah tidak mahu melepaskan Imam dan ingin mengurung bapanya di dalam bilik.

“Cucu saya beritahu dia tidak mahu bapanya pergi kerja dan hanya duduk di rumah,” katanya.

Namun, Edy hanya menganggap tingkah laku cucunya itu sebagai kebetulan sahaja dan masih berharap anaknya ditemukan selamat.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 26-4-2021 04:32 PM
Siannya lahai...kecik2 dah yatim. Moga Allah permudahkan hidupmu anak.
Quote mawarika 26-4-2021 04:44 PM
Kesiannya.. tapikan bila tiba anak i meragam buat perangai nangis tak benti.. mesti mak i tak bagi i gerak balik rumah.
Quote sharlenetexas 26-4-2021 04:50 PM
Masa sekolah rendah dulu pernah tgk drama indon, ayahnya pegawai tentera laut meninggal semasa bertugas dan pengebumian dilakukan dengan penuh adat istiadat tentera. Kat rtm.
Quote Belibis 26-4-2021 05:39 PM
mawarika: Kesiannya.. tapikan bila tiba anak i meragam buat perangai nangis tak benti.. mesti mak i tak bagi i gerak balik rumah.

Sebab tu u panjang umur???
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 08:37 PM
Salam takziah dari Malaysia.
Quote slyfynx 26-4-2021 08:45 PM
Namun, Edy hanya menganggap tingkah laku cucunya itu sebagai kebetulan sahaja dan masih berharap anaknya ditemukan selamat.


Dan di Malaysia, setiap kali kemalangan akan tanya ade x mangsa berkelakuan pelik.
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:54 PM
Sedih tgk video ni kat ig. Allahu..moga keluarga2 arwah kuat dan tabah.
Quote tuttt 27-4-2021 12:20 AM
Sedih. Tak dapat bayang macam mana cemasnya kru2 tu semua masa tenggelam tu
Quote zie_indah 27-4-2021 07:53 PM
Salam takziah, alfatihah
Quote ChildrenOfBodom 27-4-2021 08:09 PM
bila mati tragis dan dan la keluar cerita pelik2. sama saja perangai indon  ngn melayu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058870 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top